hidup ini sangat singkat..beramallah seolah-olah esok kau akan mati..

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

[WAJIB BACA] Ikhtilat antara Lelaki & Perempuan

Anda couple? jika ya, anda perlu baca. jika tidak pon digalakkan juga.

IKHTILAT
Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi(bukan muhrim). Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari. Ni aku petik dari I Love islam kalau nak lebih lanjut boleh la gi situ.

Batas2 pergulan antara lelaki dan perempuan

Pasangan couple, tapi dah macam pasangan suami isteri. Apa hukumnya? anda sudah belajar dan anda ada jawapannya. Inilah yg banyak berlaku di malaysia. Baru bercouple tapi lagaknya mengalahkan org yg sudah bernikah. Berpegangan tangan sewaktu berjalan, berpelukan di taman2 yg sunyi, tinggal serumah dan yang paling teruk berzina. Betul ke ada yang sampai tahap berzina? Islam ke mereka tu? kalau bukan melayu siapa lagi. kalau mereka tidak berzina tiadalah kes2 buang bayi, gugurkan kandungan, bunuh diri disebabkan mengandung, dll.

Lihatlah bertapa kejamnya manusia. Lebih kejam drpd binatang.





































Binatang pon tidak begitu



Itu golongan diluar sana. harini aku nak bercakap dalam konteks pelajar.
Pelajar. Perlu ke couple? Berfaedah ke couple? Apa yang korang dapat jika bercouple?
Macam post aku yang lepas, couple mendatangkan lebih banyak keburukan drpd kebaikan. Nak baca sila ke sini(Apa TUJUAN anda ber"couple"?). ada kebaikan dan ada keburukan, itu base on niat dan tujuan korang bercouple.

Hari ini, pelajar sekolah rendah pon couple. dah macam digalakkan jer couple ni. mungkin mak bapak diorang kot yang galakkan, mungkin atok n nenek diorang yg suruh. Stakat ni keluarga ak x pernah pon kata "soleh, pegi la couple, kesian anak mak x da awek", ustaz ak po x pernah cakap suruk couple. Tetapi mengapa mereka2 ini memandai2 couple? darimna datagnya aspirasi untuk bercouple? Mungkin mereka tengok abang kakak mereka couple then mereka pon nak try le. Mcm best jer.

Aku agak terkejut dengan budaya rakan2 kat sekeliling aku. Dengan perempuan seolah2 x da batas. Mereka dah macam adik beradik, dah macam saudara. Padahal aku dengan perempuan pon segan2 n malu2 kucing. ramai budak perempuan yang kata aku sombong, bukan apa, aku cuba menjaga batas2 tersebut. Tapi kalau di facebook, aku mmg peramah sikit. Aku mmg x selesa kalau bersembang dengan perempuan. Tapi mereka dah macam bersembang sesama jenis, bertepuk tampar, ketawa terbahak2 mcm monyet dapat bunga, dll. Mungkin bagi mereka perkara itu biasa dan tidak berdosa. Berkawan itu tidak salah, tetapi batasnya perlu dijaga.
Kalau yang couple macam mana pulak? mesti la lagi rancak tepuk tamparnya, ketawanya, dll.

Betul ke dari couple boleh membawa kepada Maksiat?

Jika bercouple itu tidak berasaskan islam, melangar batas2 yg ditetapkan islam maka maksiatlah bercouple itu. Setiap sms yg dihantar menyumbangkan dosa kpd mereka2 yg bersembang lagha, lagi bertambah dosanya jika bersembang lucah.

Ikhtilat yang tidak dijaga boleh membawa kepada Zina

Dari pengalaman dan sumber yang boleh dipercayai banyak kes2 yang membawa kepada zina. Allah dah berfirman yang bermaksud "jangan dekati zina". Namun, manusia masih degil, pabila dikata jangan, lagi mahu dibuat perkara itu. Maka tidak hairanlah banyak kes2 zina berlaku.

Inilah realiti:-


contoh 1:
seorang pelajar perempuan sekolah harian tingkatan 2, sekampung denganku, lawa, badan mantop, baik, sopan, cakap lemah lembut, ikot cakap mak, bercouple dan kantoi bercumbuan. nasib baik ada yang nampak, kalau x da? Masya allah, hanya mereka berdua dan allah sahaja ug tahu. aku mmg x percaya awal2. tapi mmg sah berlaku. kalau aku jumpa balaknya mmg lunyai aku kerjakan. Sebab dialah perempuan itu jadi begitu.

contoh 2:
sorang pelajar perempuan lepasan spm, budak kampung aku jugak (jahat2 betul budak kampung aku ni, mungkin sebab x da org yg nak nasihat mereka, aku juga turut berdosa kerana tidak memberi peringatan dan nasihat kpd mereka, ya allah, ampunkanlah aku kerna aku insan yg lemah), dulu kecik2 mengaji al-quran sama2 dengan aku, sopan je budaknyer, tetapi pabila sudah besar, lalai, sangat sosial, boleh dikatakan seorang cikaro terkenal di daerah aku, 1 hari, allah nak tunjuk kebesarannya, dia mengandung. pabila ditanya "siapa bapanya", dia pon menjawab "ntah la, ramai sangat". pergh, mcm x caya jer kan? tapi mmg betul2 berlaku. Last2 seorang pak sanggup yg masih bersekolah, yg mugkin bapa kepada kandungan itu mengaku bersalah. Kawinlah mereka berdua. Bapak2 yang lain mana? Macam mana la nasib anak tu nanti. Aku berdoa kpd allah agar diampunkan dosa mereka dan dilindungi anak yg tidak bersalah itu.

contoh 3: rakan sekolahku dahulu, nama yang sangat indah, baik, hari pakai songkok ke sekolah, kuat memberi tazkirah, selalu menjadi imam solat, pendek kata memang baik. Tahu2 sudah berkahwin, sebab apa? sbb kena tgkap basah. ish3..kesian..harap2 dia menyesali perbuatannya. Dia ada cakap, "nasib aku x baik hari tu, sebelum ni ak buat dgn perempuan lain x kantoi pon". Berapa kali dia buat, berapa banyak perempuan dia "pakai dan buang". Wahai perempuan2 di luar, jauhkanlah diri korang dari laki2 yg sebegini, memikat perempuan menggunakan "kebaikan" mereka dan kemudiannya menggunakan anda. Moga allah beri petunjuk kpd golongan seperti ini.

contoh 4: pasangan kekasih dari sekolah ugama, spm pon belum lagi, tahu2 perut sudah buncit. kemana pergi agamanya? Mungkin dulu mak dgn bapak diorang yg paksa masuk sekolah ugama. habis buruk nama sekolah.

Kesimpulannya, walau alim manapun anda, jika ikhtilat tidak dijaga, nafsu akan memberontak. pabila nafsu menguasai akal, tidak ada apa yg bisa menentangnya. "Bercouple"lah macam budak DQ(darul quran), kawin terus untuk mengelakkan maksiat. Aku pon nak menjadi seperti mereka, tapi sure mak bapakku x bagi. "kau belajar pon x habis lagi nak kawin, gatal ape ke?". Moga kita dilindungi dari zina.

Nasihatku:

=> jaga pergaulan anda
=> jauhi zina
=> jangan rosakkan fikiran pasangan anda
=> amalkan ilmu yang dipelajari
=> nikah dulu baru ehem2

sekian saja untuk hari ini, aku pon ada banyak kerja lagi ni, banyak lagi komputer yg perlu direpair.
assalamualaikum...
p/s: aku bukan anti-couple kerna aku juga pernah bercouple seperti anda
TOLONG SEBARKAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...