hidup ini sangat singkat..beramallah seolah-olah esok kau akan mati..

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Jaga lidah

Luka disebabkan Pedang Jika Dibalut Akan kembali Sembuh TETAPI Jika Luka disebabkan Kata-kata Akan kekal di Ingatan Sepanjang Hayat.....

" Apakah yang paling tajam di dunia ini?".
Imam Ghazali menjawab yg palig tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah,manusia dgn begitu mudah mnyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Jagalah lidah (jauhi mencaci, mengumpat, mengadu domba, mencabik bibir (jebeh-ore klate kato), dll berkisar lumat tentang lidah.)

Akhlak yang kukuh & utuh (matinul khuluq) atau akhlak yang mulia merupakan sikap dan perilaku yang harus dimiliki oleh setiap muslim, baik dalam hubungannya kepada Allah mahupun dengan makhluk-makhluk-Nya. Dengan akhlak yang mulia, manusia akan bahagia dalam hidupnya, baik di dunia apatah lagi di akhirat.

Karena begitu tersangat penting memiliki akhlak yang mulia bagi umat manusia, maka Rasulullah Saw diutus untuk memperbaiki akhlak dan beliau sendiri telah mencontohkan kepada kita akhlaknya yang agung sehingga diabadikan oleh Allah di dalam Al-Qur’an, Allah berfirman yang artinya: Dan sesungguhnya kamu benar-benar memiliki akhlak yang agung (QS 68:4).

Ada kisah dua wanita, yang seorang ni amalan dia mantap sangat, dhuha, al-quran, qiam dan macam2. Pendek kata amalan ahli syurga. Yang seorang lagi amalannya biasa2 jer, mcm orang kebanyakan. Buat yang wajib je. Sunat pon sikit2 gitu. Tapi yang biasa2 ni masuk syurga dan yang bagus amalannya itu masuk neraka. Kenapa? sebab dia selalu menyakitkan hati jirannya. mungkin kata2nya menyakitkan.

Berkatalah dengan penuh berhati-hati. Jaga hati orang lain sebab mereka pon ada perasaan. Bercakap apa yang perlu sahaja, simple math, banyak cakap banyak salah, bila banyak salah banyak dosa. Kurangkan bercakap benda2 yang lagha. Kalau gelak terbahak-bahak cuba cara aku, tengok kuku ibu jari tangan. I allah boleh kurangkan gelak. Sentiasa ingat mati, dengan cara itu akan sentiasa mengingatkan kita kepada Allah. Selamat beramal dan istiqamah.

p/s: maafkan aku kawan-kawan jika diri ini pernah menyakitkan hati anda..tersangatlah lemah diriku ini kerna tidak sedar itu akan menyakitkan anda..sekali lagi maafkan aku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...