hidup ini sangat singkat..beramallah seolah-olah esok kau akan mati..

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Keperitan Hidup Seekor Helang

Helang antara haiwan yang mampu hidup lama, dianggarkan mampu hidup sehingga 70 tahun, lebih kurang umur manusia je kan.

Tetapi, pada usianya mencapai 40 tahun, dia mengalami satu konflik yang sangat besar. Dia hanya ada dua pilihan, sama ada untuk mati, atau untuk menghadapi 150 hari hidup yang penuh seksa.

Mengapa? Pada usia 40 tahun, paruh helang menjadi panjang ke bawah dan besar, kukunya menjadi sangat panjang dan bulunya menjadi sangat tebal. Ini sangat menyusahkan helang tersebut untuk memburu mencari makanan. Jika anda helang, mana satukah pilihan anda?

150 hari kehidupan yang penuh seksa: untuk menghadapi hari-hari yang perit ini, helang perlu terbang tinggi ke atas bukit. Di atas bukit itulah dia akan melakukan evolusi terhadap dirinya. Langkah pertamanya ialah mematuk-matukkan paruhnya ke batu higgalah paruhnya tertanggal. Bayangkan bertapa peritnya jika mulut kita tercabut. Tak dapat nak dibayangkan seksanya.

Setelah paruhnya kembali pulih, helang akan menghentak-hentakkan kukunya ke batu hinggalah semuanya tertanggal. Bayangkan kuku anda, ditarik dan dicabut seperti zaman jepun dulu. Sakit ke tak eh?? Setelah kukunya kembali pulih, helang akan mencabut-cabut semua bulunya. Cuba tarik bulu roma anda, sedap kan rasanya??.

Setelah segalanya kembali normal selama 150 hari, barulah helang mampu memburu semula. Dengan perubahan drastik itu helang mampu hidup selama 30 tahun lagi. Masya allah, hebatnya helang. Jika kita ditakdirkan menjadi helang, mampukah kita melakukannya?

Moral of the story:

Banyak mesej yang dapat kita simpulkan daripada peristiwa helang yang penuh tragis ini. Antaranya, dalam hidup kita ni ada satu masa nanti kita akan mengalami masalah yang sangat besar. Sehinggakan kita tidak tahu apa ingin dilakukan, buntu, bingung, stress, dan macam2 lagi. Adakah kita akan menamatkan riwayat kita? tidak, perjalanan hidup kita ini masih panjang. Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. Kembalilah kepada pencipta agung kita, ALLAH agar diberikan petunjuk dan jalan penyelesaian. I allah kita mampu selagi ada pegangan agama yg kukuh.

Selain itu, bukan mudah mencapai kejayaan. Kejayaan tampa kegagalan itu bukanlah kejayaan. Masa kita kecil, adakah kita dilahirkan dan terus pandai berjalan? tidak, kita belajar berjalan. Entah berapa ratus kali, ribu kali, puluh ribu kali mungkin jutaan kali kita jatuh. Namun, kita tetap berusaha, hingga hari ini kita mampu berlari sepantas cheetah memburu rusa..hehe..

Lagi satu apa eh? tak ingat pulak..hmmm..pandai2lah anda pk k..anda kan ad otak..huhu..

ni salah 1 imput daripada program ESQ

meh tengok video



sekian saja untuk pagi ini..

assalamualaikum..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...