hidup ini sangat singkat..beramallah seolah-olah esok kau akan mati..

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Awak, Ingat Nasihat Saya K.. V 2.0

>> Sambungan Awak, Ingat Nasihat Saya K..

Awak, amalkan solat sunat Dhuha k. Dulu tiap kali sampai waktu dhuha mesti saya akan mesej awak ajak solat sama2. Saya pun rasa semangat je nak solat bila ada orang yang sama2 solat dengan saya. Walaupun tempat dan waktunya berbeza, semangat tu tetap ada. Berkobar2 sangat nak buat solat tu. Tapi pasni saya dah tak boleh nak ingatkan awak. Saya harak post ni mampu mengingatkan awak seumur hidup supaya mengamalkan dhuha ni.

Ape kelebihan dhuha ni?

Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.

(Surah al-Dhuha : 1-5 )

I allah kalau kita solat dhuha allah akan memurahkan rezki kita. Rezki bukan harta je tau, ketenangan, cepat faham ketika belajar pun dikira rezki. Amalkan tau.

Hadis pulak.

" Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud , "Hai anak Adam, solatlah kepadaKu empat rakaat pada permulaan siang nescaya akan Aku cukupkan keperluanmu pada akhir siang." (Riwayat Tirmizi)

" Pada diri manusia ada 360 ruas tulang, dituntut ke atasnya untuk memberi sedekah kepada setiap satu daripada ruas-ruas tersebut.
Para sahabat bertanya, 'Siapakah yang terdaya melakukan ya Rasulullah ? ' Lalu beliau bersabda, ' Boleh juga dilakukan dengan menanam kahak di lantai masjid atau menghilangkan halangan di jalan, kalau tetap tidak dapat dilakukan makan dengan melakukan dua rakaat solat Dhuha boleh cukup baginya."
( Riwayat Ahmad dan Abu Daud dan dengan lafaz lain oleh muslim )

Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.

Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.

” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”
(HR Tirmizi)

Besar kan fadhilat dhuha ni? Jom amalkan dan istiqamah. Lebih bagus orang yang membuat sedikit tetapi istiqamah daripada orang yang buat banyak ibadah tanpa istiqamah. Orang yang jahil akan merasa malu kepada orang yang berilmu, manakala orang yang berilmu akan merasa malu kepada orang yang beramal dengan ilmu tersebut dan seterusnya orang yang mengamalkan ilmu tersebut akan merasa malu kepada orang yang istiqamah dalam amalannya.

Awak, amalkan Puasa sunat tau. Slalu malam ahad kalau saya ingat saya akan mesej awak ajak puasa hari isnin. Awak bagus sangat sebab mudah diajak, kalau semua kawan2 saya macam awak kan senang. Ajak terus je nak. Tapi saya dah cakap awal2 haritu, kalau awak nak ikut apa yang saya ajak tu sebab saya dan bukan niat kerana Allah baik lupakan je. Tak da makna kalau awak buat ibadah sebab manusia, sia2 je tau. Penat je buat tak dapat ape2. Saya tau niat awak kerana Allah, sebab awak puasa lebih daripada yang saya ajak. Saya ajak hari isnin je, skali awak puasa khamis jugak. Perghh..hebat awak ni. Tabik sket. Tapi maaf sangat2 sebab pasni dah tak boleh nak ingatkan awak.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-'Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa. "(1)
(Hadith Hasan Gharib - Riwayat Tirmizi)

Dari Abu Qatadah al-Ansari r.a., bahawa Rasulullah s.a.w telah ditanya tentang puasa hari Isnin.
Baginda menjawab: "Hari itu (hari yang bersejarah, kerana) padanya aku dilahirkan dan padanya aku diutus menjadi Rasul - atau pada hari itulah (mula-mula) diturunkan al-Qur'an kepada aku."(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

Banyak tau kelebihan puasa sunat ni. Kat sini saya nak tulis apa yang ada dalam note saya masa ta'alim haritu.

-Puasa meningkatkan roh dan keikhlasan dalam diri. Kalau kita puasa orang lain tak tau pun yang kita puasa melainkan kita cakap. Ibadah lain orang bleh nampak n kat situ mungkin kurang ikhlas bila ada orang nampak kita buat ibadah tu. Contoh solat sunat, ibadah tu orang nampak n mungkin dalam hati kita akan terdetik sedikit "bagus tak aku solat sunat?..hehe..". Kat situ keikhlasan dah kurang.

-Puasa melahirkan insan yang sabar.

-Daripada hadis tapi ni apa yang saya faham "siapa yang mampu nikahlah, dengan nikah boleh menurunkan pandangan dan memelihara kemaluannya, jika tak mampu berpuasalah". tak mampu nikah, so, jom puasa..hehe..

-Puasa menyihatkan. Tau kan hadis dia? carik sendiri yek..huhu..

-“Sesiapa yang berpuasa sehari di jalah Allah, nescaya Allah akan jauhkan neraka Jahannam sejauh perjalanan 100 tahun” – Rekod Nasa’i disahihkah oleh Albani. Dalam ta'alim tu kata 70 tahun. Tak tahu lah mana 1 yang sahih tapi mesejnya tetap sama. Menjauhkan kita daripada api neraka.

-Puasa 3 hari dalam sebulan bersamaan dengan puasa setahun. Pernah kan dengar 1 amalan dibalas 10 kebaikan. Sebulan ada 30 hari, simple math 3 X 10 = 30. Kalau tiap2 bulan buat tak ke setahun jadinya?..huhu..

Bagus kan puasa ni, tapi susah sangat nak amalkan. Berat sangat nak puasa, lagi2 kalau kat rumah, banyak sangat godaan.

Awak, Try Qiam k. Saya tak tau sama ada awak buat atau tak. Dulu tiap kali saya ajak qiam awak tak balas mesej saya dan tak jawab panggilan saya. Mungkin malam tu awak tido lewat dan mengantuk sangat. Tak pe, pasni buat tau. Susah gak nak bangun pagi ni. Godaan tilam dan bantal yang lembut sangat kuat. Kita sama-sama try k.

Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!”
(Hadis Riwayat Muslim).

Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Sory, tak leh nak kejut awak. Kalau awak dah jadi isteri saya i allah saya akan kejut.

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’ Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).

‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim).

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-

* Jauh daripada segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

Sementara empat perkara di akhirat ialah:-

* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”

Semua benda akan jadi mudah kalau kita bersungguh2 melakukannya. Dan hati kita mestilah merelakan diri kita untuk melakukannya. Anda rasa anda boleh ke masuk syurga dengan keadaan anda sekarang? dengan amalan yang sedikit, dengan dosa2 yang kita lakukan, rasa2 boleh masuk ke masuk syurga? Tepuk dada tanya iman. Nak compare kita dengan sahabat2 dahulu, bertapa teguhnya iman mereka. Kita? kena sikit dah goyang. Ya allah, lindungilah kami daripada dugaanmu yang tak mampu kami hadapi, kekalkanlah kami dalam islam, teguhkanlah iman kami. Hanya kepadamu tempat aku memohon dan menyerah diri.

p/s: Nasihat ini untuk semua orang, saya harap anda semua boleh menyebarkannya..jangan ambil bulat2 daripada apa yang ada kat sini..mungkin saya ada tersalah..mana2 yang salah tu tolong betulkan tau..saya ni lemah..sory..

2 comments:

Anonymous said...

mengapa tidak:)

Alif Adnan said...

ni paling terbaik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...