hidup ini sangat singkat..beramallah seolah-olah esok kau akan mati..

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Salah ke jatuh cinta?

Dulu masa kat sekolah aku slalu reject perempuan yang nak kat aku. Masa tu aku fikir pasal study je, tak ada masa la nak bercintan-cintun ni..sory ea.. Nak dijadikan cerita memang agak ramai la pompan yang minat kat aku masa tu, bukan nak kata aku ni hensem ke, takbur ke, tak, kiranya ada la jugak orang minat walaupun tak hensem. Aku pelik gak kadang2 kenapa diorang minat kat aku, sedangkan aku gelap, pendek, x smart la kan klu nak compare dengan lelaki idaman wanita, Min Hoo..hehe..

Sebenarnya aku pon ada gak minat someone dari form 1 tu, 1st time nampak terus jatuh hati. Cerita aku berbeza kot dari korang, aku ni jenis pemalu. Seriously pemalu tahap dewa. Aku tak pernah tegur dia dari form 1 sampai ke awal form 4(pastu aku pindah sekolah lain). Nama dia pon aku segan nak tannya. Bukankan setakat segan nak tannya tuan dia, nak tannya member2 pon segan. Aku tau nama dia pon masa dia naik pentas amik adiah. Sedap gek nama dia, simple jer tapi nice sangat.

Dulu aku dok asrama, aku ni kira stalker kot. Pagi2 dah tepacak kat tepi tingkap bilik study, tunggu dia lalu. Nak usha la kan..hehe.. Best gek dapat usha. Pastu bila petang usha lagi. Kali ni kat ampaian plak. Ntah macam mana tiap kali aku lepak kat tepi koridor tu mesti dia ada, amik baju kat ampaian. Macam dah plan jer. Banyak kali gak aku usha hinggakan aku boleh tau kat mana dia selalu sidai pakaian dia. Tempat sama jer. Sory, saya skodeng. Tapi bukan skodeng pon. Sbb tempat tu open.

Tapi hati saya hancur sangat bila dapat tahu dia dengan kawan aku. Sabo jelah. Banyak g bunga kat dunia ni. Kat sekolah baru pon ada gak peminat(s), ada s sebab bukan sorang..hehe.. Benda yang sama aku buat, buat dek jer, tak layan pon pompan. Layan biasa2 jer. Study lagi penting. Habis spm ada kejap. Tapi aku x nak citer lah. lain kali ea..huhu..segan..

Ni cerita kat universiti pulak, aku tak plan pon nak bercinta masa belajar ni. Tapi ntah macam mana boleh terjatuh. Seriously pompan yang ni aku minat sangat2 tahap dewa. Macam dah angau gitu. Tapi macam aku cakap awal2 tadi aku ni pemalu. So aku diam je lah. Aku usha2 jer tak ada pon nak tanya nama dia ke, nak mintak email facebook dia ke, nak mintak no phone memang tak la. Malu sangat2. 1sem berlalu kitorang masih belum mengenali antara satu sama lain. Aku tau nama dia tapi mungkin dia tak tau nama aku or tak kenal aku. Sem 2 pon berlalu begitu saja, pon sama tak kenal lagi sampailah dipenghujung sem 2 tu kami diletakkan dalam satu group. Perghhhh..hepynya hanya tuhan je yang tau.

Tapi(ada tapinya) lebur lagi hati ni bila dapat tahu dia dah berpunya. Hmmm..melepassss..sebab dah tau tu aku layan mcm biasa je. Tak mau la aku rampas orang punya. Kesian kat orang, kalau aku kat tempat orang pon komfom sakit hati punnya. Nak dipendekkan cerita kami suka sama suka. Macam mana boleh terjatuh cinta pon aku tak tau. Sory sangat, perasaan tu datang dengan sendiri. Memang susah sangat nak tinggalkan perasaan tu. Maafkan aku sebab jatuh cinta. Aku tak bermaksud pun untuk menyakitkan hati sesiapa. Soalanku yang masih belum terjawab, "SALAH KE JATUH CINTA?". "Share"lah jawapannya kalau anda ada. aku memang tiada pengalaman bercinta.

p/s: sorry, i don't mean to hurt anybody..kalau awak baca jangan jeles tau, citer yang atas2 tu semua citer lama..dah expired..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...