hidup ini sangat singkat..beramallah seolah-olah esok kau akan mati..

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube


Apakah Itu Pakej Komunikasi Belia(PKB)?

PKB adalah salah satu projek kerajaan Malaysia melalui SKMM di bawah bajet 2013 dan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan belia. Kerajaan menyasarkan golongan belia ini sebagai golongan yang mampu memberi impak yang besar dalam memacu pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang e-perdagangan (e-commerce).

Pakej ini dilaksanakan pada 1 Januari 2013 dan dijangka dapat memanfaatkan 1.5 juta belia di Malaysia. Program ini menawarkan rebat sebanyak RM 200 untuk pembelian telefon pintar tahap permulaan melibatkan peruntukan sebanyak RM 300 juta.


Syarat kelayakan:

# Pemohon berumur di antara 21-30 tahun
# Berpendapatan kasar bulanan RM 3000 dan ke bawah
# Sekiranya belum melanggan mana-mana pakej jalur lebar daripada penyedia perkhidmatan, dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat.

Permohonan boleh dibuat dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sebanyak RM 300 juta telah dipenuhi; yang mana terdahulu. Untuk memudahkan proses pendaftaran, borang pra pendaftaran perlu diisi secara atas talian di laman sesawang www.skmm.gov.my. Sekiranya tiada akses internet, pemohon boleh hadir ke Pusat Internet 1Malaysia yang berhampiran atau wakil-wakil penyedia perkhidmatan terlibat. Penyedia perkhidmatan yang terlibat ialah Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster.

Anda diberi masa selama 1 (satu) bulan daripada tarikh pra-pendaftaran untuk membuat tuntutan. Pra-pendaftaran akan dianggap terbatal sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam jangka masa tersebut. Anda dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan. Anda akan memperolehi status permohonan dengan serta-merta. Jika status anda berjaya, paparan status tersebut boleh dicetak dan/atau diemel kepada anda. Cetakan atau nombor rujukan tersebut perlu dibawa ke wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah untuk membuat tuntutan dengan cara pembelian terus.


Dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan ialah seperti berikut:

Salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera;
Salinan kad pelajar bagi pelajar sepenuh / separuh masa


Cara Memohon:

Masuk ke laman web ini (SKMM)
Kalau student, studentlah. Kalau pekerja, pekerjalah.

Langkah-langkah(isilah apa yang patut yek):









Kalau dah berjaya dia akan jadi macam ni



List HP yg boleh dibeli:


1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 2
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V790

Kat mana nak claim?

Aku pon x sure bab tu, maybe kat kedai2 yang "ditauliahkan" kot..mcm celcom center, maxis center dan smua jnis center. Mmber aku cakap boleh claim kat seng heng..tu aka x pasti..sbb ak pon x claim lagi..baru apply..

Meh sama2 cuba, kerajaan bagi peluang, kita kenalah ambil. selamat mencuba

p/s: mungkin terupgrade jgk phone 3310 ak ni..pki dari spm dlu..huhu..

7 comments:

Mohd Fadly said...

boleh ke kt seng heng bro?

fazdlie said...

Kat seng heng boleh..


Step untuk dapat rebet :

1. Daftar di skmm
2. Print slip pendaftaran
3. Pilih dan kaji telco/handphone yang nak dibeli. Rujuk (http://fazmas.blogspot.com/2013/01/rebet-rm200-handphone-pakej-komunikasi.html)
4. Bawa ic, slip gaji dan slip pendaftaran ke kioks telco tersebut.

Mudah je kan??

Anonymous said...

macam mane kalo da berjaya daftar tp x print slip borang tersebut??? dan nombor pendaftaran juga x dapat di ambil... macam mana ye???

Anonymous said...

macam mane kalo da berjaya daftar tp x print slip borang tersebut??? dan nombor pendaftaran juga x dapat di ambil... macam mana ye???

Anonymous said...

Saya pun ada masalah yang sama. Macam mana yek....

Anonymous said...

senang jer yg dah regster tp lupe nk print... bt mcm ni>> https://komunikasibelia.skmm.gov.my/Public/Success?ic=881245******* juz edit no ic jer kt belakang url 2..pas 2 print..khairul005@yahoo.com add fb..hehe

Sollehudin Sapari said...

sebenarnya tak perlu tunggu email tu..just print screen pendaftaran yg dah berjaya..yg penting no siri tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...