hidup ini sangat singkat..beramallah seolah-olah esok kau akan mati..

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Jom Puasa Sunat Hari Arafah

Apa tu hari arafah?

Hari arafah ialah pada 9 zulhijjah dimana orang2 yang menunaikan ibadah haji wukuf di padang arafah. Ia adalah salah satu rukun haji. Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)

Apa kepentingan/hikmah wuquf ni?

Wuquf di Arafah melambangkan padang Mahsyar di hari kiamat. Padang Mahsyar di hari kiamat merupakan tempat berkumpul setelah bangkit dari kubur. Dipadang Mahsyar itulah seorang manusia akan mempertanggungjawabkan segala perbuatannya kepada Tuhan selama hidup di dunia. Perbuatan baik dan ikhlas akan dibalas dengan yang baik, perbuatan buruk akan dibalas dengan yang buruk pula (In khairan fa khairun, wain syarran fa syarrun). Semua keputusan pengadilan dunia batal, dan tidak ada lagi orang yang dapat disogok.

Bila hari arafah ni?

Banyak persoalan dalam menentukan bilakah hari ‘Arafah bagi negara-negara selain Makkah/Madinah. Penentuan bilakah hari ke-9 Zulhijjah adalah penting bagi membolehkan kita berpuasa sunah ‘Arafah dan bagi menentukan jatuhnya Hari Raya ‘Adha/Haji.

Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama sama ada ianya berdasarkan timbulnya anak bulan di sesuatu negara itu atau berdasarkan timbulnya anak bulan di Makkah. Pandangan yang lebih kukuh adalah mengikut masa timbulnya anak bulan bagi negara yang didiaminya. Contohnya, jika negara Malaysia melihat anak bulan sehari selepas hari ‘Arafah di Makkah iaitu 9 haribulan di Makkah ialah 8 haribulan di Malaysia, maka, maka penduduk Malaysia akan berpuasa pada hari ke 9 (iaitu hari ke 10 bagi Makkah).

Pandangan ini sejajar dengan ayat al-Quran surah al-Baqarah ayat 185 bermaksud sesiapa yang tidak mengesan anak bulan, tidak dikehendaki memulakan puasa. Dalil al-Quran ini juga disokong oleh hadis Rasulullah (saw). Perlu disedari, ibadah puasa adalah di antara ibadah yang ditentukan mengikut peredaran bulan bukannya peredaran matahari. Bagi penduduk di negara sebelah Barat atau Timur Tengah mereka akan menerima kemunculan anak bulan lebih awal dari negara sebelah Timur sebab itulah dalam hal ini mereka lebih awal dari Malaysia.

Bagi mereka yang masih mempunyai kemusykilan dalam hal ini, sebahagian ulama menyarankan kita berpuasa pada dua hari iaitu pada 8 haribulan (9 haribulan di Makkah) dan pada 9 haribulan mengikut masa Malaysia. 8 haribulan adalah untuk meraikan bersama-sama orang di arafah manakala 9 haribulan adalah mengikut kiraan di malaysia. Puasalah di kedua2 hari tersebut.

Tahun ni(2011) hari arafah kalau akan jatuh pada hari sabtu. Tahun ni 9 zulhijjah mekah dengan malaysia sama. So, x perlulah puasa dua hari.

Apa kelebihan puasa sunat hari arafah ni?

Ada beberapa hadis yang sahih menggalakkan orang Islam yang tidak ke Tanah Suci Mekah supaya berpuasa pada hari Arafah. Di antara sabda Baginda bermaksud:

Ditanya kepada Rasulullah s.a.w. berhubung puasa pada hari Arafah, maka Baginda bersabda: Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun selepas.
(riwayat Muslim).

Daripada Abi Qatadah daripada Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Berpuasa pada hari Arafah, sesungguhnya aku mengharapkan daripada Allah agar dihapuskan dosa selama satu tahun sebelumnya dan satu tahun selepasnya. (riwayat Abu Daud, al-Nasie dan al-Tirmizi)

Yang dimaksudkan setahun sebelum ialah setahun sebelum 9 Zulhijjah dan setahun selepasnya ialah setahun selepas 9 Zulhijjah, ini bermakna penghapusan dosa bagi dua tahun berturut-turut.

Jadi sangatlah rugi kalau kita tak mengambil kesempatan yang diberikan oleh Allah ini. Fadhilatnya sangat besar dan marilah kita bersama2 mengejar kebaikan puasa sunat hari arafah ini.

Tapi ingat, hanya dosa2 yang kecil saja yang akan diampunkan allah. Yang besar2 tu kenalah bertaubat. Lagi satu, janganlah ingat allah dah ampunkan dosa kita selama 2 tahun dan kita boleh melakukan dosa kecil. Ibadah kita tak sure lagi allah terima dan jika tidak diterima maka bertambah-tambahlah dosa kita.

Jom ramai2 puasa, ajak keluarga puasa skali, mak, abah, abang2, kakak2, adik2, nenek2, atok2, moyang2 kalau ada dan mungkin anda yang sudah berkahwin kpd anak2 dan cucu2, kalau ada cicit pun ok jugak. K..selamat menunaikan ibadah sunat. Semoga segala amalan kita diterima oleh allah dan kehidupan kita diredhai oleh allah.

p/s: rugi kalau x puasa

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...