hidup ini sangat singkat..beramallah seolah-olah esok kau akan mati..

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Awak, Ingat Nasihat Saya K V1.0

Awak, Maafkan saya sebab melakukan semua ni. Cinta saya pada-Nya lebih dari cinta saya pada awak. Saya tahu awak cintakan saya, saya tahu juga wak masih belum bersedia. Saya x nak couple sebab kita semua tahu yang couple menyumbang kepada dosa. Maafkan saya sebab terlalu terburu-buru. Saya sayangkan awak, tu sebab saya buat semua ni. Nanti kalau awak dah ready carik saya k, saya tetap akan tunggu awak.

Lepas ni saya dah boleh nak mengingatkan awak macam selalu. Saya khuatir setiap sms, call, comment, PM, tweet akan memberikan ganjaran buruk kepada saya. Sebab awak bukan muhrim saya, awak perempuan dan saya lelaki dan kita belum ada ikatan yang sah.

Awak, bangun subuh awal k. Allah akan memberikan pahala yang sangat besar sekiranya kita solat di awal waktu. Lagi besar kalau kita solat berjemaah, sebab solat subuh berjemaah sangat sukar dilakukan oleh semua oarng, dan jika kita boleh lakukan nescaya ganjarannya sangat besar. Solat sunat kabliah sebelum subuh juga mempunyai ganjaran yang besar. Amalkanlah supaya sengan kita melakukannya kelak.

Lepas subuh jangan tidur k. Orang tua2 kata, kalau tidur lepas subuh rezeki akan lari. Kalau awak larat nak kejar rezeki tu try la, saya x boleh..huhu.. Amalan Rasulullah saw serta sahabat2nya, selepas solat subuh, mereka tidak tidur. Mereka berjaga sehingga matahari naik. Di waktu itu buatlah perkara lain kecuali tidur, lagi elok kalau awak baca quran dan ma'thurat. Tak pon study la sket2 untuk apa yang akan dipelajari nanti di kelas. Kalau awak ngantuk sangat tidur2 ayam je k. T kat kelas sambung lagi tido tu..hehe..

Amalkan ma'thurat k. Haritu saya g kedai buku dan tanya kepada cashier kedai tersebut, perempuan. "kak, ada jual ma'thurat tak?". Dengan coolnyer dia menjawab "apa tu dik?". Saya malas nak jawab n berlalu pergi dari kedai itu. Ok akak, kat sini saya nak jawab, ma'thurat tu amalan wirid, zikir dan doa yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah yang diamalkan oleh Nabi SAW dan dikumpulkan oleh al-Imam al-Syahid Hassan Al-Banna. Faham? hehe.. Awak amalkan tau, baca lepas subuh dan lepas maghrib. Insya Allah akan diberi ganjaran yang besar oleh Allah.

Ada satu cerita, seorang orang alim ni pergi ke siam untuk berdakwah. Tetapi ada penduduk yang tidak senang dengan kehadirannya. Salah seorang daripada mereka adalah tukang sihir yang dikatakan terkenal di serata dunia(bajet jer). Lalu dia pun menyihir ahli ibadah tersebut. Sihir punya sihir punya sihir tak lut, sihir tak makan. Adat kebiasaan orang disana, bila sihirnya tak menjadi bermakna sihirnya kureng power dan dia merasakan sihir orang alim itu lagi power, tahap dewa. Lalu dia pun berjumpa dengan orang alim itu untuk mempelajari ilmu ke"sihir"an. Jawapan orang alim itu hanya simple, yaitu ma'thurat. Jom amalkan ma'thurat. Semoga dihidarai bahaya dan diberkati Allah.

Banyak lagi nak cakap..nanti pas mid term saya sambung k..nk stdy..bye2..

p/s: hidayah itu milik allah, tapi hidayah juga akan datang kepada orang yang mencarinya

5 comments:

areniem_best said...

speech-less cepat ngaku bukan kau yang tulis kan??. copy paste kan? haha jeles..bdw best nye ade org ajak bgn subuh..arrrgghhhhhh. nak gak!

cimOt said...

midterm dulu..then, kasi sambung..baru mahsyuk skit..hehehe

hanim, xyah nak jeles..meh sini aku yg kejut subuh ko..hahaha

Sollehudin Sapari said...

areniem_best: ni semua original idea saya n x da copy paste dari mana2..saya pun x tau knape, tapi idea tu datang secara neutral dan saya x buat2..sory, x leh nak kejut hanim, kite laki, hanim pompan..suruh la kawan pompan yang kejutkan yek..kalau hanim nak jugak laki kejut, cepat2lah cari suami..ingat, suami bukan pakwa..nikah je cara yang halal dan diberkati allah..i allah..

cimOt: yaya, focus midterm dulu..tp pas midtem susah gak nak update..sbb ad kem palapes..kacau je..hehe..

areniem_best said...

fuyoo srh kawen terus. adoy x jumpa lagi. susah la nak carik, kekeke. x reti. nnt dah up 1 level kisah cinta korang update la lagi..super sweet la history ni...if i..

Sollehudin Sapari said...

ade je kalau nak..hehe..tapi kalau x redy g x yah carik..t dah sampai masa dia akan sampai jugak..saya x ready lagi pon sbenanyer, tp dia datang sendiri..
k..t saya sambung..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...