hidup ini sangat singkat..beramallah seolah-olah esok kau akan mati..

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

ESQ Training Day 1 V1.0

Apa ESQ ni? Mula2 aku ingat program ni bersifat keduniaan. Jadi badan pon rasa berat je. Hatiku berkata "ala, malas la nak pegi, tido kat bilik lagi sedap".

Tapi sebenarnya ia sangat berbeza daripada ap yang aku sangkakan. Ia bersifat islamic dan sangat2 bagus untuk memotivasikan diri menjadi muslim berjaya. Pendek kata, ini program motivasi bersifat islamic.

Serba sedikit latar belakang program:

Diasaskan oleh Dr Ary Ginanjar.

alah, malasnye la nak taip, korang tengok sini jelah >> sini ..

Sbenanye aku nak citer pasal isinya, bkn latar belakangnya. Panjang kata program ni memang sangat bagus untuk memotivasikan diri ke arah dunia dan akhirat. Sebab konsep islam memang ditekankan dalam program ini.

Kami budak uitm pp dapat free je join program ni. Kalau kat luar bayaran dia rm500 lebih satu kepala. Mahal kan? dengan harga yang begitu, imputnya mestilah yang terbaik. Jika anda ada peluang atau ada wang lebih bolehlah sertai program ini. Ia banyak menyedarkan manusia tentang erti kehidupan, siapa kita, dan mengapa kita diciptakan di dunia ini.

Permulaan program, ia menekankan kepentingan ilmu, supaya peserta lebih fokus. Disuruh perbetulkan niat kerna niat sangat utama. Jika niat salah maka sia2lah kehadiran seseorang pada hari itu. ia juga menceritakan kisah nabi musa dan nabi khidir yang biasa kita dengar. Kisah ini menunjukkan taraf ilmu yang berbeza.

Edisi pendek: Nabi musa ni ilmunya sangat banyak dan hinggakan satu hari dia berdoa kepada allah yang ayatnya lebih kurang macam ni. "ya allah, kau lahirkanlah seorang manusia yang tinggi ilmunya supaya aku dapat belajar daripadanya". Maka allah perkenankanlah doa tersebut dengan menurunkan nabi khidir.

Then bertemulah 2 orang nabi ini dan musa berkata, "boleh tak aku nak belajar dengan kamu". Khidir berkata "boleh, tapi dengan syarat kamu tidak mempertikaikan/persoalkan apa yang aku lakukan". Maka berjalanlah 2 orang nabi ini.

Sampai di satu pelabuhan, tiba2 nabi khidir membocorkan sebuah kapal. Lalu musa pelik dan bertanya "mengapa kamu bocorkan kapal itu?". Jawapan khidir "bukankah aku dah kata tadi jangan persoalkan ap yg aku lakukan". Musa memohon maaf.

Berjalan lagi, tiba2 mereka bertemu dengan seorang kanak2. Tiba2 khidir membunuhnya. Tak logik kan bila difikirkan dengan akal. Musa bertanya lagi, dan dijawab perkara yang sama oleh khidir.

Berjalan, berjalan dan berjalan lagi, sampailah mereka ke sebuah kampung yang penduduknya ganas2 belaka. Mereka melayan dua orang nabi ini dengan sangat buruk sekali. Tetapi perkara pelik berlaku, khidir me"repair" sebuah rumah yang sudah usang. Musa bertanya "mengapa kamu repair rumah ini, sedangkan penghuni kampung ini zalim2 belaka" Khidir fadeup.

Khidir berkata "kalau beginilah keadaan kamu maka kamu tak boleh terus belajar dengan aku". Lalu musa pon patuh dengan perkataan khidir, ilmu khidir terlalu tinggi sehinggakan tidak mampu diterima oleh musa. Sebelum berlalu pergi, musa bertanya apakah mesej dari semua yang dilakukan khidir.

Maka khidir berkata "aku bocorkan kapal itu kerna allah berkata kepada aku melalui malaikat bahwa kapal itu akan dirompak sekiranya berlayar nanti, aku bunuh anak itu kerna bila besar nanti anak itu akan derhaka kepada ibu bapanya dan akan mendorong mereka kepada kekafiran, aku repair rumah usang itu kerna di dalamnya terdapat harta anak2 yatim"

Jika kita di tempat musa, mungkin kita berbuat perkara yang sama. Ilmu tahap ini memang tinggi dan bukan semua orang diperi kelebihan seperti itu. Hanya ulama' dan orang yang terpilih oleh allah saja.

cerita panjang ada di sini dan sini..

sampai sini saja, nanti sambung lg..ad kelas..

assalamualikum..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...