hidup ini sangat singkat..beramallah seolah-olah esok kau akan mati..

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

ESQ Training Day 1 V1.0

Apa ESQ ni? Mula2 aku ingat program ni bersifat keduniaan. Jadi badan pon rasa berat je. Hatiku berkata "ala, malas la nak pegi, tido kat bilik lagi sedap".

Tapi sebenarnya ia sangat berbeza daripada ap yang aku sangkakan. Ia bersifat islamic dan sangat2 bagus untuk memotivasikan diri menjadi muslim berjaya. Pendek kata, ini program motivasi bersifat islamic.

Serba sedikit latar belakang program:

Diasaskan oleh Dr Ary Ginanjar.

alah, malasnye la nak taip, korang tengok sini jelah >> sini ..

Sbenanye aku nak citer pasal isinya, bkn latar belakangnya. Panjang kata program ni memang sangat bagus untuk memotivasikan diri ke arah dunia dan akhirat. Sebab konsep islam memang ditekankan dalam program ini.

Kami budak uitm pp dapat free je join program ni. Kalau kat luar bayaran dia rm500 lebih satu kepala. Mahal kan? dengan harga yang begitu, imputnya mestilah yang terbaik. Jika anda ada peluang atau ada wang lebih bolehlah sertai program ini. Ia banyak menyedarkan manusia tentang erti kehidupan, siapa kita, dan mengapa kita diciptakan di dunia ini.

Permulaan program, ia menekankan kepentingan ilmu, supaya peserta lebih fokus. Disuruh perbetulkan niat kerna niat sangat utama. Jika niat salah maka sia2lah kehadiran seseorang pada hari itu. ia juga menceritakan kisah nabi musa dan nabi khidir yang biasa kita dengar. Kisah ini menunjukkan taraf ilmu yang berbeza.

Edisi pendek: Nabi musa ni ilmunya sangat banyak dan hinggakan satu hari dia berdoa kepada allah yang ayatnya lebih kurang macam ni. "ya allah, kau lahirkanlah seorang manusia yang tinggi ilmunya supaya aku dapat belajar daripadanya". Maka allah perkenankanlah doa tersebut dengan menurunkan nabi khidir.

Then bertemulah 2 orang nabi ini dan musa berkata, "boleh tak aku nak belajar dengan kamu". Khidir berkata "boleh, tapi dengan syarat kamu tidak mempertikaikan/persoalkan apa yang aku lakukan". Maka berjalanlah 2 orang nabi ini.

Sampai di satu pelabuhan, tiba2 nabi khidir membocorkan sebuah kapal. Lalu musa pelik dan bertanya "mengapa kamu bocorkan kapal itu?". Jawapan khidir "bukankah aku dah kata tadi jangan persoalkan ap yg aku lakukan". Musa memohon maaf.

Berjalan lagi, tiba2 mereka bertemu dengan seorang kanak2. Tiba2 khidir membunuhnya. Tak logik kan bila difikirkan dengan akal. Musa bertanya lagi, dan dijawab perkara yang sama oleh khidir.

Berjalan, berjalan dan berjalan lagi, sampailah mereka ke sebuah kampung yang penduduknya ganas2 belaka. Mereka melayan dua orang nabi ini dengan sangat buruk sekali. Tetapi perkara pelik berlaku, khidir me"repair" sebuah rumah yang sudah usang. Musa bertanya "mengapa kamu repair rumah ini, sedangkan penghuni kampung ini zalim2 belaka" Khidir fadeup.

Khidir berkata "kalau beginilah keadaan kamu maka kamu tak boleh terus belajar dengan aku". Lalu musa pon patuh dengan perkataan khidir, ilmu khidir terlalu tinggi sehinggakan tidak mampu diterima oleh musa. Sebelum berlalu pergi, musa bertanya apakah mesej dari semua yang dilakukan khidir.

Maka khidir berkata "aku bocorkan kapal itu kerna allah berkata kepada aku melalui malaikat bahwa kapal itu akan dirompak sekiranya berlayar nanti, aku bunuh anak itu kerna bila besar nanti anak itu akan derhaka kepada ibu bapanya dan akan mendorong mereka kepada kekafiran, aku repair rumah usang itu kerna di dalamnya terdapat harta anak2 yatim"

Jika kita di tempat musa, mungkin kita berbuat perkara yang sama. Ilmu tahap ini memang tinggi dan bukan semua orang diperi kelebihan seperti itu. Hanya ulama' dan orang yang terpilih oleh allah saja.

cerita panjang ada di sini dan sini..

sampai sini saja, nanti sambung lg..ad kelas..

assalamualikum..

Keperitan Hidup Seekor Helang

Helang antara haiwan yang mampu hidup lama, dianggarkan mampu hidup sehingga 70 tahun, lebih kurang umur manusia je kan.

Tetapi, pada usianya mencapai 40 tahun, dia mengalami satu konflik yang sangat besar. Dia hanya ada dua pilihan, sama ada untuk mati, atau untuk menghadapi 150 hari hidup yang penuh seksa.

Mengapa? Pada usia 40 tahun, paruh helang menjadi panjang ke bawah dan besar, kukunya menjadi sangat panjang dan bulunya menjadi sangat tebal. Ini sangat menyusahkan helang tersebut untuk memburu mencari makanan. Jika anda helang, mana satukah pilihan anda?

150 hari kehidupan yang penuh seksa: untuk menghadapi hari-hari yang perit ini, helang perlu terbang tinggi ke atas bukit. Di atas bukit itulah dia akan melakukan evolusi terhadap dirinya. Langkah pertamanya ialah mematuk-matukkan paruhnya ke batu higgalah paruhnya tertanggal. Bayangkan bertapa peritnya jika mulut kita tercabut. Tak dapat nak dibayangkan seksanya.

Setelah paruhnya kembali pulih, helang akan menghentak-hentakkan kukunya ke batu hinggalah semuanya tertanggal. Bayangkan kuku anda, ditarik dan dicabut seperti zaman jepun dulu. Sakit ke tak eh?? Setelah kukunya kembali pulih, helang akan mencabut-cabut semua bulunya. Cuba tarik bulu roma anda, sedap kan rasanya??.

Setelah segalanya kembali normal selama 150 hari, barulah helang mampu memburu semula. Dengan perubahan drastik itu helang mampu hidup selama 30 tahun lagi. Masya allah, hebatnya helang. Jika kita ditakdirkan menjadi helang, mampukah kita melakukannya?

Moral of the story:

Banyak mesej yang dapat kita simpulkan daripada peristiwa helang yang penuh tragis ini. Antaranya, dalam hidup kita ni ada satu masa nanti kita akan mengalami masalah yang sangat besar. Sehinggakan kita tidak tahu apa ingin dilakukan, buntu, bingung, stress, dan macam2 lagi. Adakah kita akan menamatkan riwayat kita? tidak, perjalanan hidup kita ini masih panjang. Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. Kembalilah kepada pencipta agung kita, ALLAH agar diberikan petunjuk dan jalan penyelesaian. I allah kita mampu selagi ada pegangan agama yg kukuh.

Selain itu, bukan mudah mencapai kejayaan. Kejayaan tampa kegagalan itu bukanlah kejayaan. Masa kita kecil, adakah kita dilahirkan dan terus pandai berjalan? tidak, kita belajar berjalan. Entah berapa ratus kali, ribu kali, puluh ribu kali mungkin jutaan kali kita jatuh. Namun, kita tetap berusaha, hingga hari ini kita mampu berlari sepantas cheetah memburu rusa..hehe..

Lagi satu apa eh? tak ingat pulak..hmmm..pandai2lah anda pk k..anda kan ad otak..huhu..

ni salah 1 imput daripada program ESQ

meh tengok video



sekian saja untuk pagi ini..

assalamualaikum..

Kelebihan dan Kekurangan Orang Bercouple

kelebihan dan kekurangan orang bercouple:

kelebihan:
-boleh dating2
-ms dating boleh buat perkara2 romantik
-nak g mana2 ada kawan
-ada orang nak tegur salah silap kita
-nanti line clear boleh nakal2 sikit, pegang2 tangan, uuu, iii, dan segalanya
-ada yang "bimbing" saya
-boring2 boleh mesej
-boleh mesej manje2 dan nakal2 dengan dia
-bleh g kelas sama2, study sama2, berjaya sama2..sweetnyerr..
-rs hepy sepanjang masa sebab ad org yg tersayang
-nanti klu sakit or dapat susah ad org yg tolong
-nak g stesen bas ada org temankan
-nak beli sabun mandi kat jusco ad org temankan
-nak beli cekodok kat cafe ad org temankan
-nak karoke kat perda ad org teman
-boleh berkelah di pantai sama2
-pendek kata kemana2 pon ada org teman, slek tandas pompan je x leh masuk, klu tak dah basuhkan kot.
-boleh bagi bunga ros kat si dia
-boleh tgok sunset sama2
-boleh kira bintang di langit sama
-boleh pegang2 tangan
-panjang kata segala jenis benda boleh. tu yang kadang2 terlanjur. ikutkan nafsu.

sweet kan semua2 ni. X da orang yang x teringin untuk melakukan semua ini. Tapi AWAS

kekurangan:
-semua di atas berdosa, kenapa? sebab tidak menjaga ikhtilat/batas2 pergaulan.
dewasa ini kita banyak mengikut nafsu dan mengabaikan segala larangan allah. periksa semula kekurangan diri kita dan perbaiki..sama2 kita lakukan..i allah..

perempuan, nasihat saya, sila jaga maruah anda. sebenarnya jika anda bercouple anda sudah menjatuhkan maruah anda. tengok sajalah list diatas, kemungkinan besar anda akan melakukannya, harap2 tidak sebab saya tahu anda semua baik2 belaka. saya sorang je yang jahat, seyes saya jahat. kalau ada laki tekel buat bodo jer tau. tepuk sebelah tangan mana boleh bunyi kan. dan jika anda betul2 berminat dengan seorang lelaki, ajaklah dia bernikah. jika x mahu nikah, maka berkawan sajalah. tak payah couple. jagalah kehormatan masing2. bila dah hilang x leh nak adakan balik, ad treatment, tp mampu ke? mahal kot. ramai lelaki boleh baca dari badan pompan sama ada di ni masih dara atau tidak. sory, saya sret to the point. Hakikatnya lelaki x kesah sangat pasal dara, asalkan wanita itu berubah jadi baik. Dara dah nikah t hilang jugak.

say no to couple, n say yes to nikah..sekarang ni nikah gantung pon boleh..nafkah parent masing2 tanggung, tapi dating, pegang2 tangan semua dibolehkan..dengan syarat anda tidak uuk dia..hehe..jika uuk maka anda perlu menanggung segalanya..

realiti: saya suka berkawan ngan pompan, bukan kapel k..nak kenal2 je..t berkenan bleh nikah tros..hehe..


p/s: minta maaf wanita, saya bukan nak memburukkan anda. tapi ketahuilah, kebanyakan penghuni neraka adalah wanita..bukan saya cakap, tapi nabi cakap..tak percaya tengok post sy yg sbelom ni..

Faktor Kegagalan Saya

Saya ni jahat, mana ada budak baik gagal universiti.

Banyak faktor yang menyumbang kepada kegagalan saya, antaranya:

1. Kewangan
2. Games
3. Palapes
4. Perempaun
5. Lemah semangat (mudah putus asa)

Dulu ada ustaz cakap, kita tak akan menjadi seorang mu'min yg sejati sebelum didatangkan dengan dugaan. Dugaan tu tiga "ta", harta, wanita dan tahta.

Harta
Dulu saya belajar di uia gombak, kl. Yuran boleh tahan la mahal. RM1500. Nak dijadikan cerita PTPTN saya tidak lulus dan tidak boleh diuruskan lagi. Sebab ada masalah besar jugak. So, memang ada masalah kewangan yg sangat kritikal. Bapak saya bukan toke balak, keje kampung je, klapa sawit. Saya x nak bebankan abah. So saya masuklah palapes dengan alasan menggunakan duit elaun palapes untuk membayar yuran. Saya memang berat sangat nak masuk palapes sebab saya boleh agak pelajaran saya mesti akan jatuh. Nak buat macam mana? duit punya pasal masuk jelah palapes.

Palapes
Saya kos engineering, mungkin saya tak pandai menguruskan masa belajar. Saya tak salahkan palapes ok. Sbb ada je kawan saya palapes dpt 4 flat(bukan engin). Yang engin ada gak yg dapat 3.6(engin). Ramai je yg berjaya. Tapi saya tidak. Kenapa? palapes ni sangat letih. Latihan sabtu ahad, bangun pukul 4 pagi, 8 malam baru balik bilik. Pegi gelap balik pun gelap. dua hari macam tu, memang penat lah sebab tak rehat. Keletihan tu dibawa ke hari isnin, isnin komfom penat tak hilang lagi, so saya yg semangat x berapa kuat ni tido je lah kat bilik x g kelas. Banyaklah pelajaran yang terabai. Slalunya hari rabu baru letih tu hilang. Tak percaya? tanya budak palapes.

Lemah semangat(mudah giveup)

Sebenarnya sebelum itu saya pernah gagal, dari kegagalan itu saya bangkit dengan semangat yg berkobar2. Study di setiap masa lapang. Gap 1 jam atau 2 buat latihan di kelas2 kosong d uia tu. Memang rajin tahap gaban lah. Malam lepas solat maghrib je tepacak depan meja study, study smpai tengah malam. Rajin kan? Ada 1 hari kawan saya datang dan cakap "weh, ak rasa sem ni ko dapat 4 flat la" den pon gombira lah, ado orang doakan tuh. Tapi result mid-term x seperti yg saya target. Saya terget semua A, sebab banyak exam mudah2 belaka, ada 3 exam tu saya klua sejam awal. Korang agak brape saya dapat? ni dia allah nak uji, 1 A je ak dapat. klu anda la kan, anda frust x? dari situ saya bisik dalam hati. "x payah la blaja macam nak mati, bukan bleh dapat A pon, lectere kedekut markah" then start dari situ semangat makin luntur. Ditambah lagi dengan beban kewangan, palapes..pecah kepala pk..

Tukar Channel sket

Perempuan
Tak cukup dengan masalah tu muncul pulak masalah lain. Aku pon x da nak salahkan pompan tu. Cuma aku nak tanya, knapelah tibe2 kau hadir dalam hidop aku? Main jaoh2 la..plzzzz.. Tapi aku pon bodoh gak sebab layan pompan tu. Dulu masa kat sekolah ramai gak pompan gedik2 ngan aku, ajak kapel lah, nak kawan lah, mcm2, tp ak bwt bodo je. Sbb aku ni skema sket, fokus blaja je. Dan aku memang anti kapel2 ni, benci tahap dewa kat org yg kapel. Tapi bila sampai universiti allah nak uji sikit je, bagi pompan yang comel, mcm yg aku impikan memang cair la kan. Nampak sangat yg iman aku ni lemah tahap dewa. Mak aku pon pelik gak knape tetibe aku layan pompan, dlu segan tahap dewa ngan pompan. Ahhh..biarlah. Serabut otak pk. Tak kapel pon, tapi orang dok kate kitorang kapel. Ntah lah, complicated sngt. Ajak nikah tak nak, phuiii..pompan klu stakat nak suke2 g main jaoh2 la weyh. Nak bercinta niat nak suka2 haram. Tak percaya dengar ceramah ustaz azhar.

Games
Aku ni kaki games, pc gamers. Masa kat matrik uia dulu mmg keje aku main game jer, siap beli desktop lagi. Tak main la gaming guna laptop ni, lag. Noob sapa gaming pakai laptop (laptop gamers jgn mare, gurau..hehe). Sbenarnya lepas gagal kali pertama aku dah stop gaming, dah jual semua desktop dan gaming devise. 2 tahun tak main game, sampai tahap main pes pon kalah dgn bdk2 noob. Mmg tahap noooooob masa tu sbb lama x main. Then bila masalah dah banyak, otak aku pon x bleh nak pk ape dah. mmg jem otak ni. Share dgn orang pon bengong gak ornag tu sbb tak bg solution kepada masalah aku yg menimbun. Bila otak dah serabut tahap gaban, pk pon dh x waras. Quran ntah kemana, surau dah x pegi dan mcm2lah pekara bodoh yg ak bwt. Tension dah tahap dewa n x leh nak pk, penah gak banyak kali aku hentak kepala ni kat meja, sbb dh tension sangat..mcm org gila pn ada dah rasa. Last2 ak beli gaming desktop, maka bergaminglah 24/7 untuk melepaskan tension. Kurang jugak, tapi caranya tak btol. Alhamdulilah sekarang ni dah ok, normal.

Semoga kegagalan ini memberikan ikhtibar kepada diri saya dan kepada semua2 orang d dunia ini. Jangan jadi macam saya. Kalau ada masalah, pls share dengan orang. Dgn parent, kawan karib, lecture, dan yg terbaik kaunselor ataupon ustaz/ustazah. Paling afdal kembali kepada Allah.

sekian saja dari saya sollehudin..

assalamualikum..

Kepentingan Dakwah

Ketahuilah, "Mereka yang diazab neraka sentiasa mencari-cari orang lain untuk menggantikan dirinya, sesiapa sahaja di muka bumi, sehingga mereka terlepas dari azab ALLAH." (Al-Ma'arij: 11-14)

Dalam kesedaran ini saya ingin mengajak sahabat2, kawan2, classmate2, universitymate2 dan segala jenis "mate" saya untuk sama2 kita mengamalkan islam dengan sepenuhnya.

Dakwah itu wajib kepada setiap umat islam, tak kiralah anda ni ustaz ke, engineer ke, doktor ke, architect ke, mat rempit ke, skinhead ke asalkan anda islam anda wajib berdakwah.

"Saya student lagi, ilmu pun x banyak. Biarlah ustaz2 yg dah pro tu buat kerja dakwah." Alasan inikah yang anda akan berikan ketika berhadapan dengan Allah nanti?. Tepuk dada tanya iman.

Baiklah, merujuk kepada ayat diatas sekali tu, macam mana boleh jadi macam tu? ala, sama je macam dunia ni. Kita kena tangkap polis sebab buat jenayah, lepas tu kita kena hukum berat2. Padahal ramai lagi kawan2 kita sama2 buat jenayah tapi tak kena tangkap pon. Then kita akan secara spontan mengatakan itu salah orang lain untuk melepaskan diri daripada hukuman. Tu yang petik nama orang lain. Then orang lain pon kene gak. Adil tak macam tu?

Konsepnya di akhirat nanti samalah macam dunia ni. Azab neraka sapa boleh tahan? Baru panas dunia sikit dah mengeluh. Bayangkan, sepercikan api dari neraka jika terjatuh ke bumi maka leburlah segala isi dunia ini. Kalau dah besi boleh senang2 lebur, manusia tak payah cakap la mcm mana kan.

Contohnya kita solat, tetapi rakan kita tak solat. Pastu kita tak pernah pon ajak dia solat ke, tegur dia ke. jadi bila di akhirat nanti alasan dia mungkin begini. "ya allah, dulu sipulan bin sipulan ni sebilik dengan aku, tapi dia tak pernah ajak aku solat, hukumlah dia sekali" Tak ke naya gitu?.

Tu baru bab solat, bab aurat, pergaulan dan bagai2 lagi tu guane plok? mcm biasa, tepuk dada tanya iman.

alasan lain yg kemungkinan besar digunakan oleh manusia2 untuk melepaskan diri dari azab allah:

"dulu kat dunia dia ni fren aku di fb, jadi hukumlah dia sekali, sebab dia tak pernah pon dakwah aku"

"dulu kat universiti dia ni classmate aku, tapi sepatah perkataan pon dia tak pernah lafazkan untuk mengajak aku ke arah kebaikan"

"kat dunia dulu dia ni satu kampung dengan aku, tapi dia x pernah pon ajak aku solat jemaah di masjid, azablah dia sekali"


tak ke naye gitu?

jadi, sama2lah kita perbaiki diri masing2. Alasan tidak cukup ilmu memang tidak boleh diterima, sebab ada stu kisah di zaman nabi. seorang sahabat ni apa nama dia sy tak ingat, baru je dapat kalimah syahadah. Masa tu islam masih berdakwah secara sembunyi2. Tetapi dia dengan semangat dakwah yang berkobar2, berlari2 di sekitar mekah melaungkan kalimah syahadah bertujuan mendakwah orang di sekitar itu. Kita bukan setakat syahadah, segala jenis doa pun kita dah hafal. Jadi alasan masih belum cukup ilmu sangat2 tidak releven. Saya pun x banyak ilmu tapi insya Allah dengan kesedaran yang ada ini saya mengajak orang lain.

saya hanya mampu menaip perkataan2 yang lahirnya dari hati di badan yg hina ini, hanya allah pemberi hidayah..biarpun berjuta perkataan saya tuliskan, selagi hidayah tidak sampai maka "useless"lah usaha saya. Diharapkan ini dapat menjadi hujah saya d hadapan allah kelak.

dakwah adalah mengajak orang melakukan kebaikan, dan meninggalkan kemaksiatan. Dakwah bukan hanya kepada orang kafir(bukan islam) malahan dakwah juga perlu kepada orang islam. Sebab zaman sekarang ni nama je islam, tapi aurat tak tutup, solat pon lobang2 dan yg tak solat pon ramai. Tak payah tengok luar la, dalam universiti pun banyak.

mana yg baik datangnya daripada allah dan yg buruk itu daripada kelemahan diri saya yg hina ini..terima kasih kerna membaca hingga ke hujungnya..semoga allah memberikan hidayah kepadamu..insya Allah..hidayah akan sampai kepada orang yang mencarinya..

sekian saja untuk kali ini..

assalamualikum..semoga kita sentiasa berada di bawah keberkatan Allah..

JANGAN LUPA SEBARKAN..SHARE JUGAK MERUPAKAN 1 USAHA DAKWAH ANDA..

Khutbah Jumaat (7/12/12) PI UITMPP

assalamualaikum semua..

bersyukur kita kepada ALLAH kerna masih memberikan peluang untuk kita terus hidup di dunia ini untuk mengumpul bekalan untuk hari akhirat nanti..bersyukur juga kita masih berada dalam keaadaan islam dan beriman, i allah..allah maha besar lagi maha pemurah, dia masih lagi memberikan peluang untuk kita bernafas di pagi hari..berapa ramai manusia yg x dapat menghirup udara segar di pg hari ini.

Bersyukur juga kerna mata kita masih boleh melihat, boleh melihat keindahan, kehebatan, kebesaran dan kekuatan kuasa allah. Jadi, kita perlulah menggunakan segala nikmat allah ini dengan sebaiknya. Layakkah kita melakukan kemaksiatan kepada-Nya sedangkan pelbagai nikmat sudah diberikan kpd kita. I allah sama2 kita tarbiah diri masing2.

Uizzzz..panjang gak tu, baru mukadimah..hehe..

ok, point hari ni nak sentuh pasal Khutbah jumaat lepas, ni baru free nak tulis. Khutbah lepas di pusat islam uitm pulau pinang berkisar tentang orang yang muflis di akhirat. Siapa golongan muflis ni? Adakah mereka jahat semasa d dunia? adakah mereka melanggar perintah Allah?

Baiklah, kalau d dunia orang muflis ni susah hidupnya, nama dah black list. Nak kerja pun susah, nak pinjaman bank memang mustahil, nak beli kereta kena guna nama orang lain. Tu kisahnya muflis di dunia. Bagaimana pula muflis di akhirat?

Orang yang muflis di akhirat sebenarnya adalah orang yang banyak melakukan amal soleh, tapi dalam masa yang sama dia melakukan maksiat dan menyakitkan hati saudara-saudaranya. Macam mana boleh jadi muflis ni? Mereka melakukan ibadah, dosa juga dilakukannya, jadi dosa amalan buruk itu lebih berat timbangannya dari pahala amalan baik. Maka ke nerakalah tempatnya. Nauzubillahhh..

Pabila dia menyakiti atau menganiaya orang lain, dia akan diberikan dosa. Bukan itu saja, dia akan menanggung dosa-dosa orang yang di aniaya itu. Contoh seorang yang dianiaya ni dosanya tinggi gunung kinabalu. Dapat pulak dia ni suka aniaya orang, contoh 10 org dianiaya. Tak ke sepuluh gunung kinabalu dosa orang lain terpaksa ditanggungnya. Tu blom masuk dosa diri sendiri, dosa usha aurat awek cun, dosa tengok benda2 lucah, dosa bercakap perkara2 lagha.

Jadi, sama-samalah kita pebaiki diri sendiri. Janganlah jadi orang yang muflis di akhirat. Biar muflis d dunia jangan muflis di akhirat. Sama2 kita jadi baik k..islam itu indah, islam is the way of life..amalkan islam sepenuhnya..allahuakbar..

mana yg baik datangnya dari allah dan mana yg buruk datangnya dari kelemahan diri saya yg hina ini. Jika ada kesilapan jangan segan untuk menegur saya..bye..

assalamualaikum..

Mid-end Gaming Rig 1

Hi, i'm sollehudin, i'm an engineering student, i have some knowledge about desktop customization. Its part of my hobby, i like everything about computer hardware. Hope i can help you getting the best specification according to your budget and in the same time u can help me earn some income, so that i can use it for my study :)

Budget Around RM1500 (all new item)

......................................................................................................................

set 1:

Processor : A4 3400 2.7Ghz FM1 (2 core/2 thread): RM179
Motherboard : Gagabyte GA-A55M-DS2 (FM1) : RM179
Graphic Card : Sapphire ATI HD 7750 1G : RM339
RAM : Corsair Gaming Ram 4G X 1 : RM69
Harddisk : Western Digital 500G : RM189
Power Supply : FSP Hexa 500W : RM149
Casing : Cooler Master Elite 311 : RM119
Monitor : Samsung S20B300B 20" : RM339

Total : RM1562

......................................................................................................................

set 2:

Processor : A4 3400 2.7Ghz FM1 (2 core/2 thread): RM179
Motherboard : Gagabyte GA-A55M-DS2 (FM1) : RM179
Graphic Card : Sapphire ATI HD 7770 1G : RM429 review
RAM : Corsair Gaming Ram 4G X 1 : RM69
Harddisk : Western Digital 500G : RM189
Power Supply : FSP Hexa 500W : RM149
Casing : Cap Ayam Case : RM50
Monitor : Samsung S20B300B 20" : RM339

Total : RM1583
*note: HD7770 is better than 7750
......................................................................................................................

Dealing method:

-cod (uia gombak,kl/uitm penang)
-postage buyer pay (only rm30 around malaysia 100% safe)

Contact:

-sms 0132792886 (din)
-fb oppa sollehudin

any inquiry don't hesitate to contact me. ask anything u want, i allah if i know i will tell u everything. For faster answer just ask "uncle" Google..

cuci mata:



hd 7750


dh 7770

Cara Mendapatkan Key Windows 8 Original Secara Percuma (uia student)

Assalamualikum semua..

kali ni ak nak bagi penjelasan mcm mana nak dapatkan key win 8 ori..orang asyik tanya je..harap2 ini boleh membantu..



Tutorial ini terbahagi kepada dua:
i. student 1st & 2nd year
ii. student 3rd, 4th dan seterusnya

i. student 1st & 2nd year


1. mula2 sign in sini windows live

2. cara sign in:
>username: nama1.nama2@live.iium.edu.my (contoh: nama kahirul adnan bin zaid, kemungkinan email anda khairul.adnan@live etc..untuk kepastian check dkt my iium, my personal, contact information)

>password: jika anda x pernah tukar password, maka passwordnya ialah iium(ic) (contoh: iium901121085641) jika dah tukar dan terlupa, maka x dopeklah den nak menolongehhhh..

3. bila dah masuk dalam mail tu, masuk inbox, scrol bawah sket, bukak email yg bertajuk "Welcome to MSDN Academic Alliance: Online Software System"..dalam tu ada link untuk ke DreamSpark, dan juga ada password..spa yg x dapat email MSDN AA boleh try ni link dreamspark atau ini ..

4. apa tunggu lagi, log in dreamspark dan sedutlah segala software yg anda mahukan


ii. student 3rd, 4th dan seterusnya

ikut cara 1 dan 2 mcm kat atas tu, tapi sampai step 3 lain sket..dreamspark account akan expired selepas 2 tahun, jadi anda perlu reactivate acc dreamspark tu..mcm mana nk reactivate?

camni, tadi dah log in kat win live kan..tengok bahagian atas mail tu, ada new..tekan..ni yg ak bwt

to : msdnaa@iium.edu.my
cc : biar kosong
subject : reactivate dreamspark account

*isi dia

hi.

I would like to reactivate my dreamspark account

nama penuh
no matrik

tq..

tunggu email pengesahan mengatakan account anda sudah diaktifkan
klu dah aktif apa lagi, sedut la banyak2..

selamat mencuba..

p/s: ni baru nak dapatkan key je, nak fomat camna plak?..adoii..google sendiri k..banyak sumber2 yg boleh digunakan kat lua tu..kalau agak2 x reti sangat suruh je saya fomatkan..ikut keikhlasan la nak bagi brape kat saya..

Celcom Pakej Mampu Milik Broadband 1Malaysia RM25/sebulan

<< OUT OF STOCK >>

Assalamualikum semua..

huizz..lama giler ak x update blog ni..dekat satahun..
ok, kali ni ak nak jual broadband pulak..ni detailnye..

Celcom Pakej Mampu Milik Jalur Lebar 1Malaysia RM25/sebulan

*Limited SIMPACK Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang only !

INTERNET RATE :
RM1 per 1 Jam
RM25 per 1 Bulan
*data terhad pada 1G dengan kelajuan sehingga 512kbps(dengan vpn data jadi tidak terhad, boleh download banyak2 juga kelajuan boleh cecah 1mb keatas)

ADD FRIEND : (Max 5 friends)
RM1
Berbual 1000 minit (lebih 16 jam)
SMS 1000 sms
per 1 Hari

PANGGILAN :
Celcom 28 sen per 10 minit
other 28 sen per 5 minit

SMS :
Celcom 1 sen per sms
other 5 sen per sms

Sim ini boleh dijadikan broadband ataupun simkad biasa yg dipasang pada hp..

juga menjual:
-Huawei E173 7.2mb (Demo unit) pm saya untuk model modem yang lain(ad yg 21mb & 42mb)
-Mesra VPN (Fungsi Utama VPN bukan lah utk UNLIMITED kn Quota ,
tetapi utk keselematan anda ketika melayari Internet)

Harga:
-sim 1 mlysia : rm49 pm/sms for best price
-E173 : rm99 pm/sms for best price
-VPN(pendaftaran & 1 bulan akses) : rm15
*jika beli bundle 1 set(modem, sim & vpn) akan diberikan diskaun yg memuaskan..

cara hubungi:
-0132792886/0173133973 (sms je lah, save kedit korg, call takut ak bz & ada dlm kelas)
-fb oppa sollehudin
-reply sini pn boleh

lokasiku:
-perak (hutan melintang, teluk intan, sabak bernam)
-seberang perai, pulau pinang
-kl, gombak

Dealing method:
-cod(jumpa face to face)
-postage, pos laju(postage buyer pay)

sebarang pertannyaan boleh pm saya..

kelebihan:
-unlimited download kalau guna dgn vpn
-murah, 25 je sebulan

kekurangan:
-speed x tentu, kejap laju kejap slow
-kena test server yg ok kat vpn tu

bukti:



1st try



2nd try



3rd try


bukti quota x gerak lepas 2 hari pakai & download hampir 500mb data


soalan lazim:

-legal ke benda ni? kalau x legal ak x jual secara open mcm ni..

-saya dah beli, tapi x daftar2 lagi? harap dapat bersabar, pendaftaran hanya akan dibuat pd waktu pejabat isnin hingga jumaat, kalau cuti maka sabo yek..

-camne nak deal? cod boleh, postage pon boleh..

-negeri lain boleh pakai ke? boleh je..asalkan anda berada d dalam Malaysia dan ada line 3G..at least gprs pon ok lah, tapi paham2 je lah..slow..

ok, dah letih mbebel ni..papehal kontek je ak..x yah segan n silu untuk bertannya..ak bukan mkn org pon..k chowww..

assalamualikum..




Khutbah Jumaat 13/1/12 : Elakkan Pembaziran

Assalamualaikum..

Khutbah jumaat tadi berkisar pasal pembaziran. Banyak sangat umat islam sekarang melakukan pembaziran. Kita tak perlu tengok orang lain, tengok diri sendiri dahulu. Tengok makanan apa yang kita makan, adakah ia berpatutan dan tidak berlebih-lebihan? Adakah ia mengikut tuntutan islam. Tengok pula pada pakaian kita, sampai tak muat almari pakaian. Macam2 baju dan macam2 pesen. Kalau boleh seminggu skali ada baju baru.

Sahabat dahulu tidak dapat pergi berjemaah di masjid, bila ditannya apa sebabnya, dia menjawab pakaiannya basah. Disitu menunjukkan dia mempunyai sehelai pakaian sahaja untuk segala-gala jenis waktu, tempat dan tidak kira tujuan. Kita sekarang bagaimana? ke masjid baju melayu, ke kelas baju berkolar, bersukan t-shirt sukan. Macam2 pakaian tetapi mengapa ramai yg masih tidak bersyukur dengan nikmat yg diberikan oleh Allah

Pernah sekali nabi mengimamkan solat, seorang sahabat bertannya kepada nabi mengapa pakaiannya bertampal besar. Seolah2 sengaja dukoyakkan. Lalu nabi berkata tadi ada kucing tidur diatas baju-ku, lalu kupotong bajuku supaya tidak mengganggu kucing itu tidur. Mungkin disebabkan kehidupan zaman ini yang serba mewah menyebabkan kita berasa apa yang kita lakukan setiap hari tidak membazir.

Dalam khutbah tadi menyatakan pembaziran yang biasa dilakukan oleh umat islam. Antaranya:-

Pembaziran Ilmu - Ini terjadi apabila kita mempunyai ilmu tetapi tidak beramal dengan ilmu yang kita pelajari. Kita sudah tahu sesuatu itu ditegah islam, tetapi masih melakukannya. Hukum islam yang dipelajari perlulah diadaptasikan untuk menjadi islam yang sebenar. Amalkan segala ilmu yang kita pelajari.

Pembaziran Amal - Ini terjadi apabila seseorang beramal tetapi tidak ikhlas kerana ALLAH. Maka sia2-lah segala amalannya. Menderma kerana ingin menunjuk-nunjuk, useless. Membazir saja amalan tersebut. Jadi ikhlaskan hati dan betulkan niat apabila melakukan sesuatu perkara. Walaupun ia simple, niat kerana Allah.

Pembaziran Harta - Ini sangat mudah, lihat pada diri kita sendiri. Lihat pada handphone masing2, adakah ia berpatutan dengan apa yang anda perlukan. Guna iPhone tetapi just untuk mesej dan call, bagi saya ia membazir. Handphone nokia berharga 80 ringgit pon boleh melakukannya jika sekadar mesej dan call. Kita semua diracuni dengan jenama dan style2 masyarakat barat. Bila orang cakap "fuyooo..pakai iPhone, gempak tuuu". Jika diteliti kembali, penggunaan iPhone adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menunjuk2. Berdosa tak ea kalau menunjuk-nunjuk ni. Tepuk dada tanya iman. Kemana perginya harta2 kita, ketahuilah, harta yang kita dermakan itu adalah harta kita diakhirat kelak, manakala harta ynag ada pada kita kini bukanlah milik kita.

Pembaziran Tubuh Badan - Pemuda, apa yang anda lakukan sewaktu muda ni? Allah memberikan tubuh badan ni adalah untuk beribadat kepadanya. Senag je beribadat ni, asalkan niat kerana Allah itu dikira beribadat. Riadah main futsal sampai tengah malam, beribadah ke tu? ingat, jika ia melalaikan maka bukan ibadatlah namanya. Malam allah ciptakan untuk kita berrehat dan beribadat kepadanya, tapi pemuda sekarang bersukan tak tentu masa. Bersukan mengikut masa k dan jangan berlebih-lebihan. Gunakan tubuh badan kita sebaiknya k. Ia adalah nikmat Allah yang tak mungkin kita dapat membalasnya walau bagai mana cara sekalipun.

Pembaziran Masa - Dalam quran sendiri mengatakan, demi masa. sesungguhnya manusuia berada didalam kerugian. kecuali orang2 yang berimandan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untukkebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. (al-asr). Allah bersumpah sesungguhnya manusia kerugian, memang komfom2 manusia akan melakukan pembaziran masa. Saya pun tidak terkecuali melakukan pembaziran masa. Sama2 berusaha mengelakkan pembaziran masa. Ada ulama' mengatakan membazir masa lebih buruk dari kematian. Sebab jika seseorang itu mati, dia akan terpisah dengan dunia. Tetapi jika seseorang itu membazir masa dengan perkara2 yang lagha dan tidak berfaedah, dirinya akan terpisah daripada dunia dan akhirat. Contoh senang bermain game, kita akan lalai dan berada dalam dunia game tersebut, kita lupakan dunia kita yang sebenar juga akhirat. Jika anda gamerz, berusaha kurangkan dan tinggalkan dunia gamers. Saya juga dahulu seorang gamers yang hidup hanya untuk bermain game, alhamdulillah Allah dah berikan petunjuk dan kini saya dpt kawal keinginan saya bermain game. Seriously memang sukar meninggalkan perkara yang kita suka lakukan. Cuba tinggalkan, ikut cara saya, jual semua gaming device yang anda ada.

Pembaziran berlaku dimana2 sahaja. Jika kita mengikut suruhan islam yang sebenar, i allah kita boleh mengelakkan daripada melakukan pembaziran. Sama2 kita mengingatkan diri sendiri dan orang lain bertapa pentingnya mengelakkan pembaziran. Membazir itu amalan syaitan. Elakkan, i allah kita boleh.

Sekian saja post untuk kali ini, mana yg baik dtg dari allah dan mana yg buruk dtg dari diri saya yg penuh dengan kelemahan ini. Assalamuaikum.

p/s: renung2-kan dan selamat beramal..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...