Kenapa tajuk dia macam tu? Sory, aku tak bermaksud pun nak menjatuhkan golongan perempuan. Tapi korang kena ingat, golongan yang paling ramai kat dalam neraka adalah perempuan.
Meh baca hadis ni:
SAIDINA Ali berkata: “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”
Baginda SAW menjawab: “Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”
Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah SAW menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak).
“Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri.
“Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”
Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”
Rasulullah menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.
“Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.
“Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”
Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”
Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”
Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)
Aku bukan nak kata lelaki tak masuk neraka, bukan, mungkin aku pon ahli neraka..nauzubillah..harap2 tak dan harap sangat allah kekalkan aku dalam islam dan iman.
Baiklah, kita tengok dunia sekarang ni. Kat universiti la sebab aku ni dak u. Ramai dak pompan yang lagha, lagha macam mana ni? lagha, suka sosial, suka joli, suka shopping sana sini, suka gi tengok movie banyak lah yang perempuan suka buat berbanding lelaki.
Bercakap pasal aurat pulak, perempuan ada yang pakai ketat2 g kelas, tonjol ini tonjol itu, pak imam pon tergugat kalau tengok. Kaki aurat x? aku rasa aurat. Pasni pakai stokin tau. Tudung pon bagi la labuh sket, tunjuk kat suami kau nanti dah la. Sluar pon bagi longgar, bumper dah besar gajah, pakai ketat2 plak. Aizzz..klu aku ada lastik memang aku lastik mende tu. Jangan la tunjuk k. Segan orang tengok.
Sory, bukan semua perempuan macam tu kan. Nak tegur orang yang makan cili jer. Kalau terasa sory sangat. Aku nak nasihat bukan nak menjatuhkan maruah sapa2.
Kat luar lagi parah, perempuan mashaallah, kemana perginya agama korang weyhhh. Aku tengok semua muka melayu, islam la kot. Maybe x da orang nak dedahkan islam yang sebenar kat diorang. Kesian sangat kat diorang. Apalah nak jadi dengan bangsa aku ni yang dalam ic-nya tertulis islam. Pernah banyak kali aku menangis mengenangkan nasib mereka. Bilalah kerajaan malaysia ni nak bertukar jadi islamic? Umno/Pas x kesah asalkan ia islamic. Indahnya malaysia kalau fully islamic. Harap boleh rasa keadaan seperti itu.
Takutnya zaman akan datang, macam mana lah anak aku nanti. Harap2 semua lelaki, senang sikit nak jaga. Adik beradik aku semua lelaki, x perlu la aku risau sangat. Ni risau kat anak buah aku. Harap2 semua dilindungi.
Last word for today, jaga diri elok2. Lelaki pon sama, kita tak tahu mana tempat kita nanti. Berusahalah untuk mendapatkan syurga allah. Kita nak syurga, jadi kita perlulah beramal sekuatnya untuk mencapai cita2 tersebut. Ingatlah, beramal di dunia ni macam berniaga dengan allah. Kalau kita berniaga dengan manusia kita akan dapat wang ataupun material, tapi dengan allah kita akan dapat syurga. Tak rugi berniaga dengan allah. Aku berdoa agar kita semua dilindungi oleh allah.
p/s: Aku bukan anti perempuan, aku pencinta wanita. hadis dari sini..
0 comments:
Post a Comment