Apa itu dab?
Dab atau nama lainnya biawak gurun adalah sejenis binatang berupa biawak yang hidup di gurun.
macam ni ha:
Diriwayatkan oleh Ibnu Kathir dalam karyanya Al-Bidayah wa an-Nihayah bahawa al-Baihaqi menceritakan daripada Abu Mansur Ahmad bin Ali ad-damaghaniy dari daerah Namin di Baihaq, mengenai sebuah kisah berikut yang disampaikan oleh Umar al-Khattab r.a..
Rasulullah sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi daripada Bani Sulaim ke hadapan Rasulullah. Orang tersebut membawa bersamanya seekor dab yang ditangkapnya untuk dimakan.
Sebelum itu dia menanyakan siapakah gerangan orang yang mereka iringi. Lalu dia berkata kepada Nabi "Demi tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu yang terdapat dalam alam ini yang lebih kubenci daripadamu wahau Muhammad! Kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan kadar yang segera, tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat mengembirakan hatiku dan semua manusia!"
Umar menjadi marah lalu bangkit dan berkata, "Wahai Nabi! Biarlah saya mengakhiri hidupnya!"
Lalu nabi menjawab, "Wahai Umar! Tidakkah engkau tahu bahawa orang yang lemah lembut itu hampir diangkat menjadi nabi?"
Nabi kemudian berkata kepada Arab Badwi itu, "Apakah yang menyebabkan engkau berkata demikian? Sepatutnya engkau menghormatiku dalam perhimpunan bersama sahabatku!"
Arab Badwi tadi tidak mengalah lantas berkata, "Demi tuhan Lata dan Uzza, aku tidak akan beriman kepadamu Muhammad hinggalah dab ini beriman kepadamu" katanya sambil mengeluarkan dab itu dan melemparkannya ke hadapan Baginda.
Nabi memanggil dab itu. Dab itu menjawab "Ya, wahai Nabi SAW!" dengan bahasa arab yang fasih dan difahami
Nabi bertanya "Kepada siapakah engkau beriman?"
"Saya beriman kepada Tuhan yang di langit itu Arasy-Nya, di bumi itulah kekuasaan-Nya, dan di lautan itu jalan-Nya, dan di syurga itu rahmat-Nya, dan dalam neraka itu azab-Nya!" Jawab dab itu.
Tanya Nabi lagi, "Siapakah aku wahai dab?"
"Tuan adalah utusan Allah, yang memiliki sekalian alam! Amatlah beruntung orang yang mendukung perjuangan tuan, dan binasalah orang yang mendustakan tuan!" Jawab si dab.
Mendengar kata-kata dab itu, Arab Badwi itu lantas berkata, "Wahai Muhammad! Sebelum ini engkau orang yang paling aku benci, tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan bapaku, diriku sendiri, engkau amat kukasihi zahirku dan batinku"
Ini bukan sihir, ini bukan penipuan.
Sumber : Himpunan Kisah Benar Tapi Pelik karya Dr. Hj. Zahazan Mohamed