hidup ini sangat singkat..beramallah seolah-olah esok kau akan mati..

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Khutbah Jumaat 13/1/12 : Elakkan Pembaziran

Assalamualaikum..

Khutbah jumaat tadi berkisar pasal pembaziran. Banyak sangat umat islam sekarang melakukan pembaziran. Kita tak perlu tengok orang lain, tengok diri sendiri dahulu. Tengok makanan apa yang kita makan, adakah ia berpatutan dan tidak berlebih-lebihan? Adakah ia mengikut tuntutan islam. Tengok pula pada pakaian kita, sampai tak muat almari pakaian. Macam2 baju dan macam2 pesen. Kalau boleh seminggu skali ada baju baru.

Sahabat dahulu tidak dapat pergi berjemaah di masjid, bila ditannya apa sebabnya, dia menjawab pakaiannya basah. Disitu menunjukkan dia mempunyai sehelai pakaian sahaja untuk segala-gala jenis waktu, tempat dan tidak kira tujuan. Kita sekarang bagaimana? ke masjid baju melayu, ke kelas baju berkolar, bersukan t-shirt sukan. Macam2 pakaian tetapi mengapa ramai yg masih tidak bersyukur dengan nikmat yg diberikan oleh Allah

Pernah sekali nabi mengimamkan solat, seorang sahabat bertannya kepada nabi mengapa pakaiannya bertampal besar. Seolah2 sengaja dukoyakkan. Lalu nabi berkata tadi ada kucing tidur diatas baju-ku, lalu kupotong bajuku supaya tidak mengganggu kucing itu tidur. Mungkin disebabkan kehidupan zaman ini yang serba mewah menyebabkan kita berasa apa yang kita lakukan setiap hari tidak membazir.

Dalam khutbah tadi menyatakan pembaziran yang biasa dilakukan oleh umat islam. Antaranya:-

Pembaziran Ilmu - Ini terjadi apabila kita mempunyai ilmu tetapi tidak beramal dengan ilmu yang kita pelajari. Kita sudah tahu sesuatu itu ditegah islam, tetapi masih melakukannya. Hukum islam yang dipelajari perlulah diadaptasikan untuk menjadi islam yang sebenar. Amalkan segala ilmu yang kita pelajari.

Pembaziran Amal - Ini terjadi apabila seseorang beramal tetapi tidak ikhlas kerana ALLAH. Maka sia2-lah segala amalannya. Menderma kerana ingin menunjuk-nunjuk, useless. Membazir saja amalan tersebut. Jadi ikhlaskan hati dan betulkan niat apabila melakukan sesuatu perkara. Walaupun ia simple, niat kerana Allah.

Pembaziran Harta - Ini sangat mudah, lihat pada diri kita sendiri. Lihat pada handphone masing2, adakah ia berpatutan dengan apa yang anda perlukan. Guna iPhone tetapi just untuk mesej dan call, bagi saya ia membazir. Handphone nokia berharga 80 ringgit pon boleh melakukannya jika sekadar mesej dan call. Kita semua diracuni dengan jenama dan style2 masyarakat barat. Bila orang cakap "fuyooo..pakai iPhone, gempak tuuu". Jika diteliti kembali, penggunaan iPhone adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menunjuk2. Berdosa tak ea kalau menunjuk-nunjuk ni. Tepuk dada tanya iman. Kemana perginya harta2 kita, ketahuilah, harta yang kita dermakan itu adalah harta kita diakhirat kelak, manakala harta ynag ada pada kita kini bukanlah milik kita.

Pembaziran Tubuh Badan - Pemuda, apa yang anda lakukan sewaktu muda ni? Allah memberikan tubuh badan ni adalah untuk beribadat kepadanya. Senag je beribadat ni, asalkan niat kerana Allah itu dikira beribadat. Riadah main futsal sampai tengah malam, beribadah ke tu? ingat, jika ia melalaikan maka bukan ibadatlah namanya. Malam allah ciptakan untuk kita berrehat dan beribadat kepadanya, tapi pemuda sekarang bersukan tak tentu masa. Bersukan mengikut masa k dan jangan berlebih-lebihan. Gunakan tubuh badan kita sebaiknya k. Ia adalah nikmat Allah yang tak mungkin kita dapat membalasnya walau bagai mana cara sekalipun.

Pembaziran Masa - Dalam quran sendiri mengatakan, demi masa. sesungguhnya manusuia berada didalam kerugian. kecuali orang2 yang berimandan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untukkebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. (al-asr). Allah bersumpah sesungguhnya manusia kerugian, memang komfom2 manusia akan melakukan pembaziran masa. Saya pun tidak terkecuali melakukan pembaziran masa. Sama2 berusaha mengelakkan pembaziran masa. Ada ulama' mengatakan membazir masa lebih buruk dari kematian. Sebab jika seseorang itu mati, dia akan terpisah dengan dunia. Tetapi jika seseorang itu membazir masa dengan perkara2 yang lagha dan tidak berfaedah, dirinya akan terpisah daripada dunia dan akhirat. Contoh senang bermain game, kita akan lalai dan berada dalam dunia game tersebut, kita lupakan dunia kita yang sebenar juga akhirat. Jika anda gamerz, berusaha kurangkan dan tinggalkan dunia gamers. Saya juga dahulu seorang gamers yang hidup hanya untuk bermain game, alhamdulillah Allah dah berikan petunjuk dan kini saya dpt kawal keinginan saya bermain game. Seriously memang sukar meninggalkan perkara yang kita suka lakukan. Cuba tinggalkan, ikut cara saya, jual semua gaming device yang anda ada.

Pembaziran berlaku dimana2 sahaja. Jika kita mengikut suruhan islam yang sebenar, i allah kita boleh mengelakkan daripada melakukan pembaziran. Sama2 kita mengingatkan diri sendiri dan orang lain bertapa pentingnya mengelakkan pembaziran. Membazir itu amalan syaitan. Elakkan, i allah kita boleh.

Sekian saja post untuk kali ini, mana yg baik dtg dari allah dan mana yg buruk dtg dari diri saya yg penuh dengan kelemahan ini. Assalamuaikum.

p/s: renung2-kan dan selamat beramal..

4 comments:

anie said...

satu amalan yang baik

shah said...

dengar khutbah banyak manafaatnya

Sollehudin Sapari said...

lelaki wajib pasang telinga ketika khutbah..sebab nanti dia wajib menyampaikannya kepada istri2nya yg x diwajibkan ke masjid..

pakistani suit wholesale market said...

Ini terjadi apabila seseorang beramal tetapi tidak ikhlas kerana ALLAH. Maka sia2-lah segala amalannya. Menderma kerana ingin menunjuk-nunjuk, useless. Membazir saja amalan tersebut. Jadi ikhlaskan hati dan betulkan niat apabila melakukan sesuatu perkara. Walaupun ia simple, niat kerana Allah. salwar suit piece wholesale , cotton printed salwar suits wholesale ,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...