hidup ini sangat singkat..beramallah seolah-olah esok kau akan mati..

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Lindungi Wanita

Dulu aku pernah terbaca buku yang bertajuk "30 Wasiat Nabi" (kalau x silap aku la, sebab dah lama aku baca buku ni, hampir 2 tahun). Wasiat pertamanya adalah lindungi wanita. Aku sempat baca kejap je sebab masa tu tunggu imam mula solat kat masjid. Sayangnya, esoknya aku carik buku tu dah tak jumpa.

Daripada apa yang aku baca dan apa yang aku ingat, perempuan memang perlu dilindungi. Daripada yang kita sedia maklum, perempuan ni adalah insan yang lemah. Sebagai lelaki, kita memang sangat perlu melindungi golongan hawa ni.

Mengapa Lindungi Wanita diletakkan pada rangking yang pertama?
Ini menunjukkan bertapa pentingnya kita untuk melindungi wanita. Antara kelemahan wanita:

1. Akal wanita yang lemah.
Lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu, tetapi wanita sebaliknya, 9 nafsu dan 1 akal. Disini dengan jelas menggambarkan kelemahan akal wanita. Pemimpin perlu lelaki, mengapa? Sebab akal lelaki tersebut. Akal lelaki lebih kreatif dan mampu menyelesaikan masalah yang besar2. Buktinya ramai pemimpin tersohor adalah lelaki. Nabi sendiri adalah lelaki.

Kalau kita tengok bab kawin, wanita tidak boleh menjadi wali. Wali perlulah lelaki. Sama ada bapanya, abangnya, adiknya siapa sekalipun mereka adalah lelaki. Bab perjanjian pulak, hutang, dua lelaki diperlukan untuk menjadi saksi. Jika tiada dua lelaki, 1 lelaki dan dua wanita diperlukan. Mengapa dua wanita?. Kerana mereka boleh saling ingat mengingati antara satu sama lain. Daripada situ menunjukkan yang wanita ini lemah.

2. Perempuan ada waktu cutinya.
Semua perempuan mengalami haid, jika tidak mereka itu bukanlah perempuan ataupun mereka belum baligh ataupun sudah monopos. Sewaktu haidnya, mereka ini tidak boleh beribadah. Adalah berdosa jika ketika haidnya mereka beribadah.

Apa yang terjadi kini? Mana perginya lelaki pelindung wanita? Wanita diperlakukan seperti barang mainan, sudah puas bermain dibuang begitu saja. Lagi sedih pabila sudah mengandung, lelaki terus lepas tangan. Bagaikan tak da apa2 yang berlaku. Jenuh lah perempuan tu nak memikirkan nasib dirinya. Disebabkan takut kepada manusia, dibuangnya bayi tersebut. Kemanakah hilangnya akal mereka, kemanakah perginya sikap keperimanusiaan mereka.

Masuk pulak bab bercouple, kalau korang betul2 nak jadikan perempuan tersebut bini korang, korang perlulah melindungi mereka, didik mereka, bimbing mereka. Ini tidak, dirosakkan lagi perempuan tersebut, didedahkan lagi dengan perkara2 buruk, dipegang tubuhnya yang belum menjadi milik korang. Korang bersalah kerana mencemari kesucian mereka. Kalau betul2 ikhlas, please..jaga mereka elok2.

Pernah aku terbaca satu blog, seorang perempuan meluahkan suara hatinya. Dia pernah bercouple dan keseronokan bercinta membuatkan dia lalai. Bersembang perkara lucah adalah biasa baginya. Perpimpin tangan sewaktu dating menjadi tabiat. Hinggalah suatu hari dia diberi petunjuk oleh Allah. Dia menyesali perbuatannya dan sehingga kini masih trauma untuk bercouple. Baginya, dirinya sudah tidak suci lagi. Walaupun hanya berpegang tangan dan bersembang lucah dia sudah menganggap dirinya tidak suci.

Rakanku, aku merayu, lindungilah wanita. Kalau bukan kita siapa lagi. Tak kan la kau nak suruh aku lindungi semua wanita kat dalam dunia ni. Mana aku mampu. Jika anda ada awek, jagalah mereka dengan rapi, jangan cemari mereka kerana mereka sangat berharga. Bagi yang sudah terlajak sikit tu, U-turn la balik. Pulanglah ke pangkal jalan dan bertaubatlah. Aku pun tak tahu apa akan jadi pada diriku pada hari kelak, apa yang aku mampu adalah berdoa agar kita semua dilindungi daripada perkara2 maksiat.

p/s: ultraman, superman dan segala jenis man pun tak mampu nak lindungi wanita. Kita lelaki perlu bertindak dan wanita itu sendiri perlulah memasang perisai untuk dirinya.

3 comments:

ainz said...

sungguh tak ramai laki yang berfikiran camni....di mana kah pemimpin semua hilang..sy bukan nak salahkan laki semata2..hanye sebahagian lelaki yang camtu..tapi perbuatan mereka membuatkan pmpn fobia dan kurang percaya yang lelaki boleh meminpin mereka..ramai perempuan memilih jalan untuk tidak berkawen dari menjudikan nasib dilembah perkahwinan..

Anonymous said...

mojamoja

Anonymous said...

kobe shoes
kyrie 8
kd shoes
off white outlet
supreme clothing
golden goose outlet us
golden goose outlet
kd13
jordan sneakers
nike off white

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...