hidup ini sangat singkat..beramallah seolah-olah esok kau akan mati..

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Perginya Seorang Adik Perempuan

Masa tu aku darjah 3. Biasa la, budak laki, x matang(sekarang pon blom matang lagi kot..haha..), otak pk nak main jer. Ape benda belaku kat sekeliling, aku buat dek jer. Ntah, x penting kot bagi aku.

Petang tu macam biasa lah, aku kayuh basikal cabuk aku tu g sekolah gama(skolah petang). Masa tu aku memang dah tau yang mak aku kena tahan kat wad. Tapi aku x tau dan x amik kesah pon apa yang berlaku kat mak aku. Punyalah jahilnya aku masa tu, mak..soleh mintak maap banyak2 sebab masa tu soleh x matang lagi. Macam hari2 biasa, kat sekolah aku main jer memanjang. Main basikal, main kejar2 dengan dak pompan dan main tembak2 guna getah gelang. Kat sekolah memang main jer dari awal sampai habis. Aku pon x tau apa yang aku belajar masa skolah gama dulu. Yang aku ingat belajar solat, ada sikit belajar iqra' dan belajar sirah Rasulullah. Aku memang minat sirah ni, tiap kali kelas sirah sure aku x tido dan x main.

Habis sekolah, reramai solat kat masjid. Budak2, biasa la, main2 waktu solat. Cocok2 kawan, sepak2 kawan. Tapi aku tidak begitu, sentiasa serious dalam bab solat nih. Siapa yang main berisiko tinggi untuk dicocok dengan lembing. Setiap kali budak2 ni solat, mesti ada seorang penjaga masjid ni, nama di Holel, pegang lembing dan ronda2 kat belakang budak2 yang tengah solat ni. Bila dia ada, semua tak berani nak main. Takut kena sula.

Aku amik basikal cabuk aku tadi dan kayuh dengan muka toya menuju ke tempat mengaji. Mengaji pon kena paksa. Kalau x ngaji nnti mak aku marah. Habis baca satu muka aku dah stop, tu la sebab aku lmbat katam. Pemalas. Kalau la aku sedar dari dulu, sehari tu ak baca 5 muka surat. Sure power aku baca quran sekarang. Kayuh lagi basikal menuju ke rumah aku. Langit mendung dan sekelilingnya gelap. Hatiku mula terasa lain, tak berapa sedap la orang cakap. Aku pon kayuh basikal laju2 sebab takut hujan.

Sampai je kat rumah, ramai gila orang. Kat lua ada 2 3 org pak cik tengah buat apa ntah, berbentuk kotak, kurang 1 meter panjangnya dan macam sampan pon ada. Aku masuk rumah, bau yg kurang menyenangkan menusuk hidungku, sape la yek yg pakai minyak wangi2 ni. Aku pernah menghidu bau ni, tapi x ingat pulak kat mana. Kat dalam rumah suram je, semua muka sedih. Aku tanya abang aku, Tapi dia senyap je. Aku pusing satu rumah carik mak aku, tapi x da. Mungkin mak belum balik lagi kot dari wad. Sampai satu sudut aku nampak sekujur tubuh di atas tikar. Macam baby pon ada tapi senyap ja tak bergerak2. Kelilingnya ramai makcik2 tengah baca quran. Knape la diorang ni ngaji kat rumah aku, g la ngaji kat surau ke, masjid ke.

Aku carik pulak bapak aku, bapak aku muka tenang jer, dia ni kalau dilanda ribut sekalipun mukanya tetap mcm tu. Kekurangan perasaan. Aku tanya bapak aku, dengan cool dia cakap kat dalam tu mayat adik aku, mak keguguran. Budak x matang, biasa la, x tau pon apa maknanya semua tu. Slaber je macam x da apa2 yang berlaku. Aku tak ingat bila masa aruah dikebumikan. Tapi yang aku tau kuburnya berada di tengah2, bahagian hadapan tanah perkuburan kampung aku tu. Setiap kali lalu, aku boleh nampak kuburnya yang mana dari jalan. Sebenarnya x jauh pon dari rumah aku. Dalam 300 meter gitu la.

Kesian kat mak aku, sebab dia teringin sangat anak perempuan. Hampir dapat tapi sayang, keguguran. Semua tu ketentuan tuhan, mahu tidak mahu kita kena terima juga. Aku pon sebenarnya teringin jugak adik perempuan, 3 adik aku, semua lelaki, semua nakal2. Kalau perempuan mungkin baik sikit kot dan mesti manja kan budak perempuan ni. Kalau x silap aku, mak aku plan nak bubuh nama adik aku tu Siti Mariam. Nama retro je kan..huhu.. Nanti aku nak panggil dia siti.

Jika ditakdirkan hidup, sekarang umurnya 12 tahun, darjah 6. Aku tak dapat bayangkan mukanya macam mana, mungkin macam aku, mungkin macam bapak aku dan mungkin jugak muka bulat macam mak aku masa muda2 dulu. Aku nak jaga dia elok2, jangan siapa berani kacau dia. Budak laki jangan dok gatal2 nak ngorat dia. Kalau ngorat jugak memang menempah maut la namanya. Aku akan ajar dia elok2 biar dia dapat sekolah yang bagus2 dan lagi bagus dari aku. Aku akan berikan segala benda yang dia mahukan selagi aku mampu membelinya dengan wang yang ada padaku. Aku akan belikan tedy bear di hari lahirnya. Kalau dia bersedih, aku akan belikan Cadbury untuk memulihkan keceriaannya. Kalau nak masuk u nanti aku akan suruh dia amik medic, mak aku memang nak sorang anaknya jadi doktor, tapi aku tak minat, so ak amik la engin. Sory mak..soleh takut la pegang pisau..huhu.. Aku nak suruh dia amik medic kat uia. Aku akan ajar dia supaya jadi perempuan yang memegang teguh pada agama islam. Kalau dia dapat 3.8, aku akan belikan apa aja yang dia mintak. Kalau dia nak kawin nanti, aku akan pastikan yang bakal suaminya itu orang yang berguna. Aku akan cuba yang terbaik untuk menjadi abang yang berguna untuk adik perempuannya. Tapi semua itu hanya angan2 mat jeninku. Pemergiannya dapat kurasakan kini. Diharapkan kita bisa ketemu di akhirat kelak. Insyaallah..

Tiga bulan lepas isteri abangku melahirkan seorang anak perempuan. Dari situ aku dapat lihat bertapa gembiranya mak aku mendapat cucu perempuan. Dia jaga cucunya itu macam anaknya sendiri. Mungkin anak abangku itu menjadi pengganti kepada aruah adik perempuanku itu. Aku juga berhasrat ingin menjaga anak buahku itu elok2 sepertimana aku ingin menjaga adik kandungku. Sekian sahaja nukilanku untuk kali ini. Berjumpa lagi di lain entri. Assalamualaikum..

p/s: cadangnya nak buat cerita ni sedih, tapi aku ni x pandai la nak tulis sedih2..huhu..harap korang enjoy baca..

9 comments:

Cik JuneD said...

wahh...
ciri-ciri abang yang baik lar..
hehee..sedih?
aku rase aku feel sedih dengan entry ni..
:)

misyamissyou said...

hmm..xde adik prempuan gak..teringin nk adik perempuan..tp xde rezeki kan nk wat cm ne..

mimiezf said...

cdey plak bce cter ni....huhuhu :(

Anonymous said...

Xtau pulak siblings ko sume lelaki...
Terbaek oo kalo abg2 aku mcm ko. He2.
Mesti bertuah anak saudara abg ko tu...ramai pakcik2 boleh jd bodyguard dia...he2.

-ejot

Unknown said...

hurm...
piqa ade sorg adk pompuan..
besh..blh kogsi cite n so on..
tapi xbesh gak kadang2..
asyik nk gaduh jer..

Sollehudin Sapari said...

june: Baik kot..haha..
misya: sama la kita yek..
mimiezf: jgn ngis plak ea..
ejot: X mau aku jadi abg kau, pokai duit aku nnti, tiap hari ajak makan steamboat..hehe..
piqa: gaduh2 manje je tu..x nak kenalkan adik awk kt sya ke? huhu..(gatai)..

Unknown said...

yup...
awk nk kenal ngan adik sy ker?
muahaha~

Sollehudin Sapari said...

gurau2 je..tpi klu nk knlkn boleh juge..huhu..

Anonymous said...

off white outlet
golden goose online
off white outlet
kd shoes
golden goose shoes sale

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...