hidup ini sangat singkat..beramallah seolah-olah esok kau akan mati..

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Gelagat Perempuan Memandu Kenderaan

Korang pernah tak naik kereta yang dipandu perempuan? Kalau mak aku bawak kereta, dia akan bawak dengan penuh sopan santun. Segala peraturan jalan raya dipatuhi. Skema la orang cakap. Nak tukar lorong pon bagi signal. Padahal tak da orang pon kat belakang tu. Begitulah bertapa sopannya mak aku bawak keta. Kadang2 tu tension jugak sebab dia terlalu mengikut peraturan mengalahkan pegawai JPJ.

Pernah jugak aku naik dengan jiranku. Tak padan dengan perempuan, bawak kereta macam pelesit. Aku pon kalah, kalau boleh semua kereta dia nak potong. Seram sejuk jer ak naik dengan dia. Mak aku pon pernah cakap yang dia memang bawak kereta macam tu.

Secara jujurnya, aku memang sangat takut dan cuak pabila dihadapanku ada pemandu perempuan. Tak kiralah permpuan tu bawak moto ataupun kereta, aku tetap takut nak memotong. Selalunya aku akan biar dia berlalu, p lah kau main jauh2.

Mengapa aku takut?
Daripada pemerhatian aku, pabila perempuan bawak kenderaan, dia tak akan nampak apa benda di kiri, kanan dan belakangnya. Mungkin mereka terlalu fokus memandu hinggakan mengabaikan pemandu yang lain. Pernah sekali aku naik moto, main cilok2, kat depan tu ada budak pompan bawak kereta. Aku tak berani potong then aku folo je la blakang dia. Tiba2 dia brek mengejut. Mak aih, rope nak tetanggal jatung aku dibuatnyer. Nasib baik aku sempan ngelak. Klu idak memang tercium la bontot keta tu.

Aiyoo..keta mana bleh masuk bot kecik tu.

Kes lain, tengah cilok2 jugak, follow la sebelah keta ni. Jalan luas jugak lah, tapi yang aku herannya dia makin lama makin ketepi, dok menghimpit2 aku. Macam tak de orang jer sebelah dia tu. Memang fokus betul budak pompan yang bawak keta tu. Fokus depan, tepi pon kena toleh2 jugak le cek kak oi.

Lawa kan dia parking?

Ni citer minah penunggang motosikal pulak. Bukan minah rempit. Sehari tu aku nak g kelas, ada 2 moto, stiap moto ada 2 orang, double. Aku rasa depa tak perasan la aku kat belakang. Dok main race2, adoiii..tegelak usus perut aku ni. Main potong2, bawak laju2. Membahayakan kesihatan betul kelakuan mereka tersebut.

Jangan tiru gaya ini.

Esoknya aku nak pergi kelas jumpa minah yang sama, kali ni dia naik moto sorang. Aku folo lagi blakang dia, nak tengok cekadak ape dia nak buat kali ni. Perghhh..naik moto mcm pelesit, letih aku nak keja. Lap dia mengalahkan Rossi, cilok dia tahap kritikal. Tergelak lagi usus perut aku ni. Nasib baik tak terkeluar.

Korang kat luar sana, naiklah kenderaan dengan penuh berhemah. Laju2 tak pa, janji berhemah, cilok2 pon biarlah berpada2. Bukan kita sorang jer yang nak guna jalan tu. Ni aku bukan cakap pompan jer, laki pon sama jugak. Kadang2 tu ada jugak laki yang naik moto tak senonoh. Macam2 gaya dan skill. Mat rempi tu tak yah cakap ar kan. Ingatlah orang yang tersayang. Sebelum menunggang tu eloklah baca doa banyak2. Malang tak berbau.

p/s: Tunggang dan pandu dgn cermat.

6 comments:

sya fieqa said...

piqa juga seorang pemandu..
xdelah teruk sgt..
bukan semua..
so, tiap org 2 berbeza okey..
*panas bile bce entry tbe2..hohoho

munirah said...

aisy.. terase.hehe.. mmg mengaku la..tak bape nak mahir sgt bwk kete ni.. tp tak sume pompuan cam tu kot.. yg dah lame bwk kete, ok je.. :)

entri:
bercerita tentang upin ipin

Sollehudin Sapari said...

piqa: x elok panas2, nnti cpt tua..huhu..Sory, saya x bermaksud pon yg semua perempuan bawak kenderaan x betul. laki pon ramai jugak yang memandu mcm hampeh.
munirah: yeye, segelintir je yg macam tu..sory klu terase..

p/s: sory kpd dak pompan, ak x bermaksud pon nak cakap yg smua pompan begitu..x semua perempuan begitu..segelintir je..sory klu terasa..

ainz said...

hoho! sangat setuju..memang tak dinafikan..kalau lelaki drive, mereka membahayakan diri sendiri je..pmpn pulak akan membahayakan diri sendiri + orang disekeliling mereka..huhu...

Mujahid said...

lol.. takut plak nk kasi adik aku bawa keta skrg... :p

Sollehudin Sapari said...

ainz: normal tu..hehe..

Mujahid: kalau dia dah betul2 bersedia ajrkan..x pon ko je yg jadi driver dia seumur hidup..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...