hidup ini sangat singkat..beramallah seolah-olah esok kau akan mati..

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

From Zero To Hero

Salam semua, hari ni saya join program anjuran pembina. Kat uitm ni klu nak dok kolej kena aktif, i allah saya akan aktifkan diri dalam pembina ni. Sbenanye banyak je kelab2 lain yang buat program hari ni, tp ak pilih pembina. Knape? kalau fikrah anda sama mcm sy mungkin anda boleh menjawabnya.

Program ni mcm ESQ jugak, jenis motivasi yang bersifat islamic. Kita orang islam, maka perlulah mengamalkan islam dengan sepenuhnya. Hati2 memilih program, takut2 ianya lagha dan tidak memberikan sebarang ganjaran pahala. Apapun yang anda lakukan, ia bergantung kepada niat. Walau anda join ceramah sekalipun, tp niatnya kerana dunia, maka dunialah yang anda dapat.

Ok, motivasi ni sangat bagus, sebagai peringatan kepada diri kita. kadang2 kita akan lupa, biasa lah manusia, pelupa.

Penceramah pd hari tu ialah cikgu joe, kecik2 orangnye, sebijik mcm amer raja lawak, banyak cakap, peramah, periang pendek kata best la. Dia dlu blaja di UPM, best student tuu..TABIK SPRINGGGG sket..toing3..haha..

Antara isi program tu:

Kenali diri, kekuatan dan kelemahan. Semua org ada kekuatan dan kelemahan. Macam aku ni kelebihannya seorang yg berani, yakin dan peramah. I allah klu soh aku cakap kat depan boleh je. Anytime, sbb dah terbiasa ambik baris masa dalam latihan tentera dulu. Ramai orang yang ada masalah bercakap di khalayat ramai. Aku pon sama je macam korang mula2 dulu. Segan, malu, dan tak yakin. Ni cara aku latih diri. Dalam kawad ada tiga baris, mula2 tu aku segan duduklah baris yang paling belakang, pastu yakin sket dok tengah2, lagi yakin dok depan trus dan lama2 terbiasa dok depan. Terlebih yakin dok paling depan amik baris. Tentera paling bagus untuk melatih pemimpin dan disiplin..heee..

Korang pn boleh buat jugak, tak perlulah masuk tentera. Contoh paling mudah adalah dimana anda duduk di dalam kelas. Tak kiralah dimana pun aku perhatikan budak2 melayu ni tak suka duduk depan. Macam kat uia, budak2 melayu tak mau dok depan. Paling depan pon line ke 2. Walaupon datang awal dia tetap dok line yg kedua tu. Slalu foreigner je yg dok depan tu, "dah la dtg lambat, dok depan, tak aci la kan". Ape plak tak acinye, kau la tak nak dok depan, ntah ape2. Cuba dok depan sekali, i allah ia boleh melatih diri untuk meningkatkan keyakinan. Bila dah biasa tak da hal lah.

Lagi pasal azam hidup, smua org ada azam kan, mcm biasa, korang kena bahagikan kpd dua, azam jangka panjang, azam jangka pendek. Azam ni perlulah jelas dan spesifik. Contoh azam jangka pendek nak ubah cara berpakaian kepada yg lebih molek. Persoalannya bila? Apa2 yang kita azamkan itu perlulah dimulakan dengan kadar yang sangat segera. "Aku nak ubah dari detik ini jugak" barulah jelas azam tu dan i allah anda boleh ubah. Jangan bertangguh2, nak buat sesuatu buat je terus, x payah dengar cakap org. Tapi kena la yakin benda tu elok dan tidak terlalu memaksa diri, ketahui kemampuan masing2.

ok, smpi sini je kot..sbenarnye banyak lg..tp dah lupa..t ak cek balik nota2 yg ak tlis hari tu..

selamat beramal..adios..salam..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...