hidup ini sangat singkat..beramallah seolah-olah esok kau akan mati..

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Perkara Pelik Tentang Aku

Ape yang pelik sangat tu? Aku pon tak tau mengape begini dan mengapa begitu. Mungkin itu kelebihan aku atau sebaliknya.
K, kalau korang nak tau, aku ni insan yang agak pelik. Aku pon pelik mengapa aku begini. haha..pelik kan?

1. Aku jarang berkipas.
Kipas angin kat bilik aku ni besar, tapi boleh kira berapa kali aku hidupkan sebulan. Tak kiralah pagi, tengahari atau malam, aku tak akan on kipas melainkan ada tetamu. Kalau orang masuk kompakment aku, mesti diorang cakap "panasnyer tempat kau". Soalan aku, sekarang ni siapa yang panas? Korang atau aku? Yang lagi peliknya, tidur tengahari dah la tak pasang kipas, berselimut pulak tu. pelik kan. haha..

2. Sentiasa ber"sweater" ke kelas. Aircond adalah musuh utama aku. Kat UIA ni, semua kelas aircond. Kalau tak pakai sweater, alamatnye tak blajar la aku. Menggigil kesejukan. Aku tak tahan sejuk, mungkin sebab lemak kat badan aku ni sikit sangat kot. Pernah sekali exam kat dewan besar, aircond dia memang kuat gila, dapat pulak hujan, perghhh..sejuknya terasa sampai ke tulang. Bagaikan diselimuti salji di gunung Everest. Kadang2 tu, kalau dalam kelas aku datng awal, sebab nak matikan aircond.

3. Tidur tak ingat dunia. Aku memang sangat2 suka tidur. Kalau tak caya tanya roomate aku, aku tidur mengalahkan baby yang baru lahir. Hari minggu aku banyak dihabiskan dengan tidur. tidur lepas subuh sampai kol 1, makan2 solat kol 2 sambung lagi, kol 6 bangun solat makan solat magrib n tido lagi. Dalam kol 2 pagi aku bangun, terjaga sampai ke subuh dan bersambunglah lagi aktiviti tidurku. Dah la tidur tak ingat dunia, nak kejut pulak susah, Soleh2. Dulu masa kat sekolah, aku memang suka tidur dalam kelas. Kelas pertama, duduk barisan paling hadapan, tengah2 lagi tu, tapi tidur. Power tak? Tapi tidur bukan sebarang tidur, tidur sambil mendengar cikgu mengajar. Yang cikgu aku pelik, bila ditanya dengan slumbernya aku boleh jawab. Mungkin sebab tu dia bagi aku lesen untuk tidur kat dalam kelas. Lepas tu terbitlah gelaran Master dan sifu. tapi sekarang dah hilang gelaran tu. Sebab aku dah x master & sifu.

4. Berubah wajah pabila "merempit". Aku bukan lah mat rempit, tapi aku naik moto dah ala2 mat rempit. Cilok sana, cilok sini, lap sana, lap sini. Aku pon tak tahu mengapa, aku akan jadi sombong pabila "merempit", tak hirau pemandu lain, tau nak laju je. Kekadang tu member pon aku tak kenal. Ramai yang takut nak naik moto dengan aku, yang tobat tak nak naik pon ada..haha.. Se"rempit"2 aku, keselamatan memang aku utamakan. Stakat ni tak pernah lagi aku accident yang teruk2. Tak pernah lagi patah2, koma dan sebagainya. Harap2 aku dijauhkan dari segala macam accident tu. Sakit wooo. Pandu cermat, jiwa selamat, ingatlah orang yang tersayang.

5. Suka termenung. Apa yang aku menungkan pon aku tak tahu. Blank jer pikiran masa tu. Seolah2 otakku berhenti berfungsi. Selalunya aku akan termenung pabila melihat pemandangan dari tempat yang tinggi. Kadang2 tu lama jugak aku termenung, dah macam ikan temenung pon ada.

6. Stalker. Bukanlah stalker yang tahap kritikal tu, stalker yang biasa2 jer. Kalau kat facebook tu aku suka godek2 profile orang. Suka komen gambar, suka amik gambar diorang (tapi sekarang dah tak, sebab haram woo simpan gambar bukan muhrim, tobat2..dah delete semua koleksi..huhu..).

7. Sangat taksub dengan KOMPUTER. Dengar je komputer, mata aku akan cergas, tak ngantok dah. Bab komputer memang aku suka, dulu memang aku noob(tak tahu) gila pasal komputer ni. Semua ni bermula pabila aku mula meminati aktiviti gaming. Gaming, mesti la kena ada desktop, so..ke lowyatlah aku untuk mengupgare pc ku. Sampai je kat lowyat pegi kedai ap yek, aku tak ingat. Tapi seller dia melayu, tingkat 3. Sembang punya sembang, dia kata pc aku boleh upgrade, disebabkan bajet aku yang sikit, aku beli grafik kad, motherbord dan ram sahaja. Sampai jer dirumah, aku yang tak pernah menggodek pc memulakan aktiviti menjahanamkan pc. Bukak punya bukak, rupanya soket berlainan. Barulah kutahu yang aku dah kena kelenton dengan seller tadi. Hampeh, lepas dari itu, aku belajar sendiri semuanya dan alhamdulillah sekarang tahu la sikit pasal komputer ni. Nak kelentong, ah..mai la kelentong, sini aku bedebik sekali kalau ko salah cakap.

8. Rajin atau malas?. Ni aku pon tak dapat nak jawab. Kalau masa aku rajin, memang rajin tahap dewa. 1 bilik aku sapu, mop lantai, bersihkan tikar, semua la aku buat. Sampai kadang2 kena puji, kembang jer. Tapi bila kemalasan melanda diri, pinggan pon malas nak basuh, baju belonggok, stokin tak basuh(tapi tak bau k), moto bekarat, cadar berpeta, macam2 dan bagai2 lagi. Harap2 malasku tidak datang lagi.

9. Suka tengok drama korea. Pelik kan laki suka tengok citer korea. Aku ni bukan lelaki lembut k, lelaki sejati ni, siap join askar lagi tu. Keras ni keras. haha.. Serempit dan sekeras aku ni minat citer korea, pape ntah, tak cool langsong. Lantak lah ape orang nak cakap, yang penting aku enjoy tengok citer korea. Aku paling suka tengok citer korea yang jenis action dan bukanlah jiwang semata2. Citer yang bagi aku best adalah Snow Queen. Citer ni memberi banyak mesej(daripada pandangan akulah) antaranya persahabatan, keluarga, pelajaran dan jiwang tak lah sangat, agak sedih gak citer ni. Citer action feberet aku IRIS, Goddest Of War@IRIS 2, Bad Guy, Comrades dll. Aku boleh rase yang aku ni tengok korea lagi banyak daripada dak pompan. Hah, 1 lagi yang aku paling minat, Family Outing, memang best, tak henti aku gelak kalau tengok. Sumpah lawak tahap dewa.

Pelik, tapi benar(padahal x pelik sangat pon). Tak kesah la pelik ke tak, tapi bagi aku mende tu pelik. Orang lain tak buat tapi aku buat. K, sampai disini saje untuk kali ini..aku nak solat subuh..assalamualaikum..

p/s: jangan le korang takut dgn aku yek sebab pont no. 6 tu. Gurau2 je..haha..

6 comments:

Nikmat & Kehidupan said...

hehe..suke tgk cite korea gak ke? Sekarang cite ape ek yang baru? skang ni ngah nak download cite city hunter ni.. :)

misyamissyou said...

haha..kuat tido!

Unknown said...

haha minat korea ?
guwe enggak minat dong.. :D

Unknown said...

piqa ske tgk cite korea gak..
xdelah pelik tdo tgh ari pki selimut...hoho..
kmu termenung pikir mase depan ka?
hehe~

Sollehudin Sapari said...

munirah: yup..x tau la cite ap yg baru, slalu min donlod jer..huhu..city hunter mcm best jer..action tu..
misyamissyou: bila kegilaan tido datang mmg tido je memanjang.
hana nabilah: ngapain ngak minat? selalu perempuan minat..
piqa: same lah kita yek, hidup korea..haha..termenung memikirkan nasib diri..

ainz said...

hahaha! tak pelik mane pun..ramai je camtu.. ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...