hidup ini sangat singkat..beramallah seolah-olah esok kau akan mati..

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Kepentingan Dakwah

Ketahuilah, "Mereka yang diazab neraka sentiasa mencari-cari orang lain untuk menggantikan dirinya, sesiapa sahaja di muka bumi, sehingga mereka terlepas dari azab ALLAH." (Al-Ma'arij: 11-14)

Dalam kesedaran ini saya ingin mengajak sahabat2, kawan2, classmate2, universitymate2 dan segala jenis "mate" saya untuk sama2 kita mengamalkan islam dengan sepenuhnya.

Dakwah itu wajib kepada setiap umat islam, tak kiralah anda ni ustaz ke, engineer ke, doktor ke, architect ke, mat rempit ke, skinhead ke asalkan anda islam anda wajib berdakwah.

"Saya student lagi, ilmu pun x banyak. Biarlah ustaz2 yg dah pro tu buat kerja dakwah." Alasan inikah yang anda akan berikan ketika berhadapan dengan Allah nanti?. Tepuk dada tanya iman.

Baiklah, merujuk kepada ayat diatas sekali tu, macam mana boleh jadi macam tu? ala, sama je macam dunia ni. Kita kena tangkap polis sebab buat jenayah, lepas tu kita kena hukum berat2. Padahal ramai lagi kawan2 kita sama2 buat jenayah tapi tak kena tangkap pon. Then kita akan secara spontan mengatakan itu salah orang lain untuk melepaskan diri daripada hukuman. Tu yang petik nama orang lain. Then orang lain pon kene gak. Adil tak macam tu?

Konsepnya di akhirat nanti samalah macam dunia ni. Azab neraka sapa boleh tahan? Baru panas dunia sikit dah mengeluh. Bayangkan, sepercikan api dari neraka jika terjatuh ke bumi maka leburlah segala isi dunia ini. Kalau dah besi boleh senang2 lebur, manusia tak payah cakap la mcm mana kan.

Contohnya kita solat, tetapi rakan kita tak solat. Pastu kita tak pernah pon ajak dia solat ke, tegur dia ke. jadi bila di akhirat nanti alasan dia mungkin begini. "ya allah, dulu sipulan bin sipulan ni sebilik dengan aku, tapi dia tak pernah ajak aku solat, hukumlah dia sekali" Tak ke naya gitu?.

Tu baru bab solat, bab aurat, pergaulan dan bagai2 lagi tu guane plok? mcm biasa, tepuk dada tanya iman.

alasan lain yg kemungkinan besar digunakan oleh manusia2 untuk melepaskan diri dari azab allah:

"dulu kat dunia dia ni fren aku di fb, jadi hukumlah dia sekali, sebab dia tak pernah pon dakwah aku"

"dulu kat universiti dia ni classmate aku, tapi sepatah perkataan pon dia tak pernah lafazkan untuk mengajak aku ke arah kebaikan"

"kat dunia dulu dia ni satu kampung dengan aku, tapi dia x pernah pon ajak aku solat jemaah di masjid, azablah dia sekali"


tak ke naye gitu?

jadi, sama2lah kita perbaiki diri masing2. Alasan tidak cukup ilmu memang tidak boleh diterima, sebab ada stu kisah di zaman nabi. seorang sahabat ni apa nama dia sy tak ingat, baru je dapat kalimah syahadah. Masa tu islam masih berdakwah secara sembunyi2. Tetapi dia dengan semangat dakwah yang berkobar2, berlari2 di sekitar mekah melaungkan kalimah syahadah bertujuan mendakwah orang di sekitar itu. Kita bukan setakat syahadah, segala jenis doa pun kita dah hafal. Jadi alasan masih belum cukup ilmu sangat2 tidak releven. Saya pun x banyak ilmu tapi insya Allah dengan kesedaran yang ada ini saya mengajak orang lain.

saya hanya mampu menaip perkataan2 yang lahirnya dari hati di badan yg hina ini, hanya allah pemberi hidayah..biarpun berjuta perkataan saya tuliskan, selagi hidayah tidak sampai maka "useless"lah usaha saya. Diharapkan ini dapat menjadi hujah saya d hadapan allah kelak.

dakwah adalah mengajak orang melakukan kebaikan, dan meninggalkan kemaksiatan. Dakwah bukan hanya kepada orang kafir(bukan islam) malahan dakwah juga perlu kepada orang islam. Sebab zaman sekarang ni nama je islam, tapi aurat tak tutup, solat pon lobang2 dan yg tak solat pon ramai. Tak payah tengok luar la, dalam universiti pun banyak.

mana yg baik datangnya daripada allah dan yg buruk itu daripada kelemahan diri saya yg hina ini..terima kasih kerna membaca hingga ke hujungnya..semoga allah memberikan hidayah kepadamu..insya Allah..hidayah akan sampai kepada orang yang mencarinya..

sekian saja untuk kali ini..

assalamualikum..semoga kita sentiasa berada di bawah keberkatan Allah..

JANGAN LUPA SEBARKAN..SHARE JUGAK MERUPAKAN 1 USAHA DAKWAH ANDA..

4 comments:

jaya jr said...

nice sudin..barakallah..semoga terus bersemangat

Unknown said...

same2lah kite amalknye

Sollehudin Sapari said...

@jaya jr : i allah..

@sam sung : yes..ilmu tampa amal tiada gunanya..

Anonymous said...

semoga kita terus berlapang dada utk teruskan usaha dakwah walau dgn cara sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...