hidup ini sangat singkat..beramallah seolah-olah esok kau akan mati..

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Setelah sekian lama membisu

Assalamualaikum semua. Sory, lama sangat x update blog ni. Cuti rasa malas je nak update. Ni dah bukak sem baru dan ada azam baru untuk memajukan lagi blog ni..hehe..

Cinta.
Mesti korang semua pernah bercinta kan? Aku agak ketinggalan sedikit sebab pada usia 21 baru aku kenal apa itu cinta. Dulu masa kat sekolah aku x pernah bercinta, sebab nak fokus on study. Sebenarnya aku x nak pon bercinta semasa belajar ni, tapi ntah macam mana aku pon x tahu tiba2 aku jatuh cinta padanya.

Sebelum mengenalinya.
My first impression toward her is that dia seorang yang sombong, tak layan lelaki dan tak menghiraukan perkara yang berlaku disekelilingnya. Disebabkan kawannya yang kureng bagus, tangapan aku padanya turut meleset. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Hinggalah ke suatu hari kami ditempatkan didalam kumpulan yang sama. Dari situ baru kutahu bertapa mesranya si dia, bartapa baiknya perangainya, dan segala tanggapan aku sebelum ini meleset.

Niat dihati ingin mendekatinya, namun pabila kutahu dia sudah berpunya, gugur harapanku seperti gugurnya daun2 kering ditiup angin senja. Aku hanya memendam perasaan kerna kutahu dia memenag tak akan menerima diriku kerna hatinya sudah diisi oleh seseorang. Aku juga tidak mahu mengulang kisah silam yang mana kuluahkan dan hanya kepedihan yang dapat aku rasakan.

Macam mana boleh terjatuh cinta ni?
Minat bertukar suka, suka bertukar sayang dan sayang bertukar kepada cinta. Dalam program yang lain kami dipisahkan. Namun aku tetap dapat berjumpanya, dapat meng"usha"nya untuk melepaskan rindu dan kadang kala kupaggil namanya berulang kali untuk mengambil perhatiannya.

Satu hari perkara yang tidak kusangka berlaku. Tiba2 dia melantikku sebagai suami. Aku agak kehairanan kerna sebelum ini dia tidak begitu. Jadi aku hanya menganggap itu satu gurauan. Dia selalu memberi semangat kepadaku, kuingat lagi ketika itu aku didenda dan dia memberi semangat yang tidak henti2. Oppa..fightingggg!!!.. dan ia membuatkan aku terharu. Suaranya memberi sokongan sering kudengar tatkala aku melakukan sesuatu. Dia memang lain dari yg lain.

Luahan hati
Malam2 berikutnya kami terus berhubung melalui sms. Aku pernah menhantar mesej kepadanya mengatakan sesuatu. Tapi entah mengapa mesej itu tidak sampai kepadanya. Dia sering bertanya, apakah yang aku katakn pada ketika itu. Aku memang tak mahu meluahkan perasaanku kerna aku takut dihampakan lagi. Namun satu mesej darinya telah mengejutkanku "Oppa suka kat *** ke?". Aku tergamam seketika, kukatakan lagi aku tidak mahu dihampakan lagi. Rupa2nya dia turut merasakan apa yang aku rasakan. Pada ketika itu hatiku terasa bagai nak pecah, jantungku berdegup 10 kali pantasnya daripada biasa. Indahnya dunia dapat kurasakan.

My 1st call
Kalau korang nak tahu, aku ni memang sangat pemalu dengan perempuan. Sepanjang mengenalinya, tidak pernah sekalipun aku menalifon dia. Dia pun ada banyak kali meminta kebenaranku untuk menalifon. Tapi aku menolak kerana tersangat segan. Hinggalah suatu pagi, kurasa kerinduan yang teramat sangat lalu kutalifon si dia. Dia pun agak kehairanan kerna tak pernah2 aku telefon. Pada mulanya agak berdebar kerana aku memang tak biasa bercakap dengan perempuan. Pabila kudengar suaranya tersenyum lebar aku keriangan.

To be continue >>>

p/s: eceh, layan jiwang sekarang ni ea..hehe

6 comments:

Unknown said...

fewiiittt kronologi tu ! :)
moga berjaya menambat hati si dia :)

Anonymous said...

aku tau sape dia.. dia kekasih aku.. please jgn ganggu dia.. aku dah rancang untuk kawin dengan dia.. please jgn runtuhkan hubungan org lain.. aku harap ko faham

Anonymous said...

jika berkenan, cepat-cepatlah nikahinya..bimbinglah dia ke jalan yang lurus..berikanlah dia kebahagiaan di dunia dan di akhirat..janganlah bercouple, kerna ia akan menambahkan lagi dosa anda, janganlah berjumpa selalu kerana syaitan akan sentiasa menggodamu untuk melakukan sesuatu yang sumbang..ketahuilah, hanya nikah jalan yang halal dan diredhai allah..

cimöt said...

terbantut aku membacanya..cepat laaa sambung..

areniem_best said...

ini rekaan semata or cerita sebenar?

Sollehudin Sapari said...

cimOt : nanti aku sambung k, tapi sedey gak nak sambung..sbb smua tu hanya tinggal kenangan dan sejarah manis hidupku..

areniem_best : cerita sebenar..best x?..huhu..t leh bwt novel..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...