hidup ini sangat singkat..beramallah seolah-olah esok kau akan mati..

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Aku Budak KAMPUNG

Aku budak kampung, aku budak kampung, aku budak kampung.. Ramai yg susah nak ngaku yg mereka ni budak kampung, termasuklah aku. Knape ek? mungkin sebab malu kot.

Aku budak kampung, dilahirkan di kampung, berdarah daging kampung, berstyle kampung n semuanya kampung. Hobi2 aku pon semuanya hobi org kampung, mancing, pikat burung n 1 jer sesat hobi org bandar kat aku ni, gaming..camna ntah bleh telekat kat aku..haha..

Kampung aku kat perak, kat daerah hilir perak, bandarnya hutan melintang, Kampung Sungai Samak nama dia. X da apa yg perlu dibanggakan tentang kampung aku tapi ak berasa sangat bertuah sebab dilahirkan di kampung yg aman damai neh. Rugi budak bandar sbb x dpt rasa idop d kampung, aku pon rugi jugek sbb x dpt idop d bandar. papehalpon ak tetap bersyukur dilahirkan d malaysia yg aman makmur.

Kampung aku ni dikelilingi sungai bernam yang terkenal dengan sejarah sahabat berenamnya. Ada dalam buku kajian tempatan kalau korang semua ingat. Aku pon x tau mcm mna kampung aku bleh dapat nama SAMAK tu, bukan sebab samak terkena najis mughalazah yek..haha.. Aku ad tanya org tua2, depa kata nama tu adalah nama sebatang pohon samak yg besar ad kt kampung ak. Sejauh mana kebenarannya ak pn x tau.

Boleh dikatakan 98% penduduk kampung aku berketurunan jawa. Nama semua jawa jer, Suparman, Sapari@satari versi jawa(bpk aku), Marman(atok aku) n banyak lagi lah. Kalau korang nak tau, dulu masa aku kecik2 aku x pandai langsung cakap bm. Saudara aku dari kedah datang aku mmg x paham sepatah haram yg dia ckp, cuma paham dri kelakuan n isyarat jer. Ada skali tu kitorang bertengkar pasal ular, dia sebut ulaq, aku sebut ulo. 2 2 betul tapi disebabkan sebutan yg lain kitorang betekak. Sblom masuk tadika mak aku aja bm, alhamdulillah sekarang dah boleh bertutur bm dengan jayanya.

Rumah aku kat lorong kubur, seram jer bila dengar kubur kan? tapi bagi aku kubur tu x da yg perlu ditakutkan. Kubur jugalah tempat aku bermain masa kecik2 dulu dan disitulah kita akan disemadikan 1 hari nanti. Hantu? stakat ni ak x pernah nampak lagi n aku x teringin pon nak tengok. Cuma cerita2 jer yg banyak, hantu ini la, hantu itu lah, mcm2 n bagai2. Rumah aku tu jugak rumah pusaka, peninggalan parent bapakku. Sedih sbb aku x sempat pon jumpa atok n nenek belah bapakku. Belah mak aku pon dah x da. Sedihnya dah x da atok n nenek..wuwuwu..nangis denn..

Keluarga aku x kaya n x miskin, ada lagi org yg lagi susah dari keluarga aku. Aku pon sangat bersyukur dilahirkan dalam keluarga wak satari n bik yati(gelaran untuk bpk n mak aku). Walaupun x kaya tapi alhamdulillah, semua cukup. Makan cukup, Pakaian terlebih dari cukup, kenderaan cukup semua la cukup. Tq sangat2 kat bpk aku sbb bertungkus lumus kerja untuk besarkan kitorang semua 7 bradik. Nnti ak dah berwang, rumah sploh tengkat ak buatkan..hohoho..Org kampung, kerja kampung ja. Slalu jugak ak tolong bpk aku n kerja tu mmg sangat berat, lagi berat drpd PT pagi d uia. 10 kali ganda pt kot klu nak dikira dgn math. Tq abah n tq mak.

Adik bradik aku ad 7 org, kt rumah mmg x cukup la bilik. Smua lelaki, x da hal la share bilik. Abg sulung aku umo 24, da kawen. Siot ja, muda2 da kawen, jeles ak. yg ke 2 tengah blajar, omo 23 tapi tengah amik phd, lagi la ak jeles sbb awal gila dia nak dpt phd. Ke 3 aku, tengah amik ijazah. kata nak dean list, tapi bnyk main, camna nk dpt? sory mak abah, sem dpn aku cuba lgi..insyaallah klu ad rezki. Ke 4 umo 17, ni pn bnyk main. Kasanova jer lebih, awek jer memanjang. X pa, di x sedar g kot. Biarkanlah ia dgn labu2 nya. Ke 5 & 6 kembar, tapi slalu gaduh, slalu kena tangan dgn aku. Sapa soh gaduh? padan muka..haha..Sorang rajin n sorang g malas tahap dewa. Tngok la ap jdi kat dirg nnti. Yg bongsu umo 7 thun, bday dia sama dengan aku, 15/3. Mcm mna ntah bleh sama, hebat bpk aku..haha.. Yg ni degil sket, mak aku kata prangai dia mcm aku masa kecik2 dulu. Nakal jugek aku dulu yek. Mcm2 krenah adik aku ni. Tpi x pa la, budak2. Dia paling takut dgn aku sbb slalu sangat aku marah dia bila dia bwt salah. Klu nk tau ak kat rumah mcm rimau..kekeke..

K la, tu je kot ak nak share tok hari ni..tangan pon da letih menaip neh..bila dah start mmg susah nk berenti..k, chow..assalamualaikom..


love my fmly.


gabungan fmly belah bapak aku, ad lg 1 fmly x da.

p/s: mai la dtg kampung aku..hehe..

6 comments:

Unknown said...

piqa pon bdk kg gak..
hurm,
t mo dtg kampung hang..
hehehe..

Renjer Sungai said...

ape nak kisah asal dari kampung, jnji hidup hepy je, bebas nk buat ape pun, lgi 1 orang kg lgi byk aktiviti bes2 :)

Sollehudin Sapari said...

piqa: best kan dok kg?..mai la..
renjerkabloi: btol2..bnyk gler aktiviti best, bleh g mancing, g mikat burung, mcm2 ar yg best..

Kak iman said...

oit soelh..aku baru tau ko punyer siblings laki huhu ada kembo plak 2.aku bangge pe jadik anak kg n budak kg

Sollehudin Sapari said...

yes..semua lelaki..boleh buat team futsal..2 simpanan..hehe

Unknown said...

Assalamualaikum kang haha terbaik,aku pun wong kono jgak,arek ngolek sejrah asal usul kg sg samak ,kg sg manila.arek reti asal usul seluruh keluargo gedi kito,sopo sing mbukak. kampung ..cerito pasal keturunan pasal banting aceh ...anger kito rak ngolek cerito sejadah ilang digowo Zaman kang kang..apopun terbaik kang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...