hidup ini sangat singkat..beramallah seolah-olah esok kau akan mati..

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Budak ENGIN(UIA) dijangka ke Pagoh 2012

Menurut Berita Harian Online , pelajar2 engin akan dipindahkan ke pagoh. sejauh mana kebenaran berita ini? aku pon x tau bila tarikh yg sebenar kita pelajar engin akan dipindahkan kesana.


Aku jugak x tahu sama ada semua pelajar gombak akan dipindahkan kesana, ataupun hanya new intake sahaja. kita sama2lah tunggu dan lihat ya.

Mengapa Pagoh?
Bagi aku, baik habiskan belajar di gombak. sebab sudah biasa dengan gombak dan senang nak balik rumah. kalau pagoh, mmg susah la nak balik perak tu, jauh. duit minyak pon naiklah. selain itu, kat gombak ni sangat bagus untuk aku meneruskan bisnes menjual komputer, sebab supplier banyak kat kl. di pagoh, mana ak nak carik suplier. lowyat pon jauh. jadi, harga laptop disana mungkin sedikit mahal dah keuntunganku akan berkurang. rugi la mcm ni..hehe..

Tapi, lek luhhh..jangan bwt kesimpulan awal. setiap yg berlaku mesti ada hikmahnya.

Pagoh? Apa yang BEST sangat tentang pagoh ni?
Sedar atau tidak, paguh merupakan satu tempat yang menarik dan banyak rahsia disebaliknya. Pagoh juga merupakan tempat bersejarah seperti melaka, pasir salak, dll. cuma ceritanya sahaja yg berlainan

SEJARAH
Mengikut sejarahmalaysia.pnm.my
"Pagoh is a historical district on the banks of the Sungei Muar. On two occasions it became the refuge of fleeing Sultan. First in 1377, when the Javanese conquered Temasik which is now known as Singapura, Parameswara fled to Pagoh and lived there for some time before he went to Melaka. In 1511, when the Portuguese captured Melaka, Sultan Mahmud Syah and his family fled to Pagoh. But unfortunately the Portuguese continued to harass them, attacking Pagoh and driving the Sultan away."

Lagi cerita tentang Pagoh.
Mengikut cerita secara lisan dari warga emas yang ada ia adalah ringkasan atau gabungan bagi perkataan ” PAGAR YANG TEGUH ” lalu menjadi PAGOH. Selain itu ada juga yang mengatakan ia adalah sempena nama seorang yang berbangsa cina yang mengasaskan Pagoh iaitu “PAH GOH”.

Another version
Pagoh yang bermaksud 'bagus' mengikut Bahasa Melayu Tua telah dibuka oleh Dato' Bendahara Wan Sulaiman dari KotaTinggi pada tahun 1707. Penduduk asalnya terdiri daripada orang Jawa, Minangkabau dan Bugis. Pagoh adalah asas penempatan kawasan hulu Muar dengan beberapa kesan sejarah silam yang menjadikan Sungai Muar sebagai penghubung utama dengan Empayar Kerajaan Melayu Melaka.

Pagoh merupakan satu satu tempat terpenting yang mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan Empayar Melayu Melaka. Lokasinya yang terletak di pinggir sungai terdapat sebuah kubu yang terletak di Kuala Sungai Pagoh merupakan kubu terakhir angkatan Melaka apabila diserang oleh Portugis pada tahun 1511. Terdapat sebuah lagi kubu yang dipanggil Kubu Malini di satu kawasan tidak jauh dari kubu tersebut.

LOKASI
Kalau anda perhatikan peta kawasan Pagoh, sekelilingnya adalah kampung. Cuba anda bayangkan bertapa damainya jika berada di kampung. Pejamkan mata anda dan bayangkan angin sepoi2 bahasa dengan udara yang segar. Best kot, rasa damai jer otak ni. Tempat2 beginilah yang sesuai untuk para pelajar. Mengapa? kerana ia jauh dari godaan kota raya yang mencabar. Maka, kuranglah aktiviti yang tidak berfaedah korang lakukan seterusnya dpt mengurangkan maksiat.

Lagi yang bestnya, cuba korang tengok kampung di sekelilingnya. Ada nama Kampung Kelompang, Berohol, dll. daripada namanya, aku boleh nampak yang penduduknya adalah berbangsa jawa. Well, aku orang jawa jugak. Boleh la ak speaking dengan diorang nanti. Best woo jawe ni. "Kabare wak? wes mangan porong?" yg bermaksud "Apa kabar pak cik? dah makan belum". Ada jugak pantun dua kerat versi jawa yang popular "Iwak kotok iwak leleh, matane ngantok wetenge ngelih" yang bermaksud "Ikan haruan ikan keli, matanya ngantuk perutnya lapar".

TEMPAT2 MENARIK DI PAGOH
Tidak seperti di gombak yang berdekatan dengan bandar kl, Pagoh sangat jauh dari kemajuan kota raya dan masih kurang membangun(bandar paling dekat Muar, ad ap yek kat Muar tu? ak pon x tau. nanti kita sama2lah explore). Tapi harus diingat, banyak tempat2 menarik disana(area Pagoh). Antaranya:

1. Makam Sultan Melaka ketujuh, Sultan Alauddin Riayat Shah I Ibni Sultan Muzaffar Shah
2. Kolam air panas di Gersik, best woo mandi kolam air panas ni. dikatakan boleh menyihatkan badan.
3. Muzium Polis Bukit Kepong, ingat cerita Bukit Kepong?
4. Taman Monyet Tanjung Ketapan, jangan korang yang jadi monyet sudah.
5. Nasuha Herbs Garden, taman herba terbesar di Malaysia.
6. Air Terjun Sagil, di kaki Gunung Ledang. dak wataniah nanti bleh la buat kem kat gunung tu. Best22..
7. Dusun Damai

Bagi mereka yang suka makan, Johor juga ada makanan sendiri yg perlu dicuba. Ak pon nak cuba jugak. Macam sedap jer.

Mee Bandung

Mee sanggul

Asam Pedas Parit Jawa.

Tak sabar rasanya nak pindah kesana, tapi bijak jugak uia ni, dah tau budak engin nak pindah tempat, dia pegi buat blok baru tok dak ICT. guna je la blok engin tu. membazir jer. btw, mungkin uia ad plan sendiri, mana la tau dak ict adalah yg teramai kat uia, smpi x ckup blok baru tu. maka blok enginlah yg akan digunakan. maybe..

Baiklah kawan2, sampai sini jer cerita paguh, perut aku dah lapa ni. tengok makanan tu bertambah2 laparnye. k..choww..assalamualaikum..

p/s: klu ada benda yg korang nak share, post jer kat komen tu. ak pon x tau sangat Pagoh ni sbb bukan tmpat aku

2 comments:

Anonymous said...

Salam, pandangan saudara bagus dan selesa membaca. Terima kasih

Anonymous said...

dah 2016 n still belum pindah
kalau dulu bdk engine nk pindah pagoh, skrng bdk klm pulak nk g sana sbb skrng tumpang blok ict
kita tggu dan lihat lah mcm mana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...