hidup ini sangat singkat..beramallah seolah-olah esok kau akan mati..

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

PC On But No Display

Semenjak aku mencebur diri dalam dunia per"desktop"pan ni, masalah pc on tapi tak ada display memang selalu terjadi. Aku pon dah banyak kali mengalami masalah macam ni. Kadang2 tu buntu sebab semua cara dah buat tapi masalah tetap tak selesai.

Masalah ni biasannya terjadi disebabkan hardware komputer korang. Mungkin ada hardware yang rosak, salah pasang, berhabuk dan mungkin juga hardware tu "merajuk" dalam istillah aku. Aku pernah mengalami kes merajuk ni, dengan mobo(motherboard) yang harganya 1k++, ASUS Maximus ll Formula. Mobo ni tak rosak tapi still no display slps aku buat semua cara yang aku tau. Sifu aku cakap mungkin dia merajuk dan dia suruh aku biar 2 3 hari. 2 3 hari kemudian aku test dan ternyata elok.

Masalah no display ni banyak sebab, antaranya:-

1. Thermal paste antara proc(processor) dan HSF(Heat Sink Fan)/CPU Cooler dah kering. Bila thermal paste kering, pengaliran haba tak dapat berlaku dengan optimum. Proc jadi cepat panas dan disebabkan kepanasan ini menyebabkan pc tak dapat berfungsi dengan baik, no display. Penyelesaian bagi masalah ni senang je, ganti thermal paste yang fresh.

2. Ram. Ram mungkin rosak, mungkin juga "merajuk" dan mungkin banyak habuk pada ram. Ram berhabuk, senang je, gosok permukaan yang logam/bersinar pada bahagian bawah ram dengan menggunakan pemadam. Kalau tak boleh juga, cuba tukar ram dengan rakan anda, pernah jadi kes kawan aku tak boleh pakai 2 2 slot ram dia. Tapi bila pasang kat pc aku ok je. Then kitorang bertukar ram, dia pakai ram aku dan aku pakai ram dia, setel. Ram rosak, kalau gosok tak boleh, tukar tak boleh, maka sahlah ram korang rosak. Apa nak buat? RMA/simpan je ram yang rosak tu dan pegi la beli yang lain.

3. Hardisk. Hardisk rosak pon boleh menyumbang kepada masalah no display ni. Mungkin terdapat bad sector pada hdd korang tu. Bila hdd rosak, tak boleh buat ap, pegi la RMA/beli baru. Nasihat aku, hdd jgn beli 2nd, elok beli baru.

4. Graphic Card(GC).
GC ni jarang rosak, stakat ni tak pernah aku jumpa masalah gc rosak. Slalunya bukan GC yang rosak, tapi tuannya yg rosak, pasang tak betul. Pasang GC tu biar lah kena pada tempatnya, pastikan ia betul2 masuk kedalam slot pci-e tu. Lepas tu, pastikan juga anda cucuk 6-pin power cable kat gc tu(bagi yang ada, 6+6, 6+8 semua cucuk). Last skali pastikan korang pasang cable VGA/DVI/HDMI tu kat tempat yang betul, selalunya ada newbie yang pasang cable display tu kat mobo, kalau macam tu sampai kiamat pon tak akan ada display..hahaha..

5. Motherboard.
Motherboard agak susah nak rosak, kalau rosak pon mungkin disebabkan petir, terlebih current dan kena air. Kalau motherboard rosak, pc akan hidup n mati semula. Macam lampu kelap kelip jadinya. Idop mati idop mati sampai infiniti. Kalau mobo rosak, tukar baru. Mungkin juga slot ram/slot pci-e rosak. Kalau boleh repair g repair, kalau tak leh jgn membazir. RMA/beli baru

6. Power supply unit(PSU). Kalau psu rosak, pc tak leh on terus. Kalau no display, psu mungkin kurang power atau korang salah pasang. Kalau kurang power, cabut hardware2 lain yang tak penting, casing fan, extra hdd, led dll. Cek btol2 macam mana korang pasang semua cable tu. Salah pasang boleh menyebabkan hardware rosak.

7. Casing. Casing apa korang pakai? kalau cap ayam, berkemungkinan besar ada electric static, short gitu la. Cabut semua hardware dan cuba pasang semula diluar tanpa casing. Kalau ok, bermakna casing problem. Lapik casing dengan penebat, kertas, span, pape je lah janji penebat. Kalau ada duit beli yang branded sket, Coolermaster ke, Lian Li ke, Silverstone ke, n banyak lagi ar.

8. Monitor. Ni yang paling sengal. Ada client aku suruh repairkan desktop dia, dia dah siap beli mobo baru lagi. Blom tau apa yag rosak dah beli mobo, pape ntah. Mule2 aku tanya, monitor ok tak, dia kata ok. Then aku sambung, ganti ini tak jadi, ganti itu tak jadi. Aku letih, ak giveup, sambung esok aku cakap. Sampai je bilik dia call, cakap monitor yang rosak. Mengong, tadi kata ok. Rugi je mobo baru tu. Lain kali cek jugak moniter ye.

Apa yang perlu dibuat jika No Display.

Semua diatas perlu dibuat, cek 1 by 1. Cara terbaik, bukak semua hardware n pasang yang perlu sahaja di luar. Biarkan bogel, mobo letak atas kotak mobo kalau boleh. Apa barang2 yang perlu tu:
1. Processor & HSF
2. Mobo
3. 1 Slot of ram
4. 1 HDD (yg ada os)
5. 1 GC
6. PSU
7. Monitor
8. Mouse & keyboard
benda lain macam kipas, sound card, network card dll tu x yah la pasang yek.

contoh, tapi jangan le serabut sangat mcm ni, sakit mate nengok.

k, tu saje tok kali ni..papehal tanye je, jangan segan jangan malu. aku bukan makan orang pon. Kalau boleh, pc jangan hantar kedai, nanti dia tibai mahal, cakap ini rosak lah, itu lah. Pelik2 orang sekarang ni.

p/s: ak guna perkataan yg ak paham jer, sory kalau salah..haha..

11 comments:

OnENIq said...

salam,dekstop ak ad kt umh tp dekstop tu mmg dh lm gle,ram pn 256mb je.y ak pliknya kalu kte strt kmpter bru nk smp smuk windows dia jd trtutp sdiri..ak xphm np..di asyk jd restart bl smpi window..mslh ap ek?

Anonymous said...

AKU suke cara penerangan heppi slamba..aku gelak sorang..
jadi byk sebab kalau no display..tapi kalau laptop cemane


thanx

se syafiq said...

Hye

se syafiq said...

Nk tnye klu cpu on lps tu nk mnyala moniter mcm mne ye

Anonymous said...

I heard that people use http://suprcl.com/coc-freegems and its great! You receive your Clash of Clans gems instantly!!! BETTER GAME GUARANTEED! (haHgAA96pP)

RDnordyn said...

komputer saya ada 4 slot ram. dah guna 1 slot 2gb ddr2.

saya letak lagi 1 lagi Ram terus komputer tak boleh On. dia on kat Bios sekejap lepas tu padam. bila saya cabut ram tu baru ok.

apa masalah ni, ram tu rosak ke apa?

terima kasih

Anonymous said...

Aslm says Ade guna app ape tah untuk tambah saya punye video memory lepas tu tibe2 computer saya tutup lepas tu says buka balik no display....leg tlg x

Anonymous said...

Salam tuan.pc baru tinggalkan dalam 10 hari.kemudian skang ni bila nak on,keluar kelip2 lampu merah kemudian bunyi bip bip.monitor pulak blank je keluar text 'no VGA cable'

Dah try tukar2 vga cable pun tak boleh Jugak.wayer smua dah cek ok

Pais said...

salam..mcm mna klu kta smbgankan vga ke grapik kad tetapi screen jdi hitam..bla smbgan ke port vga motherboard ok je...1 lg grapik kad detect x klu vga smbgnkan ke mtoherboard

Adi Putra said...

Salam..camana klu kat setting bios tu blank..ada cara nak bg dia ada balik tak..dah try clear bios dan buka beteri still sama

Adi Putra said...

Salam..camana klu kat setting bios tu blank..ada cara nak bg dia ada balik tak..dah try clear bios dan buka beteri still sama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...