hidup ini sangat singkat..beramallah seolah-olah esok kau akan mati..

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Usrah Dan Tarbiyah

Assalamualaikum..selamat pagi semua..harap semua sihat2 belaka..

Hari jumaat yang indah ni saya nak share sikit pasal usrah ni. Pagi ni free, so kita habiskan masa tulis blog.

Saya jumpa usrah ni masa form 4 kat sekolah. Masa tu ada program motivasi yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar UTP. Cahaya tarbiyah masuk melalui program tu la. Masa tu tak perasan pon, ikut je program tu. Awalnya saya tak join pun usrah tu, sebab tak tau. Tapi tiap-tiap minggu saya tengok ada kumpulan-kumpulan kecil kat surau sedang berbincang. Saya tak tau pon ape kebendanya diorang buat. Tapi lama kelamaan hati ni rasa nak tau, jadi saya tanya la kawan apa yang diorang buat. Rupanya mereka sedang berusrah. Tak da pon orang yang ajak saya, tp saya yang join sendiri. Sebabnye diorang ni bergerak senyap-senyap. Diorang ajak mereka-mereka yang rapat dengan mereka je. Tak pa la, tak kesah pon. Janji dapat join.

Masuk universiti pon sama jugak, tak da orang yang mengajak untuk join usrah. Saya yang carik sendiri dan join. Kat sini memang jelas yang kita ni susah nak ajak orang join usrah. Walaupun kawan rapat. Jelas kat situ yang dakwah kita masih lemah. Perlu dibaiki. Kadang-kadang hidayah tu kita kena cari sendiri; hidayah akan sampai kepada siapa yang mencarinya.

Ok, apa usrah ni?
Pada pandangan saya la kan, usrah ni adalah satu bentuk perkongsian agama yang dilakukan secara berkumpulan. Ahli-ahli dalam kumpulan akan berkongsi tentang pelbagai perkara yang lebih menekankan kepada agama. Selain tu, usrah jugak merupakan satu titik awal untuk menyedarkan manusia tentang Islam dan memantapkan lagi iman seseorang. Selain tu usrah gak memupuk ukhuwah yang sangat kuat antara satu sama lain. Ukhuwah ni lagi kuat daripada hubungan persahabatan, sebabnya kita berkawan kerana Allah. Hubungan yang kuat ni mengalahkan kawan rapat. Mereka akan bersama di saat senang dan susah kita. Ada sekali tu, handphone saya terjatuh dalam lubang tandas, habis rosak. Sahabat-sahabat usrah ni boleh diorang buat derma kilat untuk membantu saya. Kalau kawan lain jangan harap la, nak bagi seringgit pon berkira. Mana nak dapat sahabat yang baik macam ni?

Apa yang usrah buat?
Ada macam-macam yang usrah buat, antaranya ta'alim, puasa sunat, iftar, riadah, qiam, rehlah dan mukhayam.

i) Usrah
Diketuai oleh seorang murabbi, ahli antara 3 hingga 15 orang, tak tentu, kadang-kadang sikit, kadang-kadang ramai. Perbincangan bab-bab agama, antaranya tafsir Al-Quran, Hadis dan Sirah. Isu semasa juga dibincangkan dalam usrah ni. Lebih kepada perbincangan sebab setiap ahli akan diberi peluang untuk berkongsi ilmu dan pendapat.

ii) Ta'alim
Ceramah agama sbenarnya, slalunya ustaz yang akan bagi ceramah. Seminggu sekali je.

iii) Puasa sunat & Iftar
Puasa sunat ni selalunya hari isnin, ramai-ramai puasa. Pastu iftar(buka puasa) sama-sama. Ramai jugak kadang-kadang, penuh laman masjid. Seronok tau, boleh kenal-kenal, makan guna talam. Memang boleh jadi rapat la kalau jumpa kawan baru.

iv) Riadah
Riadah ni selalunya waktu pagi, senam-senam, lari-lari. Selalunya lelaki akan main futsal. Seronok main ramai-ramai. Perempuan tak tau la pulak main apa, sebab program kami tak pernah campur antara lelaki dan perempuan.

v) Qiam
Qiamullail ni biasanya dibuat pada malam jumaat, kitorang ramai-ramai tido kat surau/masjid. Sebab kalau tido kat bilik komfom susah nak bangun. Sebelum tido tu ramai-ramai baca surah al-mulk. Pastu tido, dalam pukul 4.30 camtu bangun dan mula qiam sampai subuh. Jadi seronok sebab ramai kawan-kawan.

vi) Rehlah
Rehlah ni bersiar-siar, macam berkelah jugak la. Selalunya buat kat sungai dan air terjun. Mandi-mandi, BBQ, ada game sket, ada tazkirah.

vii) Mukhayam
Mukhayam ni macam kem ibadah, ahli-ahli dari pelbagai institusi dikumpulkan. Ramai orang woo. Seronok sebab boleh jumpa kawan baru dan program-program yang menarik.

Sangat bagus program-program usrah dan tarbiah ni, rugi tak join. Ia memberi kesedaran kepada kita tentang Islam yang sebenar. Masyarakat sekarang ni nama je Islam, tapi mereka tak faham apa sebenarnya Islam ni. Tu yang kadang-kadang mereka akan memandang pelik kepada sesiapa yang mengamalkan Islam.

Siapa-siapa yang dok kat U tu, carik-carik la usrah ye. Cuba dulu baru tau. Jangan risau, ia bukan ajaran sesat atau syiah. Ia adalah ajaran islam yang sebenar. Rugi sangat sapa yang tak join. Dan saya cabar pembaca untuk merasai nikmat ukhuwah yang sangat indah, tak boleh dijumpai di mana-mana melainkan persahabatan kerana Allah.

Sekian, semoga kita semua dikurniakan hidayah oleh Allah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...