hidup ini sangat singkat..beramallah seolah-olah esok kau akan mati..

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Kini Aku Seorang Askar Sukarela

Salam semua, lama dah x update blog sbb aku g rekrut askar wataniah. Sebulan kot rekrutnyer. Banyak pengalaman baru n kwan baru yg aku dpt. Pendek kata mmg best gila, x da jual kat mna2 pengalaman tuh.

Kat sini aku nak share sikit pengalaman yg best tuh..

Kitorang rekrut kat Rejimen 515 Askar Wataniah, kat kl jugek.

Minggu pertama.
1st week ni mmg rengan bagi aku, sbb dh biasa kena susah2 n dh immune kot. Kalau nak ikotkan yg lepas2, 1st week ni blaja kawad, tapi kami lain. 1st week blaja senjata, m16. Aku memang minat bab senjata ni, mmg x tido la masa kelas.

Start bangun pagi dlm kol 0530, aku yg x biasa bngun awal mmg susah re nk bngun..liat jer nk bgun..pagi2 ada PT (physical training), aku brani jamain x da sorang pon yg suka PT ni. Aku pon x suka..haha..Tapi pt ni penting tok membina kekuatan jasmani n disebabkan PTI yg tegas, ia jugek melatih mental. 1st week dh rmai yg injured sbb kna pt, aku tengok latihan x da la keras mana tapi mungkin mereka tu x biasa, baru kena sikit dah sakit ini lah, itu lah..mcm2..yg btol2 sakit x pa la, ni ad yg berlakon.

lepas pt ad kelas senjata, badan dah penat kena ganyang masa pt, then ramai la yg syahid masa kelas tu. Smua jadi ikan masin jer, tido tapi mata terbuka..haha..abis kelas makan tgh hri, nk citer kat sini, makan dia mmg sedap gila. Lauk slalunya ad 2 jenis n + sayur n buah. Mmg makan dia 1st class n sngt2 berkhasiat. Petang smbung kelas, kelas bkn dlm bilik, kls kt tpi padang n d pasang kemah. Malam plak ada kelas teori, kelas taktik gitu la, x rehat sehari malam mmg letih tahap dewa. Ramai jugek yg jdi ikn masin lagi.

Yg bestnyer tido awal, dlm kol 2230 dia dh lepaskan. lepas awal bukan bermakna boleh tido awal, balik bilik kena iron baju, kena cuci baju pt, kena kilat kasut dll. Habis smua tu kol 0100 bru tido. esok nk bngun awal, aiyakkk..

Minggu kedua.
jadual lebih kurang jer, cuma kelas senjata je yg ubah kpd kawad. Kawad pki no3, pki ksut ladam, pki beret..panas woo..pastu kawad tgh panas. Peluh dh mcm air, aku yg dah sedia gelap mnjadi semakin gelap..aiyakk..bru nk putihkan kulit..PT minggu kedua ni berat sikit, sbb kna bawak bagpack seberat lebih 10 kilo ak rasa. Kena berlari bawak bag yg berat tuh. Sakit 1 badan dibueknyo.

Kawad senjata pon ada, style jer. Tpi tangan lenguh sket bwk senjata yg hampir 3 kilo beratnya.

Minggu ketiga.
Ni minggu yg aku nantikan sbb ada menembak. aku mmg teringin menembak, slalu main dlm game jer x feel la. jadual sama jer, kawad, kelas mlm etc. ujong minggu tu menembak. kat sg besi, best woo..hari pertama dia bagi 25 butir peluru idop untuk ditembak, 5 untuk perlarasan n 20 dikira matanya. Mula2 tu mmg gugup jugek la kawan, ketaq ja tangan ni. Dapat pulak staf yg garang jaga tapak menembak tu, silap sikit kena rendam dlm longkang. Kesian kpd sapa yg kena..hahaha..padan muka, tu la, masa kelas cikgu aja tido. Bila menembak smua lupa..keke..1 lagi yg ak takut sbb sasaran jauh sangat, 100 meter, klu usha dari pejera(target kat senjata tu) papan target nmpak kecik jer..bih kurang besar jari kelingking..Hari pertama tu ak scor 60/100, bagi aku sikit, markah ak hilang masa menembak dlm keadaan berdiri, susah woo, tangan goyang jer memanjang..bila tengok kat result 60 tu kira tinggi jugek la, average dlm 30 gitu la, yg dpt 5 pon ad, 0 pon ad jugak. Ap ntah yg diorg target. Ingat makwe kot mase mnembk tu.

Hari kedua sangat best, ada pertandingan tembak piring. Top 8 dari stiap platun ikut jantina dipilih. Aku salah sorang. 1 group 4 orang jdi laki saja ada 6 group. Berentaplah 6 kumpulan tu..group ak smua budak2 "airborne" sbb smua semangat airborne. Aku, Halim, Suhaimi, & Nasir yg menggantikan young(dak cina). Rule dia senang jer, kena jatuhkan piring(10 semuanya stiap pasukan) yg dipasang atas tanah sejauh 200 meter dlm masa yg diberi. Peluru dia bagi 5 butir je sorang. Mmg sngat mncabar. 1st round aku dpt jatuhkan 2 n sapa ntah jatuhkan lagi 1 tu. Kitorang menag 1st round. 2nd round pon gitu jugek, ak dpt jtuhkan 2. final kami lawan team platun 3 yg agak otai2 sikit. alhamdulillah kami menang jugek. yahoo..1st place beb..pastu jurulatih kata juara kena lawan jemputan petang tu.

Petangnya ada banyak team, 12 kot semua, x sure. 2 team squad aku n lain2 tu tentera2 regular, koperal2, demo2, airborne2 n tuan2 org yg besar2, ad brid. general tu. Cuak gak sbb kitorang kna lawan org2 yg dh ad pngalaman n dh biasa mnembak. kali ni rule sama ja cuma peluru je yg lebih, 10 butir..1st round kamai lawan jemputan dri uia, kacang jer sbb diorg x da pengalaman. 2nd round lawan demo yg sangat poyo, bukan stap fatih, yg sorang lagi tu. Bleh dikatakan smua org termasuk jurulatih x suka kat dia. mcm sipot je dia tuh. alhamdulillah kami menang jugek. 3rd kami lawan koperal airbone, cuak gila sbb diorg ckp klu kalah kena rendam. tembak punya tembak mcm x caya jer kitorg menang, haha..bangga gila..dengan semangat kitorang berlari menjerit "airborne" "para"..haha..final kami lawan org besar2 sangat..cuak woo..tembak tembak kitorang kalah..x da rzki, nakwat camna..no 2 pn ok la tu sbb kitorang pon x sangka bleh dpt no 2..bangga tu bleh kalahkan askar2 regular yg lain..hehe..

final menembak individu, nak carik penembak terbaik, top 8 drpd 104 org dipilih, ak salah sorang. klu bley ak mmg nak anugerah penembak terbaik neh. Tembak2 lagi, ntah mcm mna markah tertinggi bleh sama, ak dgn fahmi. so diadakan final kedua antara aku n fahmi. masa tu ak mmg dah letih tahap dewa sbb dh kehilangan bnyak air bejemur tgh panas. Tembak jelah, tembak2 lagi aku kalah..sedih btol, 3 mata ja beza..adeyy..tapi bagi aku final tu x valid, sbb salah kira..kitorang tembak 10 pluru jer, spatutnya markah penuh 50 ja, tpi ak dpt 53, fahmi dpt 56..mana dtg 3 n 6 tu ak pon x tau..tpi x pa la, bkn rzki ak.

Skuad AIRBORNE, Semwatan, juara pertandingan tembak piring antara PM dan tempat kedua lawan jemputan dan stap2 lain (Dari kiri: suhaimi(uia), aku(uia), halim(semboyan) & nasir(uia))

Minggu ketiga.
Minggu ni kitorang kena masuk hutan, medan dia panggil. Buat kat hulu langat, best sbb ad sungai n air terjun x jauh dri tapak pengkalan kami. 1st day ilek ja, sbb smpi dh terlambt. Mlm tu bleh tido dgn lenanya, kol 3 ad org kejut soh sentri. Abis sentri sambung tido. Bangun pagi2 sedar2 senjata ak dh ilang. Diorg main taktik kotor, cabut tali siling ak. Sakit jugek kna hentam pg tu sbb x jaga senjata leklok.

Siangnya bwt serangan/perlanggaran. Letih gak la sbb kna jalan jauh bwk m16 tuh. Malamnya kna buat serang hendap, stand by dri kol 7.30 mlm, kol 7 pg baru musuh smpai. Gilo ah, kna berjaga hampir 12 jam. lobam mata den. Dah le kena nyorok dlm semak, abis miang 1 badan. Pagi tu kena rendam dlm sungai sbb bnyak buat silap, sejuk woo, mcm berendam dlm ice. Siangnya cek bukit kawasan serbuan. Ptgnya plak ujan lebat sangat2. Masa ujan tu ak blom psg khemah, hbis basah kuyup. Dak lain yg psg kemah pon basah jugek sbb banjir. Nsib bik khemah ak unik sket, ada katil didalamnya. So lantainya x de la banjir. Malam tu ramai gila x boleh tido sbb baju basah n khemah x bagus. Aku n buddy ak, Halim ilek ja tido, alim siap berdengkor lg mcm kapal nk g belayar.

kol 5 dah bangun sbb nak buat serbuan, kna kemas smua barang n kna cpt gerak. Kol 7 baru buat serbuan, dia bagi peluru blank n pki blank firing attachment tok membolehkan tembakan auto. Ak ad 60 peluru, tapi sayangnya hanya 1 yg meletup sbb senjata ak jam. X diminyak, mmg re jem..sad2..Habis serbuan ada majlis penutup, passing out gitu la. Bagi sijil. Ntah mcm mna ak dpt anugerah penuntut akedemik terbaik. Mcm x caya jer, ak pon tergelak jugek sbb x sangka ak bleh dpt.

program paling last ialah malam akrab, mcm mlm kebudayaan/perpisahan gitu la. Team ak platun 2 buat dikir barat. Best woo..latihan 1 jam jer pfomance 3 star setengah le drpd 5.



Persembahan dikir pasikan airborne..

Banyak lagi pengalaman tu, rasanya stakat ni je yg ak tulis, x larat nk tulis smua. Klu nak tau lagi ak bleh sembang jer. Aku amat mengeshorkan kwn2 kat lua sana join askar wataniah ni, kita bleh blaja sket2 tentang tentera ni. Sok klu negara kita kna serang bleh la kita pertahankan. Klu bukan kita sapa lagi..




p/s: rindu gila kat rekrut neh, klu bleh sambung siri 2 kan bagus. tpi mna ad org rekrut 2 kali.

7 comments:

Anonymous said...

macam terasa kita berkongsi kepenatan walaupun aku sebagai PSSTUDM...HAHAHAHA...lagi2 pulak sebut pasal PT...memang gua benci pada PT dot dot dot...tp kadag2 gua terpikir jugak kata azimat abubapa " mereka tidak tahu yg kita sayang pada mereka.

Nurul Hana Abdullah Ba'awi said...

Mmg kena stay dalam kem ke sebulan tu ?

Sollehudin Sapari said...

Hana: yes..kna stay dalam kem..tapi kadang2 dia bagi keluar jugak..sabtu ahad..tengok pada budi bicara jurulatih..

خيرألأنور said...

Kalau waktu solat,dorg bagi masa tak? macam mana dgn solat jumaat?

خيرألأنور said...

lagi satu...dari hari pndaftaran..medical check up..trus ke tarikh rekruit tu...kne tunggu lama tak?sabtu ahad ade rehat ker?

syamim ahmad said...

Salam perkenalan dari rejimen503

Anonymous said...

umur 18 boleh dftar askar ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...