hidup ini sangat singkat..beramallah seolah-olah esok kau akan mati..

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Awak, Ingat Nasihat Saya K.. V 2.0

>> Sambungan Awak, Ingat Nasihat Saya K..

Awak, amalkan solat sunat Dhuha k. Dulu tiap kali sampai waktu dhuha mesti saya akan mesej awak ajak solat sama2. Saya pun rasa semangat je nak solat bila ada orang yang sama2 solat dengan saya. Walaupun tempat dan waktunya berbeza, semangat tu tetap ada. Berkobar2 sangat nak buat solat tu. Tapi pasni saya dah tak boleh nak ingatkan awak. Saya harak post ni mampu mengingatkan awak seumur hidup supaya mengamalkan dhuha ni.

Ape kelebihan dhuha ni?

Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.

(Surah al-Dhuha : 1-5 )

I allah kalau kita solat dhuha allah akan memurahkan rezki kita. Rezki bukan harta je tau, ketenangan, cepat faham ketika belajar pun dikira rezki. Amalkan tau.

Hadis pulak.

" Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud , "Hai anak Adam, solatlah kepadaKu empat rakaat pada permulaan siang nescaya akan Aku cukupkan keperluanmu pada akhir siang." (Riwayat Tirmizi)

" Pada diri manusia ada 360 ruas tulang, dituntut ke atasnya untuk memberi sedekah kepada setiap satu daripada ruas-ruas tersebut.
Para sahabat bertanya, 'Siapakah yang terdaya melakukan ya Rasulullah ? ' Lalu beliau bersabda, ' Boleh juga dilakukan dengan menanam kahak di lantai masjid atau menghilangkan halangan di jalan, kalau tetap tidak dapat dilakukan makan dengan melakukan dua rakaat solat Dhuha boleh cukup baginya."
( Riwayat Ahmad dan Abu Daud dan dengan lafaz lain oleh muslim )

Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.

Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.

” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”
(HR Tirmizi)

Besar kan fadhilat dhuha ni? Jom amalkan dan istiqamah. Lebih bagus orang yang membuat sedikit tetapi istiqamah daripada orang yang buat banyak ibadah tanpa istiqamah. Orang yang jahil akan merasa malu kepada orang yang berilmu, manakala orang yang berilmu akan merasa malu kepada orang yang beramal dengan ilmu tersebut dan seterusnya orang yang mengamalkan ilmu tersebut akan merasa malu kepada orang yang istiqamah dalam amalannya.

Awak, amalkan Puasa sunat tau. Slalu malam ahad kalau saya ingat saya akan mesej awak ajak puasa hari isnin. Awak bagus sangat sebab mudah diajak, kalau semua kawan2 saya macam awak kan senang. Ajak terus je nak. Tapi saya dah cakap awal2 haritu, kalau awak nak ikut apa yang saya ajak tu sebab saya dan bukan niat kerana Allah baik lupakan je. Tak da makna kalau awak buat ibadah sebab manusia, sia2 je tau. Penat je buat tak dapat ape2. Saya tau niat awak kerana Allah, sebab awak puasa lebih daripada yang saya ajak. Saya ajak hari isnin je, skali awak puasa khamis jugak. Perghh..hebat awak ni. Tabik sket. Tapi maaf sangat2 sebab pasni dah tak boleh nak ingatkan awak.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-'Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa. "(1)
(Hadith Hasan Gharib - Riwayat Tirmizi)

Dari Abu Qatadah al-Ansari r.a., bahawa Rasulullah s.a.w telah ditanya tentang puasa hari Isnin.
Baginda menjawab: "Hari itu (hari yang bersejarah, kerana) padanya aku dilahirkan dan padanya aku diutus menjadi Rasul - atau pada hari itulah (mula-mula) diturunkan al-Qur'an kepada aku."(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

Banyak tau kelebihan puasa sunat ni. Kat sini saya nak tulis apa yang ada dalam note saya masa ta'alim haritu.

-Puasa meningkatkan roh dan keikhlasan dalam diri. Kalau kita puasa orang lain tak tau pun yang kita puasa melainkan kita cakap. Ibadah lain orang bleh nampak n kat situ mungkin kurang ikhlas bila ada orang nampak kita buat ibadah tu. Contoh solat sunat, ibadah tu orang nampak n mungkin dalam hati kita akan terdetik sedikit "bagus tak aku solat sunat?..hehe..". Kat situ keikhlasan dah kurang.

-Puasa melahirkan insan yang sabar.

-Daripada hadis tapi ni apa yang saya faham "siapa yang mampu nikahlah, dengan nikah boleh menurunkan pandangan dan memelihara kemaluannya, jika tak mampu berpuasalah". tak mampu nikah, so, jom puasa..hehe..

-Puasa menyihatkan. Tau kan hadis dia? carik sendiri yek..huhu..

-“Sesiapa yang berpuasa sehari di jalah Allah, nescaya Allah akan jauhkan neraka Jahannam sejauh perjalanan 100 tahun” – Rekod Nasa’i disahihkah oleh Albani. Dalam ta'alim tu kata 70 tahun. Tak tahu lah mana 1 yang sahih tapi mesejnya tetap sama. Menjauhkan kita daripada api neraka.

-Puasa 3 hari dalam sebulan bersamaan dengan puasa setahun. Pernah kan dengar 1 amalan dibalas 10 kebaikan. Sebulan ada 30 hari, simple math 3 X 10 = 30. Kalau tiap2 bulan buat tak ke setahun jadinya?..huhu..

Bagus kan puasa ni, tapi susah sangat nak amalkan. Berat sangat nak puasa, lagi2 kalau kat rumah, banyak sangat godaan.

Awak, Try Qiam k. Saya tak tau sama ada awak buat atau tak. Dulu tiap kali saya ajak qiam awak tak balas mesej saya dan tak jawab panggilan saya. Mungkin malam tu awak tido lewat dan mengantuk sangat. Tak pe, pasni buat tau. Susah gak nak bangun pagi ni. Godaan tilam dan bantal yang lembut sangat kuat. Kita sama-sama try k.

Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!”
(Hadis Riwayat Muslim).

Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Sory, tak leh nak kejut awak. Kalau awak dah jadi isteri saya i allah saya akan kejut.

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’ Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).

‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim).

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-

* Jauh daripada segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

Sementara empat perkara di akhirat ialah:-

* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”

Semua benda akan jadi mudah kalau kita bersungguh2 melakukannya. Dan hati kita mestilah merelakan diri kita untuk melakukannya. Anda rasa anda boleh ke masuk syurga dengan keadaan anda sekarang? dengan amalan yang sedikit, dengan dosa2 yang kita lakukan, rasa2 boleh masuk ke masuk syurga? Tepuk dada tanya iman. Nak compare kita dengan sahabat2 dahulu, bertapa teguhnya iman mereka. Kita? kena sikit dah goyang. Ya allah, lindungilah kami daripada dugaanmu yang tak mampu kami hadapi, kekalkanlah kami dalam islam, teguhkanlah iman kami. Hanya kepadamu tempat aku memohon dan menyerah diri.

p/s: Nasihat ini untuk semua orang, saya harap anda semua boleh menyebarkannya..jangan ambil bulat2 daripada apa yang ada kat sini..mungkin saya ada tersalah..mana2 yang salah tu tolong betulkan tau..saya ni lemah..sory..

Status Aku edisi Islam Is The Way Of Life

Status aku di FB..sebagai peringatan kepada aku dan anda semua..

""sampaikankanlah ayatku walaupun sepatah" bukan aku cakap, tapi rasulullah s.a.w yg cakap..jom sebarkan.."

"tahukah kamu, 10 siang terbaik adalah 10 hari pertama di bulan zulhijjah (macam 10 malam terakhir bulan ramadhan)..jom ramai2 tingkatkan amalan, kejar kebaikan di hari2 yang mulia ini..perbanyakkan zikir kepada allah..rugi kalau x ambil bahagian."

"macam mana kita nak g perang dengan zionis, kapir semua tu sedangkan kita tak mampu lagi memerangi musuh dalaman kita, iaitu nafsu..aku pon fail dowh..arghhh..kalaulah nafsu ini boleh dikawal dengan remote control kan senag..x dalah aku merana menahannya.."

"Kalau kita meninggalkan sesuatu yang kita suka kerana Allah, nescaya satu hari nanti Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang jauh lebih baik..mungkin kebaikan itu kita sendiri pon x dapat nak bayangkan..orang MU'MIN akan meninggalkan segala perkara yang tidak mendatangkan faedah kepadanya.."

"keikhlasan yg sebenar adalah melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan dari manusia mahupun syurga dan pahala..hanya mengharapkan keredhaan dari allah..susah sangat nak capai tahap ni..sama2lah kita cuba yek..insyaallah.."

"kesukaran akan mengingatkan diri kita kpd allah..walaupun sedikit, nikmatnya sangat terasa..berbeza dengan orang yang senang, sentiasa merasakan apa yang dimiliki masih belum mencukupi.."

"Mencari pasangan ni bagaikan nak berbuka puasa..kalau puasa anda beli makanan pukul berapa? mesti dalam pukul 5 gitu kan? kalau beli pukul 10 pagi, agak2 basi x makanan tu?..begitulah dengan pasangan, kalau dah awal sangat carik komfom basi punya..tepuk poket tengok duit, kalau banyak kawen je lah..tepuk dada lagi tanya diri, "aku sekarang pukul brape ek?".."

"kadang kala kita akan bertemu dengan saudara yang bukan dilahirkan oleh ibu kita..pernahkah anda menemui mereka? ketenangan yg tidak terperi dapat ku rasakan bila bersama mereka..diharapkan ia berkekalan..insya allah.."

"NIAT..sukar sungguh nak diubah..berapa perkara yang kita buat niat kerana allah? kebanyakan niat x betul..belajarlah mengubah niat..aku pon sedang mencuba.."

"kata nak masuk syurga, tapi adakah kita mengamalkan amalan ahli syurga? layakkah kita ditempatkan di kalangan ahli syurga..jom sama2 tingkatkan amal kita..dan berdoa agar allah terima semua amalan kita..kalau x terima, sia2 saja amalan kita tuh.."

"ustaz je ke yg layak berdakwah? budak irk je ke ke yg layak cakap pasal islam? budak DQ je ke yg layak mengajak orang ke arah kebaikan? kalau tulah pemikiran korang, maka perbetulkanlah mentaliti tu..dakwah/mengajak oarang lain melakukan kebaikan adalah wajib ke atas semua orang islam..dakwah ni kepada orang kapir je ke? tak, kita sesama islam perlu saling ingat mengingati..manusia ni pelupa.."

Di group2 & page2..

"jom subuh di masjid..sedih aku tengok..solat jumaat sampai x muat tempat..subuh x sampai pun 1 saf..kalau kat dalam uia pon dah macam ni, kat luar macam mana mana plak..plz sahabatku warga uia, bangkitlah dari lamunanmu..kalau bukan kita siapa lagi..aku tunggu korang kat masjid k..
p/s: kalau aku x bangun tolong kejutkan tau..hehe..
haritu ada seorang ni dia ajak aku g subuh kat masjid..katanya islam akan menang perang apapun kalau subuhnya seramai orang yang solat jumaat..semenjak hari tu aku g subuh berjemaah, x kira la kat mana pun..tapi yang peliknya, tidak pernah ...sekalipun aku nampak dia di masjid..walaupun agak banyak kali aku g tapi kelibat dia x pernah ada..siapa dia ni? malaikat ke? hantu ke? yang lagi powernya, dia ni ad FB..terbaek..tanggapanku masih +ve "mungkin dia berjemaah di musolla mahallah"..x pun dia lupa apa yang dia cakap pada aku..ni aku nak ingatkan dia balik, jom solat subuh berjemaah di masjid.."

"plz sahabatku jangan bercouple..hubungan yang tidak mengikut syarak sebelum bernikah akan menyebabkan pernikahan anda tidak diberkati allah..x kiralah ia islamic atau x, kecacatan di awal perhubungan boleh mencacatkan pernikahan..jika anda benar2 serius, nikahilah dia sekarang..uia kan galakkan pelajarnya bernikah, siap ada pinjaman rm3K kot klu x silap kepada siapa yang berhajat untuk bernikah..semalam kawan aku dari ampang call, dia tanya "tadi ada budak U ko kena tangkap basah eh?"..aku x tahu pun mende ni, tapi mcm mana orang luar boleh tau..malu aku dibuatnya..kawan2, plz jangan hampiri zina..menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna..moga kita dijauhi dari zina.."

""dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang berkata, "Kami mendengarkan" padahal mereka tidak mendengarkan (kerana hati mereka mengingkarinya)" al-Anfal : 22 .. jika hati anda berasa tension/marah/annoying tatkala orang mengajak anda melakukan kebaikan atau berkata tentang islam, hati anda mungkin sudah dikaburi, berkarat, dihitamkan sebab dosa2 yang dilakukan..janganlah jadi o...rang munafik dan janganlah jadi muslim sahaja..jadilah mu'min yang boleh menegakkan tiang agama dan menyedarkan yang lain..bersihkanlah hati dengan menyertai program2 ilmu, ibadah sunat dan juga jauhi perkara2 yg lagha..tahniah kepada yang membaca.. selamat beramal dan moga2 kita diredhai oleh allah.."

Jom Puasa Sunat Hari Arafah

Apa tu hari arafah?

Hari arafah ialah pada 9 zulhijjah dimana orang2 yang menunaikan ibadah haji wukuf di padang arafah. Ia adalah salah satu rukun haji. Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)

Apa kepentingan/hikmah wuquf ni?

Wuquf di Arafah melambangkan padang Mahsyar di hari kiamat. Padang Mahsyar di hari kiamat merupakan tempat berkumpul setelah bangkit dari kubur. Dipadang Mahsyar itulah seorang manusia akan mempertanggungjawabkan segala perbuatannya kepada Tuhan selama hidup di dunia. Perbuatan baik dan ikhlas akan dibalas dengan yang baik, perbuatan buruk akan dibalas dengan yang buruk pula (In khairan fa khairun, wain syarran fa syarrun). Semua keputusan pengadilan dunia batal, dan tidak ada lagi orang yang dapat disogok.

Bila hari arafah ni?

Banyak persoalan dalam menentukan bilakah hari ‘Arafah bagi negara-negara selain Makkah/Madinah. Penentuan bilakah hari ke-9 Zulhijjah adalah penting bagi membolehkan kita berpuasa sunah ‘Arafah dan bagi menentukan jatuhnya Hari Raya ‘Adha/Haji.

Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama sama ada ianya berdasarkan timbulnya anak bulan di sesuatu negara itu atau berdasarkan timbulnya anak bulan di Makkah. Pandangan yang lebih kukuh adalah mengikut masa timbulnya anak bulan bagi negara yang didiaminya. Contohnya, jika negara Malaysia melihat anak bulan sehari selepas hari ‘Arafah di Makkah iaitu 9 haribulan di Makkah ialah 8 haribulan di Malaysia, maka, maka penduduk Malaysia akan berpuasa pada hari ke 9 (iaitu hari ke 10 bagi Makkah).

Pandangan ini sejajar dengan ayat al-Quran surah al-Baqarah ayat 185 bermaksud sesiapa yang tidak mengesan anak bulan, tidak dikehendaki memulakan puasa. Dalil al-Quran ini juga disokong oleh hadis Rasulullah (saw). Perlu disedari, ibadah puasa adalah di antara ibadah yang ditentukan mengikut peredaran bulan bukannya peredaran matahari. Bagi penduduk di negara sebelah Barat atau Timur Tengah mereka akan menerima kemunculan anak bulan lebih awal dari negara sebelah Timur sebab itulah dalam hal ini mereka lebih awal dari Malaysia.

Bagi mereka yang masih mempunyai kemusykilan dalam hal ini, sebahagian ulama menyarankan kita berpuasa pada dua hari iaitu pada 8 haribulan (9 haribulan di Makkah) dan pada 9 haribulan mengikut masa Malaysia. 8 haribulan adalah untuk meraikan bersama-sama orang di arafah manakala 9 haribulan adalah mengikut kiraan di malaysia. Puasalah di kedua2 hari tersebut.

Tahun ni(2011) hari arafah kalau akan jatuh pada hari sabtu. Tahun ni 9 zulhijjah mekah dengan malaysia sama. So, x perlulah puasa dua hari.

Apa kelebihan puasa sunat hari arafah ni?

Ada beberapa hadis yang sahih menggalakkan orang Islam yang tidak ke Tanah Suci Mekah supaya berpuasa pada hari Arafah. Di antara sabda Baginda bermaksud:

Ditanya kepada Rasulullah s.a.w. berhubung puasa pada hari Arafah, maka Baginda bersabda: Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun selepas.
(riwayat Muslim).

Daripada Abi Qatadah daripada Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Berpuasa pada hari Arafah, sesungguhnya aku mengharapkan daripada Allah agar dihapuskan dosa selama satu tahun sebelumnya dan satu tahun selepasnya. (riwayat Abu Daud, al-Nasie dan al-Tirmizi)

Yang dimaksudkan setahun sebelum ialah setahun sebelum 9 Zulhijjah dan setahun selepasnya ialah setahun selepas 9 Zulhijjah, ini bermakna penghapusan dosa bagi dua tahun berturut-turut.

Jadi sangatlah rugi kalau kita tak mengambil kesempatan yang diberikan oleh Allah ini. Fadhilatnya sangat besar dan marilah kita bersama2 mengejar kebaikan puasa sunat hari arafah ini.

Tapi ingat, hanya dosa2 yang kecil saja yang akan diampunkan allah. Yang besar2 tu kenalah bertaubat. Lagi satu, janganlah ingat allah dah ampunkan dosa kita selama 2 tahun dan kita boleh melakukan dosa kecil. Ibadah kita tak sure lagi allah terima dan jika tidak diterima maka bertambah-tambahlah dosa kita.

Jom ramai2 puasa, ajak keluarga puasa skali, mak, abah, abang2, kakak2, adik2, nenek2, atok2, moyang2 kalau ada dan mungkin anda yang sudah berkahwin kpd anak2 dan cucu2, kalau ada cicit pun ok jugak. K..selamat menunaikan ibadah sunat. Semoga segala amalan kita diterima oleh allah dan kehidupan kita diredhai oleh allah.

p/s: rugi kalau x puasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...