Saya Sollehudin

hidup ini sangat singkat..beramallah seolah-olah esok kau akan mati..

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Laptop Yang Sesuai Untuk Main Game

Sekarang di hardware pon dah baru, so saya kena la up to date bagi memberikan info kepada gamerz2 tegar diluar sana.

Baiklah; Apa yang perlu dilihat untuk memilih laptop gaming ni?

1st : Graphic card.

Dalam semua hal, graphic card adalah komponen yang paling penting sekali untuk memainkan game yang latest2 sekarang. Kebanyakan game2 sekarang dah advance. Yang 3D pon ada macam Crysis. Cara memilih grafik kad bukanlah pada memorinya. Memori grafik kad tidak penting sangat. 1G sudah cukup untuk grafik kad.

Benda yang perlu dilihat ialah memory clock. Lebih tinggi lebih elok. Nak senang tengok saja pada model grafik kad tu. Untuk maklumat korang terdapat 3 jenis grafik kad yang biasanya digunakan pada laptop2 yang latest sekarang ni. Antaranya: Intel HD Graphic, Nvidia Mobile dan Ati Mobile.

Kalau nak gaming, eloklah ambil nvidia atau ati tu. Sebab intel graphic ni kureng sket.

Cara memilih model grafik kad : Lagi tinggi nombor model nvidia, lagi bagus grafik kad itu. contoh: Nvidia GT 720M, GT 740M, GT 750M. Perlu diingat, lebih tinggi no. model, lebih mahal harganya. sama juga macam card Ati. Lagi tinggi no. model lagi bagus. contoh: Ati HD 7450M, HD 7470M

2nd : Processor.

Processor ni sebaiknya ambil yang lebih daripada 2 core. Contoh: intel i5, i7. i3 pon boleh je nak pakai buat main game. Tak de masalah. Tapi sebaiknya ambil yang 2 core, 4 thread. processor ni tak penting sangat pon, asalkan boleh jalan je laptop tu. Tapi jangan la ambik processor yang rendah sangat macam intel pentium ke, atom ke.

3rd : RAM.

RAM 4G pon dah cukup, tak payah nak bazir duit beli lebih2. Tapi kalau anda mampu terpulang la.

4th : Harddisk.

Bagi saya, harddisk tak penting pon. 500G pon dah cukup. Kalau tak cukup beli je external HDD.

5th : Operating System(OS)

Elok beli yang free dos, x de os/windows. Sebab murah sikit. Murah dalam 200-300.

6th : Screen

Keluasan screen juga mempengaruhi perfomance game, lg besar screen, lg power grafik kad diperlukan. Screen 14" adalah yang biasa orang pakai dan sangat digalakkan pakai yang 14 inci, senang nak bawak ke mana2, dan lebih ringan.


Antara laptop yang ok (bulan lepas punya):

Screen 14"

Lenovo G400S
intel i5
4g RAM
500g HDD
Nvidia 720M 2g
RM1799

ASUS A450CC-WX138H
i5-3337U (2 core)
14.0 HD(GL,LED)
4GB DDR3 1600[ON BD.]
750GB-5400rpm
NV GT720
4 Cell 2950mAH
Windows 8 (64-bit)
RM1999

S400 Touch
i5
4g ram
500g hdd
ATI HD7450 1g
RM2099

ASUS K451LB-WX071H (Black)-Ultra SlimSRP
4200 (i5)
4GB DDR3 ram
750GB-5400rpm hdd
Nvidia GT740M 2GB
Windows 8
RM2199

ASUS PRO45VJ-VO047X
Intel® Core™ i5-3230M (3M Cache, up to 3.20 GHz)
14.0 HD(GL,LED)
4GB DDR3
500GB 5400RPM
NVIDIA® GeForce®GT 635M
Windows 7 Pro (64bit)
RM2349

Lenovo Y400
i7
4G ram
500G hdd
GT750 2G
RM 2799

Kalau korang nak beli laptop, bajet 2k, saya recommendkan asus k451il tu, processor ok (i5). Grafik mantap, nvidia gt 740m. Harga pon boleh tahan, boleh nego lagi tu.

sebarang kemusykilan boleh tanya saya.

p/s: kalau nak beli laptop kat saya pn boleh..insya Allah saya boleh dealkan..

Ini adalah salah satu kisah yang terdapat dalam buku Himpunan Kisah Benar tapi Pelik karya Dr. Hj. Zahazan Mohamed. Dah lama dah beli, setahun lebih. Tapi tak habis-habis baca. Maklum la, minat membaca ni tak istiqamah, kejap ada kejap tak da. Sebab iman turun naik pun ye. Susah btol nak jaga iman ni..hmmm..

Kisah ni baru baca malam tadi, sebelum tido baca sat satu kisah. Orang kata kalau nak senang tido baca buku sejarah. Sejarah dengan sirah tu lebih kurang la kan. Tapi malam tadi baca rasa makin hilang ngantuk ada la, sebab nak baca lagi bab lain. Tapi disebabkan dah lewat tido jugak lah.

Kisah ni menceritakan tentang seorang sahabat nabi yang bernama 'Utbah bin Ghazwan. Berkisar selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. yaitu ketika para sahabat mula memperluaskan kuasa Islam. Terjadi ketika tentera islam mahu menghapuskan tentera Parsi, tetapi usaha mereka sentiasa terhalang disebabkan bantuan ketenteraan dari bandar al-Ubullah. Bandar ini berdekatan dengan al-Basrah dan selepas perluasn kuasa bandar ini diletakkan di bawah pentadbiran bandar al-Basrah.

Al-Ubullah perlu dihapuskan bagi memudahkan tentera Islam menewaskan tentera Parsi. Kemudian khalifah pada ketika itu telah melantik 'Utbah untuk mengetuai sebahagian kecil tentera Islam dalam misi menawan bandar itu. 'Utbah ni bukan sembarangan sahabat; beliau tidak pernah sekalipun menguzurkan diri daripada menyertai perperangan bersama dengan Rasulullah. Beliau memiliki kemahiran memanah dan bermain pedang yang luar biasa. Beliau juga terlibat dalam hijrah yang pertama ke Habsyah, sebelum ke madinah. Paling utama, keislamannya mendahului kebanyakan sahabat yang lain termasuk khalifah sendiri.

Tentera Islam yang dihantar pada ketika itu sangatlah sedikit; tidak melebihi 400 orang. Tetapi tugas mereka sangat besar iaitu menawan bandar al Ubullah yang merupakan kubu kuat tentera Parsi. Mereka juga perlu menghalang penghantaran bantuan tentera Parsi. Dengan bilangan yang sedikit itu tidak menggentarkan hati mereka kerana keimanan yang kukuh.

"Berapa banyak(yang pernah berlaku), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang yang sabar."(al-Baqarah - 249)

Strategi 'Utbah sangat simple, pada masa itu ada isteri-isteri tentera Islam yang turut serta. Para isteri disuruh membawa tanah yang berdebu dan berjalan di belakang rombongan tentera lelaki. Mereka berperanan memijak-mijak tanah dan menepuk-nepuk tanah yang berdebu tadi bagi menaikkan debu-debu ke udara. Situasi ini adalah seperti rombongan berkuda yang ramai di belakang rombongan tentera yang berjalan kaki. Tipu daya ini berjaya dan tentera musuh ketakutan dan melarikan diri. Mereka berjaya menawan bandar itu dengan mudah.

Di bandar itu terdapat begitu banyak harta yang ditinggalkan oleh tentera musuh. Lalu digunakan harta yang banyak itu untuk membina sebuah bandar Islam yang baru dimulakan dengan pembinaan sebuah masjid. Sedang para sahabatnya sibuk mengumpul tanah, beliau hanya berpada dengan khemah yang didirikan sejak awal kedatangannya. Beliau mengamalkan kesederhanaan dari segi makan dan minum serta pakaiannya. Ini kerana beliau takut diracuni perasaan al-Wahnu yang disifatkan nabi sebagai wabak yang berbahaya yang akan menimpa umat ini. Al wahnu ialah virus cintakan dunia dan takutkan mati.

Kemudian beliau melantik seorang gabenor bagi memerintah bandar yang baru itu. Beliau sangat tidak mahu menjadi pemimpin Al-Basrah sehinggakan beliau merayu kepada Khalifah Umar di Madinah. Namun rayuannya ditolak. Lalu beliau berdoa kepada Allah.
Katanya, "Wahai Tuhan, selamatkanlah aku! Aku tidak mahu kembali kepadanya"

Doa beliau dimakbulkan oleh Allah. Dalam perjalan pulang ke Basrah, haiwan tunggangannya terpelecok menyebabkan beliau jatuh dan patah tengkuknya.

Pengajaran daripada kisah ini:

-Urusan kemenangan adalah urusan Allah. Kita perlu yakin dengan Allah; adakah kita yakin dengan Allah?
-Besederhana dalam hidup adalah sangat perlu.
-Hindari penyakit cinta dunia dan takut mati
-Bukan mudah menjadi pemimpin; kerana kita mempunyai tanggungjawab yang sangat besar.
-Orang yang sabar akan dibantu oleh Allah.

Assalamualaikum semua. Apa kabar? Diharapkan sihat sentiasa dan diberkati Allah. Insya Allah.

Hari ni nak share sket pasal tanda hari kiamat. Tapi saya nak buat trend baru. Ni la dia trend baru tu..hehehe..


Agak-agak anda faham tak apa yang cuba disampaikan disitu? Saya harap anda faham la ye.

Ada ulama' berpendapat matahari terbit daripada barat hanyalah satu kiasan. Pabila diteliti huraiannya maka saya rasa pendapat itu boleh diterima. Ia sekadar pendapat, dan tak boleh la pegang bulat-bulat. Hanya Allah sahaja yang tahu segalanya.

Sekian untuk saat ini.

p/s: jom pakat follow twitter saya, t sy follow balik..heeee..(nk promote twitter nampak)

Celcom Broadband 1 Malaysia

Salam semua, kali ni saya buka semula jualan untuk pek celcom 1 malaysia ni.

Detailnya adalah seperti berikut :

Harga: RM75 termasuk pos

INTERNET RATE :
RM1 per 1 Jam
RM25 per 1 Bulan

Quota 1GB, lepas habis quota boleh pakai lagi seperti biasa.

ADD FRIEND : (Max 5 friends)
RM1
Berbual 1000 minit (lebih 16 jam)
SMS 1000 sms
per 1 Hari

PANGGILAN :
Celcom 28 sen per 10 minit
other 28 sen per 5 minit

SMS :
Celcom 1 sen per sms
other 5 sen per sms

Cara hubungi:
-0132792886(sms je lah, save kedit korg, call takut ak bz & ada dlm kelas)
-fb | sollehudin sapari
-reply sini pn boleh

Dealing method:
-postage, pos laju

p/s: saya dah pakai pek ni lebih setahun, laju boleh tahan..ni dok tulis blog pun guna pek ni. Boleh pasang kat smartphone.

Usrah Dan Tarbiyah

Assalamualaikum..selamat pagi semua..harap semua sihat2 belaka..

Hari jumaat yang indah ni saya nak share sikit pasal usrah ni. Pagi ni free, so kita habiskan masa tulis blog.

Saya jumpa usrah ni masa form 4 kat sekolah. Masa tu ada program motivasi yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar UTP. Cahaya tarbiyah masuk melalui program tu la. Masa tu tak perasan pon, ikut je program tu. Awalnya saya tak join pun usrah tu, sebab tak tau. Tapi tiap-tiap minggu saya tengok ada kumpulan-kumpulan kecil kat surau sedang berbincang. Saya tak tau pon ape kebendanya diorang buat. Tapi lama kelamaan hati ni rasa nak tau, jadi saya tanya la kawan apa yang diorang buat. Rupanya mereka sedang berusrah. Tak da pon orang yang ajak saya, tp saya yang join sendiri. Sebabnye diorang ni bergerak senyap-senyap. Diorang ajak mereka-mereka yang rapat dengan mereka je. Tak pa la, tak kesah pon. Janji dapat join.

Masuk universiti pon sama jugak, tak da orang yang mengajak untuk join usrah. Saya yang carik sendiri dan join. Kat sini memang jelas yang kita ni susah nak ajak orang join usrah. Walaupun kawan rapat. Jelas kat situ yang dakwah kita masih lemah. Perlu dibaiki. Kadang-kadang hidayah tu kita kena cari sendiri; hidayah akan sampai kepada siapa yang mencarinya.

Ok, apa usrah ni?
Pada pandangan saya la kan, usrah ni adalah satu bentuk perkongsian agama yang dilakukan secara berkumpulan. Ahli-ahli dalam kumpulan akan berkongsi tentang pelbagai perkara yang lebih menekankan kepada agama. Selain tu, usrah jugak merupakan satu titik awal untuk menyedarkan manusia tentang Islam dan memantapkan lagi iman seseorang. Selain tu usrah gak memupuk ukhuwah yang sangat kuat antara satu sama lain. Ukhuwah ni lagi kuat daripada hubungan persahabatan, sebabnya kita berkawan kerana Allah. Hubungan yang kuat ni mengalahkan kawan rapat. Mereka akan bersama di saat senang dan susah kita. Ada sekali tu, handphone saya terjatuh dalam lubang tandas, habis rosak. Sahabat-sahabat usrah ni boleh diorang buat derma kilat untuk membantu saya. Kalau kawan lain jangan harap la, nak bagi seringgit pon berkira. Mana nak dapat sahabat yang baik macam ni?

Apa yang usrah buat?
Ada macam-macam yang usrah buat, antaranya ta'alim, puasa sunat, iftar, riadah, qiam, rehlah dan mukhayam.

i) Usrah
Diketuai oleh seorang murabbi, ahli antara 3 hingga 15 orang, tak tentu, kadang-kadang sikit, kadang-kadang ramai. Perbincangan bab-bab agama, antaranya tafsir Al-Quran, Hadis dan Sirah. Isu semasa juga dibincangkan dalam usrah ni. Lebih kepada perbincangan sebab setiap ahli akan diberi peluang untuk berkongsi ilmu dan pendapat.

ii) Ta'alim
Ceramah agama sbenarnya, slalunya ustaz yang akan bagi ceramah. Seminggu sekali je.

iii) Puasa sunat & Iftar
Puasa sunat ni selalunya hari isnin, ramai-ramai puasa. Pastu iftar(buka puasa) sama-sama. Ramai jugak kadang-kadang, penuh laman masjid. Seronok tau, boleh kenal-kenal, makan guna talam. Memang boleh jadi rapat la kalau jumpa kawan baru.

iv) Riadah
Riadah ni selalunya waktu pagi, senam-senam, lari-lari. Selalunya lelaki akan main futsal. Seronok main ramai-ramai. Perempuan tak tau la pulak main apa, sebab program kami tak pernah campur antara lelaki dan perempuan.

v) Qiam
Qiamullail ni biasanya dibuat pada malam jumaat, kitorang ramai-ramai tido kat surau/masjid. Sebab kalau tido kat bilik komfom susah nak bangun. Sebelum tido tu ramai-ramai baca surah al-mulk. Pastu tido, dalam pukul 4.30 camtu bangun dan mula qiam sampai subuh. Jadi seronok sebab ramai kawan-kawan.

vi) Rehlah
Rehlah ni bersiar-siar, macam berkelah jugak la. Selalunya buat kat sungai dan air terjun. Mandi-mandi, BBQ, ada game sket, ada tazkirah.

vii) Mukhayam
Mukhayam ni macam kem ibadah, ahli-ahli dari pelbagai institusi dikumpulkan. Ramai orang woo. Seronok sebab boleh jumpa kawan baru dan program-program yang menarik.

Sangat bagus program-program usrah dan tarbiah ni, rugi tak join. Ia memberi kesedaran kepada kita tentang Islam yang sebenar. Masyarakat sekarang ni nama je Islam, tapi mereka tak faham apa sebenarnya Islam ni. Tu yang kadang-kadang mereka akan memandang pelik kepada sesiapa yang mengamalkan Islam.

Siapa-siapa yang dok kat U tu, carik-carik la usrah ye. Cuba dulu baru tau. Jangan risau, ia bukan ajaran sesat atau syiah. Ia adalah ajaran islam yang sebenar. Rugi sangat sapa yang tak join. Dan saya cabar pembaca untuk merasai nikmat ukhuwah yang sangat indah, tak boleh dijumpai di mana-mana melainkan persahabatan kerana Allah.

Sekian, semoga kita semua dikurniakan hidayah oleh Allah.

Sembang-sembang Pagi

Assalamualaikum semua..

Lama sungguh saya tak update blog ni. Bersawang dah ni..fuh3..

Pagi2 ni tak de buat apa, bosan2 tulis la blog kan. Hmm..malam tadi pun susah nak tido, tido kul 2, bangun lak kol 5. kejap beno tidonye kan?

Nak citer, ni saya baru balik u, sem baru dah mula. Tak puas cuti sbenarnye, walaupun cuti tu 6 minggu tapi rasa mcm seminggu je. Kejap betul kan masa berlalu. Mana idaknye, saya buat benda2 dunia je banyak, banyak yang lagha je, tp nak menurut nafsu dibuat jugak la benda2 tu untuk memuskan hati yang teringin.

Cuti tadi saya habiskan dengan memancing je, kalau tak mancing saya akan dok rumah je men game. Ape la kan, buang masa je. Baca buku pun idak. Kalau baca buku2 ilmiah berguna la jugak. Tapi benda dah jadi, baru sekarang ni ada kesedaran. Saya ni kaki pancing tau, ntah la, dari kecik memang minat mancing. (mancing ikan ok, bukan mancing org..hehe) Saya ni kiranya berjangkit daripada aruah nenek saya dan pak cik saya yang suka carik ikan. Best tau mancing ni, bila dapat ikan rasa hepy sangat. Orang kata memancing ni melatih diri kita menjadi penyabar. Hurrmmmmm..btoi la tu kot. Tapi bila ikan tak makan2 rasa jugak tekanan dalam ati. Rasa nak baling2 je ikan tu guna batu..kekekeke..

Kebanyakan waktu cuti saya habiskan kat rumah je, saya jenis yang tak suka lepak2, malam pon tak keluar, jumpa member2 pun kat rumah diorang, pendek kata tak suka lah lepak2 ni. Buang masa, bek dok rumah. Pastu cuti tadi saya ada buat benda baru, buat terapi kat Ceragem. Saya tak da sakit apa pun cumanya benda tu dapat mencegah penyakit. Kalau sakit sikit2 tu ada la, macam selsema, batuk2, pastu bahu saya ni ada rasa sengal2 sket bila pakai komputer dalam jangka masa yang panjang.

Terapi tu mudah je, dia macam katil, baring atas tu, nanti ada alat yang akan bergerak di sepanjang tulang belakang kita. Dia macam urut2 gitu la. Sedap gak, rasa macam orang urut. Benda tu jugak akan membetulkan balik tulang belakang kita. Tulang belakang ni penting tau, kalau senget sikit je dah boleh memudaratkan kita. Nak tau tulang belakang kita ni tak berapa nak straight senag je, cuba kita berdiri lama sket, berdiri atas dua kaki atau satu kaki je? kalau sedap berdiri satu kaki bermakna ada yang tak kena la kat tulang belakang kita tu. Satu lagi contoh masa kita nak amik gambar saiz passport tu, jurugambar suruh kita duduk straight. Kita pun dah rasa duduk straight, tapi orang tu suruh gerakkan kepala kita sebab dia nampak senget. Ada masalah la tu.

Bagus jugak la ceragem ni, sebab dia bleh merawat pelbagai penyakit. Contohnye kencing manis, darah tinggi, jantung, sakit kulit, resdung, pendek kata semua lah. Rawatan ni berasaskan haba, panas gak la bila baring atas katil tu. Bleh la dia nak bakar lemak2 yang berselirat dalam badan kita ni..hehe.. Yang bestnye kat Ceragem tu pekerja2 dia semua ramah2 belaka. Dah macam sdara-mara dah. Enjoy la bila datang situ, boleh release tension. Lagi yang bestnye rawatan dia free je tau, 40 minit satu sesi, free of charge. Hari2 boleh datang, tapi nun jauh di teluk intan sana la. Stengah jam jugak la kalau dari rumah saya.

Benda free kan, mesti la ramai orang, tu la masalahnye. Bila dah ramai sangat orang, jadi lama la nak menunggunye. Tapi kan, center Ceragem teluk intan memang best. 5 star saya bagi. Staf dia baik2, rindu kat diorang..hehehe..Kat teluk intan tu kat bandar baru, belakang Marrybrown, kat atas bank apa ntah tak perasan.

Korang kalau ada masa cuba la buat, tak rugi apa pun, cuma masa sket la. Ada banyak center dia sluruh negara ni, kome google le sendiri ye..hahahaha.. Bukan ape, kan mencegah lebih baik daripada mengubati. Rawatan ni mencegah penyakit tau. Baby pun boleh buat.

K lah, sampai sini je. Penat dah ni nulis..huhu..maaf salah silap, terkasar bahase ke..korang semua jaga diri tau, jaga kesihatan dan yang paling penting jaga hubungan kita dengan Allah..insya Allah..

Buat cuci mata(hehe):

ni kat center teluk intan



ni ntah kat mana ntah, mcm ni la katil dia


p/s: cadang nak tulis sikit je, sekali panjang plak..huhu..

Dab Yang Beriman

Apa itu dab?

Dab atau nama lainnya biawak gurun adalah sejenis binatang berupa biawak yang hidup di gurun.

macam ni ha:


Diriwayatkan oleh Ibnu Kathir dalam karyanya Al-Bidayah wa an-Nihayah bahawa al-Baihaqi menceritakan daripada Abu Mansur Ahmad bin Ali ad-damaghaniy dari daerah Namin di Baihaq, mengenai sebuah kisah berikut yang disampaikan oleh Umar al-Khattab r.a..

Rasulullah sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi daripada Bani Sulaim ke hadapan Rasulullah. Orang tersebut membawa bersamanya seekor dab yang ditangkapnya untuk dimakan.

Sebelum itu dia menanyakan siapakah gerangan orang yang mereka iringi. Lalu dia berkata kepada Nabi "Demi tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu yang terdapat dalam alam ini yang lebih kubenci daripadamu wahau Muhammad! Kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan kadar yang segera, tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat mengembirakan hatiku dan semua manusia!"

Umar menjadi marah lalu bangkit dan berkata, "Wahai Nabi! Biarlah saya mengakhiri hidupnya!"

Lalu nabi menjawab, "Wahai Umar! Tidakkah engkau tahu bahawa orang yang lemah lembut itu hampir diangkat menjadi nabi?"

Nabi kemudian berkata kepada Arab Badwi itu, "Apakah yang menyebabkan engkau berkata demikian? Sepatutnya engkau menghormatiku dalam perhimpunan bersama sahabatku!"

Arab Badwi tadi tidak mengalah lantas berkata, "Demi tuhan Lata dan Uzza, aku tidak akan beriman kepadamu Muhammad hinggalah dab ini beriman kepadamu" katanya sambil mengeluarkan dab itu dan melemparkannya ke hadapan Baginda.

Nabi memanggil dab itu. Dab itu menjawab "Ya, wahai Nabi SAW!" dengan bahasa arab yang fasih dan difahami

Nabi bertanya "Kepada siapakah engkau beriman?"

"Saya beriman kepada Tuhan yang di langit itu Arasy-Nya, di bumi itulah kekuasaan-Nya, dan di lautan itu jalan-Nya, dan di syurga itu rahmat-Nya, dan dalam neraka itu azab-Nya!" Jawab dab itu.

Tanya Nabi lagi, "Siapakah aku wahai dab?"

"Tuan adalah utusan Allah, yang memiliki sekalian alam! Amatlah beruntung orang yang mendukung perjuangan tuan, dan binasalah orang yang mendustakan tuan!" Jawab si dab.

Mendengar kata-kata dab itu, Arab Badwi itu lantas berkata, "Wahai Muhammad! Sebelum ini engkau orang yang paling aku benci, tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan bapaku, diriku sendiri, engkau amat kukasihi zahirku dan batinku"

Ini bukan sihir, ini bukan penipuan.

Sumber : Himpunan Kisah Benar Tapi Pelik karya Dr. Hj. Zahazan Mohamed

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...