hidup ini sangat singkat..beramallah seolah-olah esok kau akan mati..

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Bila saya mati? Dimana?

Kematian itu pasti. Tiada siapa yang boleh menafikan kematian. Setiap yang hidup pasti akan menghadapi mati. Mengingati mati boleh meningkatkan iman.


Gambar Hiasan


Bila saya mati? mungkin kejap lagi, mungkin malam nanti, mungkin esok, lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan, tahun-tahun depan. Saya pon tak tahu bila saya mati. Kematian adalah rahsia Allah. Kalau kita dah tahu bila kita akan mati, rasanya sekarang ni tak da pon orang yang akan buat dosa dan perkara-perkara yang lagha. Semua orang duduk masjid je, pasaraya, wayang, tempat karaok, disco mesti kosong tak de pengunjung. Sebab mereka dah tahui bila mereka akan mati. So, mereka akan membuat persediaan yang cukup untuk menghadapinya.

Kat mana saya mati tu? atas katil, atas moto, atas langit. Ntahh..saya pon tak tau. Diharapkan tempat saya mati tu adalah tempat yang baik-baik. Jangan la tempat yang pelik-pelik tu. Takutnya~~

Apa yang saya tengah buat masa tu? Tengah ngaji quran kah? tgh solat? tgh tengok tv? ntahhh..tu pun saya tak tahu. Harapnya tengah buat benda-benda yang baik lah.

Kita perlulah sentiasa bersedia untuk menghadapi kematian ni. Macam mana nak bersedia tu? Ala, anda sendiri ada jawapannya.

Tanda-tanda yang kita nak mati ni pon banyak. Salah satunya sentiasa merasa haus, saya selalu rasa haus. Kat bilik mesti kena ada air kosong disisi. Nak mati dah ke? Tak tahu la, Allah saja yang tahu. Banyak lagi tanda kematian, boleh google sendiri lah ye..hehe..

Apa-apapon, maafkanlah salah silap saya, mungkin ada yang saya terkasar bahasa, tersalah cakap, mana-mana yang saya tak perasan tu maafkan ye. Mana ada yang saya hutang tu mintak halalkan la ye, kalau kuantitinya banyak maka cakaplah, sepantas kilat saya akan bayar. Insya Allah.

Smoga kita semua dimatikan dalam keadaan yang baik dan beriman kepada Allah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...